Monday, June 30, 2014

Eh! da empat bulan??


Assalamualaikum semua..

Tengok tajuk mesti korang pkir lain kan?? ingat aku da wek! wek!....ada baby kan? kan? kan?...sebenarnya aku kembali menjenguk blog yang telah lama aku tinggalkan...empat bulan jugak blog aku terabai tidak dibelai dan tidak dijaga...kesiannn..jangan majuk-majuk eh! kalau blog ni macam game 'pau' mesti da layu kusut masai dan tak terbela rupanya kan..hahahaha...alaaa game yang anak korang suka main tu la...kejap-kejap dia berbunyi mintak perhatian...naik bosan aku tgok kan..hahahaha

Kepada kenkawan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang (ada ke?), sedara-mara yang masih menjenguk di sini aku ucapkan ribuan terima kasih. Cuma tuan tanah je yang tak muncul-muncul dengan cerita baru ye dak? hehehe....niat nak menaip entry baru tu sentiasa ada...cuma...tu la takde kesempatan....(jap..tengah nak pikir alasan ngeeee)

Apa khabar semua? ada baik ka? macam mana dengan puasa hari ini? aku..Alhamdulillah sehat....puasa pun setakat ini masih bertahan...baru dua hari puasa pun!....hehehe...tgah dok pkir nak berbuka apa hari ini...pkir..pkir..pkir..! apa menu berbuka korang arini?

Hari ini mesti ramai yang bercuti. Selamat bercuti semua....aku pun bercuti juga....dan sempena kedatangan bulan yang penuh barakah ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua....moga dengan kedatangan Ramadan kali ini dapat kita melipat gandakan amalan dan beroleh keberkatan yang semaksima mungkin...InshaAllah...aminn..

pic: ciluk google

Okehla...setakat sini saje dulu untuk hari ini. Kepada rakan-rakan yang lama tidak aku kunjung...inshaAllah ada kesempatan aku BW ye...harap-harap korang tak lupa kat aku lagi...heeeee...lastly aku nak tempekkan koleksi manik aku...kali ni aku buat jahitan manik yang simple-simple aje. Kepada adik-adik yang baru nak belajar menjahit manik sendiri untuk baju raya tahun ni...nantikan tutorialnya dalam entry akan datang kay....yang pasti bukan selepas empat bulan...hahahaha...sok lusa ada la tu...inshaAllah...

manik paling simple....kos efektif dan mudah...hahahaha







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...