Tuesday, February 4, 2014

Tenang setenang tenangnya...

pic: ciluk google

Dah dua hari ni pergi kerja terasa tenang je. Keluar rumah bawa kereta tenang setenang tenangnya. Mana tidaknya dah dua hari ni jalan raya tenang terang benderang....ohh heaven rasa! sambil bawak kereta sambil cakap "ini jalan ana yang punya!" hahahaha... suka hati je nak bawa ke kiri, ke kanan, nak laju, nak pelan ikut citarasa sendiri. Rasa bahgia hantar Adik pergi sekolah tak sesesak macam hari biasa. Kalau macam ni setiap hari kan bess.

Banyak sekolah masih tutup di sini, ada beberapa sekolah aje yang dah buka. Aku sampai tempat kerja pun awal yang luar biasa...nasibla mesin swipe tak rosak sebab terkejut scan nombor pekerja aku awal² pagi hahahaha. Kat hyway dalam perjalanan, terpaksa aku memaksa diri menurunkan kelajuan sehingga 40km/j, kaki pun malu² nak tekan minyak lebih²...sambil² tu melayan Hot FM....manyak syokk oOo...!! 

Esok jangan la verangan nak lenggang kangkung macam ni lagi. Esok dah start hari untuk bersesak semula sebabnya semua sekolah dah mula buka. Mula la aksi rempit merepit kembali...sabo kan jela...

Kepada rakan² yang masih bercuti hari ini, selamat bercuti, kepada yang dah start bekerja selamat kembali bertugas. Mesti banyak makan limau masa cuti kan.....takpe limau free pun kan...angpau cane lak? ada dapat tak?





Thursday, January 23, 2014

Bila dia dah pandai SMS



Setiap hari Adik balik sekolah ayahnya yang akan jemput. Haaa..masa ni la ayah dia kena paw ngan si Adik. Mesti nak main henpon ayah, sebabnya nak sms kat mama dia, aku la tuh. Yang warna oren tu sms yang dihantar oleh adik. Memula aku ingat ayahnya yang tolong taip kan. Bila balik rumah aku tanya ayahnya, dia cakap Adik yang taip sendiri...sebab dia tengah bawa kete masa tu, mana lah dan nak taip message. Bila ayah dia baca semula dalam inbox henpon dia, dia pun macam tak percaya Adik boleh manaip begitu. 

Dan paling memeranjatkan aku lagi, bila Adik sms beritahu "Mama adik dah jadi ketua kelas" wahhh..tak sangka aku. Alhamdulillah...Tahniah Adik...tersenyum seketika aku bila baca sms tu.... :)