"Cinta Sampai Syurga"
tajuk yang disampaikan oleh broAbil semalam kat tempat kerja aku
eleee...tak percaya la tuh?
ke...korang jeles tegok gambo aku sebelah broAbil tuh?
hahahahahahaha..
semalam aku penuh keterujaan sebab dapat melihat dengan dua bijik mata secara berdepan broAbil nih..ensom oo broAbil nih..comel tak broAbil? (pinjam kata kata broAbil ngan kakTon sekejap)
biasa dok tgok gambo dia dalam blog je kan...
tak kisah la dia kenal aku ke tak...yang pasti aku kenal dia sudah!
korang kenal ke sape broAbil nih?
rasanya seluruh mesia da kenal dia kot!
aku memang da lama follow blog broAbil ni...selalu la baca tentang arwah wife dia..
ok..ok...pada yang masih belum kenal sape broAbil nih..
moh terjah kat sini http://abil4fauziah.blogspot.com
broAbil memang sempoi ar masa bagi talk semalam..kelakar seh!
dari mula talk sampai la abis..tak kering gusi dibueknye!
antara yang disampaikan semalam..
"kite perlu sentiasa ceria dalam hidup"
bagi mempositifkan pemikiran dan diri bila menghadapi sesuatu masalah dan perlu menyelesaikan masalah tersebut, anggaplah kita sedang menyelesaikan sesuatu pekerjaan..
penggunaan sesuatu perkataan sebenarnya mempangaruhi pemikiran diri kite sebenarnya, contohnya kite kata 'orang perempuan kuat berleter', bila ditukarkan kepada 'orang perempuan suka bercakap' mana yang korang akan rasa better? mesti la 'orang perempuan suka bercakap' kan? it's better right?
seorang isteri adalah "hadiah" dari Allah kepada suami, maka seorang suami perlulah menjaga hadiah tersebut dengan sebaik baiknya...kenalah sentiasa tahan dengan kerenah orang perempuan nih!..sebab orang perempuan memang diciptakan begitu..mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...berbanding dengan orang lelaki yang dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu..sebab itulah orang lelaki dianugerahkan kesabaran yang tinggi....wahai para suami sedunia oit! kenalah tahan dengan perangai warga isteri ni yang kuat bercakap, suka mintak itu dan ini, suka bersangka, suka merajuk, suka mcm mcm lagi ar...sebab wanita memang diciptakan begitu!...
bercakap tentang "hadiah"ni pula...broAbil menasihatkan kepada warga isteri agar sabar dan terima kenyataan jika suami kita menerima "hadiah"lebih dari satu...tang ni aku tak bape setuju tapi kalau dah ditakdirkan Allah aku akan ikut nasihat broAbil ni jugak...kita kena terima seadanya, jangan suka menyalahkan "hadia-hadiah"(amboi mcm byk plak hadiah tu ek!) sebaliknya kena terima dengan hati terbuka walaupun cemburu masih ada kita kena berbaik dengan "hadiah"baru, kena sentiasa 'bow' atau rendah diri, jika kita berbuat demikian, satu hari kita akan menjadi lebih disegani dan disanjungi...amacam? ada bran ke warga isteri?? huh!
satu lagi yang broAbil beritahu, perlu ada "trademark"dalam hubungan kita suami isteri...pada yang lom ada hubungan suami isteri jgn sekali kali mengadakan "trademark"ni tau!..nanti aku wachaaa korang!...hehehe...ok..ok..ape yang dimaksudkan dengan "trademark"tu adalah sesuatu perbuatan yang korang selalu lakukan pada pasangan setiap hari/setiap waktu/ yang menjadikan sebagai "trademark"pasangan..dan bila "trademark"tu takde seperti tak lengkap hidup korang hari itu...
contohnya, setiap kali selepas mandi kita mesti sikatkan rambut suami sambil cium pipi dia...atau mesti nak peluk isteri bila dia baru bagun tido...atau apa apa lagi la yang menjadi rutin korang...dengan adanya "trademark"ini dapat mengeratkan lagi percintaan kita suami dan isteri ye dak!
antara lain nasihat broAbil adalah untuk mendapat ketangan diri kenalah rajin mengamalkan solat solat sunat, membaca al-Quran dan consistent melakukan senaman sekurang kurangnya sekali seminggu dan yang penting ialah hati kena ikhlas..insyaAllah...
banyak lagi yang disampaikan oleh broAbil ni..kalau nak disenaraikan mau dua jam korang dok baca entry aku ni kan...dok baca yang ni pun rasa da mcm byk kan..
lastly aku nak sharekan kat korang sesuatu yang paling aku suka sekali ape yag aku dapat dari broAbil...
ketika korang sedang membancuh air untuk suami tercinta, mulakan dengan bacaan Al-Fatihah, dan baca lah Al-Wadud sepanjang membancuh sambil membayangkan wajah suami, bacanya sehingga cawan bertukar tangan ke tangan suami...tujuannya agar suami lebih lebih lebih dan lebih sayang kepada kita selepas meminumnya...warga suami juga boleh lakukan perkara yang sama kepada isteri isteri eh silap..kepada isteri korang jugak yer...
kepada kaum suami yang tidak tahan dengan kerenah isteri yang kadang kadang merimaskan amalkan Al-Latif...ia bertujuan agar dapat melembutkan hati isteri kalian....
sekian sahaja yang dapat aku sharekan berasama......dadaaaa...!













