Friday, September 19, 2014

Sambungan: Manik bunga sekuntum

Arini nak sambung semula jahitan manik bunga sekuntum. Entry sebelum² ni aku ada tunjukkan cara untuk menjahit bunganya sahaja. Hari ini aku akan tunjukkan cara jahit yang selebihnya. Kita tengok semula gambar manik tersebut,,,kot kot dah lupa yang masa satu kan...


ok..ini lah gambarnya..


untuk tangkainya aku gunakan manik bewarna hijau
untuk buah-buah aku gunakan pearl hijau dan pink bersaiz 4mm dan 6 mm


setelah kita siapkan bunga besar tu...kita lukiskan dahulu untuk tangkainya macam dalam gambar atas ni...boleh lukis menggunakan pensel/ kapur je


aku melukis guna pensel ni aje.....mesti korang pun ada kot pensel macam ni...tapi kalau takde leh dapatkan di kedai² peralatan jahitan
kalau malas nak beli...guna kapur biasa pun takpe takde masalah
tapi kalau korang dah teror takyah lukis pun bole...jahit je main agak² je


keluarkan benang di sisi bunga dan masukkan 3 biji manik hijau


kemudian, jahit seperti dalam gambar ni...mudah je jahit macam ni kan

jahit terus ikut lakaran yang kita dah buat tadi...


jahit sampai habis dan di hujungnya ditambahkan satu pearl warna pink


keluarkan jarum seperti di dalam gambar


mulakan jahit kelopak bunga seperti kita menjahit bunga yang besar sebelum ni
rujuk SINI untuk dapatkan cara² nya

buat empat kelopak sahaja...spt kudup bunga


begini rupanya bila tangkai siap dijahit..


kita buat tambahan pula di sebelah atas bunganya pula
lukiskan dulu sebelum jahit....


mulakan menjahit....masukkan 3 biji manik hijau jugak
tapi kali ni jahit seperti jahit jelujur


kan macam jahit jelujur je tu...mudah sangat...jahit sehingga habis


dihujungnya ditambah dengan sebiji pearl hijau sebagai buah


kemudia ditutup dengan sebiji manik hijau di depan pearl hijau tadi


bila siap macam ni lah rupanya nanti.....pastikan korang pun dapat macam ni tau...
kalau dapat rupa yang lain...maknanya ada lah silap kat mana² tuh


ok..kita berbalik semula pada tangkai yang mula² kita jahit tadi....
taknak nampak kat tangkai tu kosong sangat, kita tambahkan sedikit lagi jahitan
kita lukis seperti macam dalam gambar atas ni...


keluarkan jarum, dan mula menjahit...


jahitkan seperti ini....juga macam jahitan jelujur 


dihujungnya ditambah dengan pearl warna hijau dan sebiji manik hijau seperti jahitan di atas bunga besar tadi


bila siap akan dapat macam ni ye.....


lepas tu kita tambahkan buah gunakan pearl warna putih bersaiz 6mm


last touch up....tambahkan lagi buah di tangkai seperti dalam gambar


hasil terakhir....mudah aje kan
kepada yang ingin mencuba membuatnya...selamat mencuba
dan jika menjadi share²kan bersama hasilnya yer.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

13 comments:

  1. uishhh...terbeliak mata kalau sy yg buat...x reti den nak buek

    ReplyDelete
  2. memang cantik lah Ena... tak tau lah mcm mana klu sy yg buat...ntah menjadi atau tak.. haha

    ReplyDelete
  3. cantik n kemas...
    thn lepas akak bkn main lagi minat mengadap benda alah nie....skrg ni minat dh berkubur.....

    ReplyDelete
  4. Cantik! Ena minat jahit manik ye. Kena imaginasi tinggi jugak kan, nak lakar bunga atas baju tu camana. :)

    ReplyDelete
  5. Dulu2 bunda rajin jugak jahit manik2 dan labuci...untuk baju pakai sendiri dan anak2 jer...

    Sekarang dah malas nak jahit yang rumit2 ni...lagi pun mata dah kurang jelas...

    ReplyDelete
  6. adeehhh...geramnya tengok hasil tangan ena:-))

    ReplyDelete
  7. ohhhh kalau aku lah yg kena jahit ni... harus juling mata aku... sanggup pakai kain plain jer

    ReplyDelete
  8. Sy try guna pensel mcm yg akak guna tu...tp xtau cara mcm mana nk hlgkan klu tersilap lukis...klu k.ena wat cmna?

    ReplyDelete
  9. Cuba cuci dgn air atau dilap dgn kain basah...
    Seeloknya masa melukis jgn terlalu tekan sgt..sekadar buat tanda shja

    ReplyDelete
  10. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  11. cantik... selamat mencuba bagi mereka yg try cuba buat..

    ReplyDelete