Entry dan janji yang tertangguh, hari ini baru dapat dilaksanakan. Kepada yang masih menanti
Ingat lagi tak gambar manik ni? Tak ingat?? takpela.....majuk majuk hahahaha
Ok kita mulakan dengan menyediakan manik, batu besar dan labuci yang bersesuai dengan warna baju.
Antara manik yang aku gunakan untuk jahitan kali ni, batu besar merah untuk tengah bunga dan dua warna labuci yang aku pilih merah dan pink serta manik bewarna merah
Step 1 : Jahitkan batu besar ni dulu...yang ni senang je nak jahit, just jahit di hujung kiri dan kanan yang ada lubang tu macam kita jahit butang baju...
Step 2: Keluarkan jarum jauh sedikit dari batu merah seperti di dalam gambar
Step 3: untuk membuat kelopak bunga yang pertama masukkan labuci dan manik seperti di dalam gambar. Dimulakan dengan memasukkan sekeping labuci merah, sebiji manik merah, empat labuci merah, dua labuci pink dan sebiji manik merah
Kena tengok betul-betul kedudukan labuci tu ada yang dimasukkan secara ke atas dan ada dimasukkan secara ke bawah....ok ok kalau tak faham jugak, cuba korang tengok labuci yang korang ada, cuba letakkan dia atas meja atau atas tempat yang rata bentuk dia melengkung sedikit kan....itulah maksudnya sama ada dimasukkan secara melengkung ke atas atau melengkung ke bawah. Ok setakat ini faham kan....bagusssss
Step 4: Bila dah masukkan semua manik dan labuci tadi...tarikkan semua tu ke bawah kemudian masukkan jarum di sebelah batu merah. Selepas itu, keluarkan semula jarum sebelah kelopak pertama tadi kemudian ulang Step 3.
Setelah siap 2 kelopak.....
teruskan, ulang Step 2 sehingga Step 4 sehingga penuh kelopak bunga dibuat
Ini hasilnya bila selesai menjahit kelopak bunganya.
Mudahkan....
Agak-agaknya boleh buat tak?
Selamat menjahit...
Untuk tangkai dan buahnya dalam next entry k....InsyaAllah.
wah cantik ni ena, farah minat jahit sequin2 dan beads ni... bolehlah belajar ngan ena lepas ni...
ReplyDeleteAgak2 berat tak manik macam ni..? Nak kena tampal kertas gam ke kat tempat bunga ni.. Kot la kain tu lembut sangat..
ReplyDeleteManik kat baju akak jenis yang simple dan ringan je.. Itu je pun yang akak tau buat.. hehe..
kalau kain lembut sangat kalau boleh jgn buat bunga yang besar...buat bunganya kecil sikit gunakan batu tengah yg lebih kecil atau gunakan pearl saiz paling besar untuk tengahnya
DeleteCantik...kamu memang expert la
ReplyDeletecntiknya kak..
ReplyDeletemmg uji ksbrn manik ni..hihih
iols pernahlah jait manik
ReplyDeletetime tu esok nak raya
sajalah nak bg naik seri baju tu
sekali herok bengot jaitan..last2 malas..lgsg x buat
tgn iols ni mmg x berskill lgsg ekeke
Perghhh..penuh kesabaran nak jahit manik tu Ena..memang cantik lah hasil nya... suka tgk...
ReplyDeleteCantiknya. Nak beljr jahit manik dgn ina boleh x. Minat sgt.
ReplyDeleteBoleh xde msalah...
DeleteAs reported by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason this country's women get to live 10 years longer and weigh on average 42 pounds lighter than we do.
ReplyDelete(And actually, it is not about genetics or some secret-exercise and absolutely EVERYTHING to "how" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", and not "what"...
TAP this link to uncover if this little quiz can help you unlock your true weight loss potential