Saturday, April 20, 2013

Kasi Kecoh Jer!

KECOH HANTU RAYA TOK CHAI
 
sinopsis:
Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di "Kecoh! Hantu Raya Tok Chai", cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya. Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing. Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?   

sape yang da tengok cerita nie? sila anggukkan kepala..
angguk laju laju sikit...hahaha
ok ok..nilah cerita yang aku tgok kat wayang semalam
filem ni bergenre komedi/seram...
seyes aku cakap naik semput aku dibuatnya masa tgok cite ni
sebabnya....cite ni memang lawak dari mula sampai la abis...
satu lagi hantu dia LANGSUNG TAK SERAM...tang ni mmg aku suka
da dasar penakut kan...asal tgok citer hantu mesti tak abis..sebab takut..hahaha
memang enjoy la masa tengok cite nih!...
TAPI!...TAPI!....TAPI!....
sungguhpun ceritanya dapat menghiburkan hati orang
tapi dari segi lakonan seperti tidak padan untuk diwayangkan
cara lakonan mereka umpama kite melihat dalam TV jer
bukan aku nak memperkecilkan bakat pelakon yang ada..takde niat pun
tapi apa yang aku rasa selepas menonton tu...TIADA KEPUASAN tau!
bayar tiket 10hinggit...tapi tengok lakonan canggini
bukan aku nak berkira pasal 10hinggit tu...aku tak kisah pun..
tapi tu la...macam tak berbaloi bila da menonton...
itu just pendapat aku je la..kalu korang tak setuju apa yg aku cakapkan ni
sila abaikan yer...
setiap orang citerasa berbeza-beza....btul tak?
ok....kepada yang bakal menonton aku ucapkan selamat menonton yer..
dan kepada yang belum nak menonton tu..selamat berhujung minggu..
ape rancangan korang cuti ujung minggu nih?
aku cam biasa la..dok kemas umah n layan kain baju yg berlambak-lambak ni haa...huh!
  





TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, April 19, 2013

Aktiviti di malam hari!

mama kena tolong ina..!
cikgu suh wat poster....!
ina tatau lukis..mama kena tolong ina lukis!
haaa...ni la ayat si kakak bila sampai kat umah lepas aku amik dia balik dari kerja
aku nih...kat skola dulu...lukisan poster ni la PALING AKU BENCI SEKALI
memang paling huduh la aku buat...tak minat wei!
nape la ko seksa aku anak oit!
lepas dinner je dia ingat kan aku lagi..MAMA KENA LUKISKAN POSTER TAU!..huh!
terus dia ambil barang barang lukisan dia...aku tgok jam da pukul 10 malam..adoii!
agak agak la anak oit kalau nak suh melukis pun!
nak tak nak terpaksa la jugak....tak sampai ati nak menolak..kesian!
aku pun tolong la jugak si kakak melukis
yela...katanya untuk PBS skola dia..tu semua ada markah
terkulat kulat la aku memikirkan ape aku nak lukiskan..
sib bek la tajuk posternye senang..."Membasmi Dadah"
eh..baru la aku perasan..zaman aku skola dulu pun ada tajuk camni gak
sampai la ke zaman anak aku skola tetap ada tajuk serupa ini..
tak lapuk dek zaman rupanya ek!..
Alhamdulillah Allah permudahkan kerja aku..
idea datang dengan mudah aku pun melakar...
 
tu dia....puas aku pikir camne nak lukis tengkorak tu..
last last belasah je la....jadik la begitu..hahaha..cam lawak pun ada
 
 
seterusnya..operasi mewarna pula bermula..
si kakak tetap jugak nak letak color pink kat tengkorak tuh..
layankan je la nafsu dia tuh!..da mcm tengkorak ayu pun ada aku tgok kan..hahaha
akhirnya siap jugak poster nih!..ok la kan....harap harap tak buruk di mata cikgu dia..
moga kakak dapat markah OK tuk poster dia nih!...
segala galanya selesai jam 12 malam...mata pun kelatttt je..moh tido!
 
nota tersepit:
korang selalu tak kena lukiskan tuk anak?...kite dulu masa skola semua buat sendri kan..




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...