Sunday, October 28, 2012

Tutorial: Jahit Manik Bracelet

 
terlebih dahulu..
aku nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua
macam mana raya korang tahun ni? mesti meriah kan
bagi aku...meriah ngan daging2 korban adalah..
mana tak nye beb!..tahun ni kat umah mertua aku je tumbang 5 ekor lembu..
belum lagi umah sedara-mara..
korang lak camner? mesti ada yg buat korban kan
dan ada yg dapat byk daging korban kan..
stok untuk sebulan tuh!...rejeki..rejeki..
 
wokeh!..
seperti yang telah dijanjikan..
arini aku nak wat tutorial tuk jahit manik bracelet
kali ni kite buat bracelet yang simple dulu yer
kite belajar buat macam kat bwh ni k...
 
teruja tak nak buat???..hehehe...
 
untuk jahitan ni...aku akan ajar jahit menggunakan 2 jarum..
kena tgk betul2 cara buat dia tau..sebab ia agak finin ckit pada yg tak biasa buat
pada yg da biasa mybe mudah faham..
 
sediakan 2 warna pearl
warna biru: saiz 8mm
warna kuning: 4mm
(saiz dan warna terpulang pada citerasa korang)
 
start dengan jahit camni...keluarkan jarum kiri dan jarum kanan pada kain
 
 masukkan sebiji pearl kuning...
dan silangkan jarum kiri dan kanan ke dalam pearl tersebut
 
kemudian..tarikkan jarum yang disilangkan tadi sehingga jadi begini
 
masukkan 2 biji pearl kuning di sebelah kiri
dan sebiji pearl biru di sebelah kanan
 
silangkan jarum kanan ke dalam pearl kuning yg kedua di sebelah kiri
kemudian..tarikkan kedua2 (kiri dan kanan) benang tadi...
sehingga jadi camni
selepas itu, cucuk kan jarum ke bawah melalui kiri dan kanan pearl kuning
(A)
kemudian...keluarkan ke atas semula jarum tadi melalui kanan dan kiri pearl kuning ni jugak
(B)
masukkan sebiji pearl biru di sebelah kiri
dan 3 biji pearl kuning di sebelah kanan
(C)
silangkan jarum kanan ke dalam pearl kuning yg ketiga
(D)
tarikkan benang kiri dan kanan sehingga jadi camni
(E)
seperti biasa turunkan jarum ke bawah di sebelah kiri dan kanan pearl kuning
dan keluarkan semula ke atas melalui kiri dan kanan pearl kanan itu jugak
(F)
kali ni, masukkan 3 biji pearl kuning di sebelah kiri
dan sebiji pearl biru di sebelah kanan pula..
(G)
silangkkan jarum kanan ke dalam pearl kuning terakhir
(H)
tarikh benang kiri tak kanan sehingga jadi bentuk begini
 
(I)
masukkan jarum ke bawah melalui kiri dan kanan pearl kuning
 
seterusnya...
ikut step (A),(B),(D),(E),(F),(G),(H), dan (I) sehingga selesai..
 
kepada yang menjadi tu..tahniah aku ucapkan..
kepada tak tak menjadi tu..try pelan2..k..
tgk satu persatu step dia...buat sampai jadik..
gud luck!



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

40 comments:

  1. tak sabarnya.. harap dapat buat nanti

    ReplyDelete
  2. thanks a lot share.. nnt nk try la.. tp kne beli pearlnyer dulu.hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Ena... kak Ct mohon nak share kat blog bole tak...?

    ReplyDelete
  4. cantiknya!!adududu..

    follow me back k..

    herdiaryoflife.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Cantik...tq atas ilmu yg dikongsi

    ReplyDelete
  6. suke la tgk manik braceket ni. kemas sgt. tp nk jahit sndri mcm fening fening. huhu.

    ReplyDelete
  7. cntik.. ni guna pearl apa ye? tq :)

    ReplyDelete
  8. Yes! berjaya akhirnya....tqvm atas ilmu yg dikongsi

    ReplyDelete
  9. assalamu 'alaikum wbt...
    syukran jazilan... info yang diberi sangat mudah untuk difahami..TAHNIAH!
    dan kerana sudi berkongsi ilmu yang dianugerah Illahi...
    kebanyakkan web/blog2 hanya memberi info sedikit sahaja/hanya membuat demo sahaja/...
    tetapi dalam blog ini ilmu yang diberi sangat mudah untuk d fahami dan diikuti.TAHNIAH sekali lagi.. teruskan usaha dalam mencari karier yang diminati seterusnya menyebarkan/berkongsi kepada penonton... BARAKALLAHU FIK..

    ReplyDelete
  10. kat sini ada tuto jait manik ye..baru perasan..sy suka jait manik..tp tak pndai yng macam ni..insyaAllah nti nak cuba 1 persatu.. :)

    ReplyDelete
  11. tq sudi kongsi ilmu..nnti nk try wat...

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas ilmu yg diberi.akhirnya setelah cuba dan cuba saya berjaya buat bracelet.

    ReplyDelete
  13. thanx for sharing.. sgt berguna!

    sesiapa tercari2 border lace murah.. jom tgk sini

    http://mamabusyra.blogspot.com/2013/02/border-lace-cantik-dan-murah-single.html

    ReplyDelete
  14. blog walking =). nice.

    www.manikmanikveil.blogspot.com (tempahan wedding veil dan jahitan manik baju kurung)

    haslinaveil@gmail.com

    thanks

    ReplyDelete
  15. Thank you...thank you...paham2.... leh le cuber kat baju sendiri... dah lama sangat mengidam nak pakai baju letak manik bracelet..... kalau ada lagi tutorial cara2 nak jahit manik lain.... kite sudi nak belajar...

    ReplyDelete
  16. cantik nya..kemas jugak..nak cuba buat sendiri macam ni...

    ReplyDelete
  17. salam..tq..dah lama cari tutorial ni....hihi

    ReplyDelete
  18. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju kurung dan baju melayu atau ingin menjahit pakaian sendiri, anda bolehlah belajar menjahit dengan panduan ini yang lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL...

    Sila KLik Sini

    ReplyDelete
  19. tq 4 sharing kak...cantek...boley bt kelas da ni...hehehe..

    ReplyDelete
  20. Nk try jugak..Thank for sharing

    ReplyDelete
  21. Paham sgt2..mmg teringin nk belaja jahit manik..this tutorial mmg bagus..senang nk ikut.blh try nt..Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  22. Aduh pening kepala..tp nak cuba jgk smpai berjaya..usaha tangga kejayaan..hihihiapapun t ksh bnyk atas tutorial ni ya...

    ReplyDelete
  23. jahitan kak ina kemas sgt.. pening gak tengok hahaha nnt nak try gak

    ReplyDelete
  24. mcm ssh jer..huhu

    ReplyDelete
  25. yeyeyeye dh jd...thanks k.ena share ilmu..

    ReplyDelete
  26. mcmne nk buat bracelet yg campur manik kecik 2 ye...sy nk cuba buat tp x tau teknik yg betul...

    ReplyDelete
  27. Yahhhuuuuu berjaya......

    ReplyDelete