Bila tempua bersarang rendah.
Seperti burung ciak, burung tempua tinggal di kawasan yang lapang, biasenya tempat yang ada lalang yang tinggi. Kenapa? kerana ia perlukan helaian daun lalang yang panjang untuk membuat sarang.
Seperti burung ciak, burung tempua tinggal di kawasan yang lapang, biasenya tempat yang ada lalang yang tinggi. Kenapa? kerana ia perlukan helaian daun lalang yang panjang untuk membuat sarang.
Ini ialah burung tempua yang belum matang (juvenile) sedang menunggu ibubapa balik dengan makanan. Burung yang belum matang makan serangga yang penuh protein untuk membesar.
Burung jantan yang tidak membiak(non breeding adult) dan burung betina sama rupanya.. pada masa ini ia makan bijiran seperti padi dan buah lalang..
Burung Tempua/Ciak Tempua
Baya Weaver
Ploceus philippinus
Apabila burung jantan sudah matang (boleh membiak), atas kepalanya akan menjadi kuning dan mukanya menjadi hitam. warna kuning di dada akan menjadi lebih jelas dan ia akan mula mengayam sarangnya..
Kalau Tempua bersarang rendah, mesti ada sebabnya.. kalau bersarang atas air atau tepi tebing tinggi memang sarang ia rendah. biasanya sarang ia memang tinggi..
Bila burung jantan yang sudah matang, ia akan mula membina sarang menggunakan helaian lalang muda yang hijau

Mula bahagian atas dulu..
Kelihatan Tempua jantan sedang tekun membina sarangnya.. menggunakan helaian lalang
Pada masa yang sama ia cuba menarik perhatian burung betina untuk jadi pasangannya
Kalau ada burung betina yang terpikat, sarang akan disiapkan dan ia akan bertelur di sarang tersebut.. sarang yang siap mempunyai corong di pintu masuk..
kalau tiada burung tempua betina yang terpikat, sarang yang hampir siap terus ditinggalkan. .
No comments:
Post a Comment