Friday, September 19, 2014

Sambungan: Manik bunga sekuntum

Arini nak sambung semula jahitan manik bunga sekuntum. Entry sebelum² ni aku ada tunjukkan cara untuk menjahit bunganya sahaja. Hari ini aku akan tunjukkan cara jahit yang selebihnya. Kita tengok semula gambar manik tersebut,,,kot kot dah lupa yang masa satu kan...


ok..ini lah gambarnya..


untuk tangkainya aku gunakan manik bewarna hijau
untuk buah-buah aku gunakan pearl hijau dan pink bersaiz 4mm dan 6 mm


setelah kita siapkan bunga besar tu...kita lukiskan dahulu untuk tangkainya macam dalam gambar atas ni...boleh lukis menggunakan pensel/ kapur je


aku melukis guna pensel ni aje.....mesti korang pun ada kot pensel macam ni...tapi kalau takde leh dapatkan di kedai² peralatan jahitan
kalau malas nak beli...guna kapur biasa pun takpe takde masalah
tapi kalau korang dah teror takyah lukis pun bole...jahit je main agak² je


keluarkan benang di sisi bunga dan masukkan 3 biji manik hijau


kemudian, jahit seperti dalam gambar ni...mudah je jahit macam ni kan

jahit terus ikut lakaran yang kita dah buat tadi...


jahit sampai habis dan di hujungnya ditambahkan satu pearl warna pink


keluarkan jarum seperti di dalam gambar


mulakan jahit kelopak bunga seperti kita menjahit bunga yang besar sebelum ni
rujuk SINI untuk dapatkan cara² nya

buat empat kelopak sahaja...spt kudup bunga


begini rupanya bila tangkai siap dijahit..


kita buat tambahan pula di sebelah atas bunganya pula
lukiskan dulu sebelum jahit....


mulakan menjahit....masukkan 3 biji manik hijau jugak
tapi kali ni jahit seperti jahit jelujur


kan macam jahit jelujur je tu...mudah sangat...jahit sehingga habis


dihujungnya ditambah dengan sebiji pearl hijau sebagai buah


kemudia ditutup dengan sebiji manik hijau di depan pearl hijau tadi


bila siap macam ni lah rupanya nanti.....pastikan korang pun dapat macam ni tau...
kalau dapat rupa yang lain...maknanya ada lah silap kat mana² tuh


ok..kita berbalik semula pada tangkai yang mula² kita jahit tadi....
taknak nampak kat tangkai tu kosong sangat, kita tambahkan sedikit lagi jahitan
kita lukis seperti macam dalam gambar atas ni...


keluarkan jarum, dan mula menjahit...


jahitkan seperti ini....juga macam jahitan jelujur 


dihujungnya ditambah dengan pearl warna hijau dan sebiji manik hijau seperti jahitan di atas bunga besar tadi


bila siap akan dapat macam ni ye.....


lepas tu kita tambahkan buah gunakan pearl warna putih bersaiz 6mm


last touch up....tambahkan lagi buah di tangkai seperti dalam gambar


hasil terakhir....mudah aje kan
kepada yang ingin mencuba membuatnya...selamat mencuba
dan jika menjadi share²kan bersama hasilnya yer.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, September 11, 2014

Nyahkan semut di rumah


 Hari ini nak kongsikan bersama tips nyahkan semut di rumah. Aku baca melalui laman web IMPIANA, tajuknya Guna Bahan Alami Nyahkan Semut. Sesaja buka web ni sebab aku suka tengok design² atau deco rumah yang cantik-cantik. Ruang tamu, ruang bilik, ruang dapur, ruang laman, ruang makan dan macam-macam lagi selain itu, ada jugak tip-tip yang diberikan sebagai panduan untuk kita dalam menghias rumah. Suka sangat² tengok design² dalam ni. Nak buat sendiri memang la tak pandai dok cuci-cuci mata pun ok jugak tenang je bila tengok gambar-gambar yang ada. Sesambil verangan kalau lah rumah aku camni kan cantik...verangan je nak buat tu idak ler...


GUNA BAHAN ALAMI NYAHKAN SEMUT
Oleh: Wan Erni Liza Md Izati



Semut yang datang 'bertamu' tanpa diundang ini pastinya satu hal yang sangat merunsingkan. Tambahan lagi apabila serangga kecil ini mula merosak ataupun mengerummi bahan makanan yang digunakan untuk memasak serta diminum. Anda boleh mencuba menggunakan bahan alami bagi menyahkan semut-semut ini. Jom ikuti cara berikut:

  1. Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pati kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang mampu menghalang gerak semut.
  2. Tanam beberapa jenis pohon seperti lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini miliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaliknya tanamlah di halaman yang sering menjadi tempat berkumpulnya semut.
  3. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur dengan taburkan di kubu semut.
Semua tips yang diberikan memag mudah dan senang untuk kita perolehi. Kat rumah aku terutama bahagian dapur banyak jugak semut suka bertandang. Bila dah jumpa tip ni memang akan aku lancarkan operasi menyahkan mereka sang semut. Tudia bila tuan rumah mula mengganazz....hahaha


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...