Tuesday, July 14, 2009

Motivasi : Melupakan memang susah tapi boleh menyenangkan

Melupakan sesuatu yang membuat kita sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, kita memang boleh melakukannya jika kita sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.

Kita susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati kita, mentertawakan kita, memarahi kita, memperli kita, merendah-rendahkan kebolehan kita dan memandang sebelah mata pada kata-kata kita, seolah-olah apa yang kita katakan itu remeh serta kurang penting. Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu? Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan kita melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama. Apa dia? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudah menerima maaf.

Maafkan orang yang sakitkan hati kita tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum tidur, andai kata jika kita teringatkan dia. Sikap memaafkan kita membuat kita jadi orang cemerlang.
Ubah diri, bina peribadi baru jika kita mahu keluar dari masalah. Ok, langkah kedua. Langkah kedua ni ramai orang sangkut.

Apa dia langkah kedua? Melupakan. Tadi kita memaafkan, sekarang kita melupakan. Just LET GO.

Biarkah ia berlalu, usah disesali, usah dingati walaupun sekali. Jangan ingat, jangan fikir, jangan cakap dan jangan bangkitkan. Jangan pandang belakang!Yang dah berlalu, biarkan berlalu supaya tak ada apa-apa menghalang kita maju. Cuba lihat realiti kehidupan seseorang. Jika kita lihat dia susah nak maju, susah nak cemerlang, susah nak berjaya atau susah nak mendapat hasil dalam apa yang diusahakan olehnya, kaji sikap dia.

Perhatikan. Dia biasanya seorang yang susah nak memaafkan dan susah nak melupakan, tetapi amat suka membuat orang sakit hati dan amat suka mengungkit hal lepas-lepas, walaupun dah lama berlalu. Dia seorang pendendam dan kurang senang bila dia tahu ada orang lebih berjaya darinya, lebih senang hidupnya dari dia.

Jika kita tak nak jadi macam dia, tak nak hidup kita kurang cemerlang seperti dia, ubah sikap kita. Latih diri untuk selalu memaafkan, selalu melupakan sepanjang masa, selagi kita masih bernafas. Tadi kita dah pelajari cemana caranya, sekarang masanya untuk kita buat, praktikkan.
Jika kita buat 2 langkah tu dengan berterusan tanpa diubah-ubah atau ditangguh-tangguh, kita akan merasai kesannya. Hidup kita makin tenang, kita rasa bahagia dan kita rasa gembira, seronok, bebas tekanan. Melupakan memang boleh menyenangkan kita, membahagiakan kita, cuma kena rajin berlatih melakukannya!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment