Sunday, July 20, 2014

Tutorial: Manik simple

Salam Ramadan semua,Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, hari ini baru aku berkesempatan membuat entry tutorial untuk jahit manik yang simple ini. Manik yang mana?? opsss tetiba je kan...aku persembahkan kembali gambar manik tersebut:

Sorry sangat2 sebab lambat sediakan entry ini. Ok...takmo cite banyak-banyak terus kepada tutorial.
Gunakan dua warna manik sahaja depend pada warna baju
Untuk baju yang aku jahit, aku pilih warna biru dan pink

Step 1: keluarkan benang di hujng lengan seperti dlm gambar

Step 2: masukkan empat biji manik untuk warna pink dahulu

Step 3: Jahitkan manik tersebut seperti dalam gambar

Step 4: kemudian keluarkan jarum tepi manik pink

Step 5: masukkan empat biji manik biru dan jahitkan

Step 6: Gunakan step yang sama seperti step 4 dan seterusnya untuk menyiapkan layer 1 dan layer 2 iaitu layer warna pink dan layer warna biru

Teruskan menjahit sehingga kedua-dua layer siap

Step 7: mulakan buat layer ketiga dengan cara jahit yang sama seperti membuat layer 1 dan 2

Teruskan jahitan untuk layer 3 dan 4 sehingga habis keliling lengan baju

Tambahkan lagi menjadi 6 layer agar nampak lebih tebal, jika tebal, nampak lagi cantik...pape pun bergantung kepada kerajinan kita...:)

Siap sudah....aku buat 12 layer, kiranya 6 kali pusingan aku jahit.
Cara jahitan dan step yang sangat mudah....satu hari dah boleh habis jahit
Kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan manik boleh buat jahitan ini.
Selamat mencuba semua....

Untuk next tutorial...juga jahitan manik yang simple
memang mudah untuk buat....meh kite jeling sikit rupa paras manik tersebut:

ini dia...insyAllah tutorial akan menyusul... 


nota tersepit: 
da banyak ke korang buat kuih raya? atau kuih tunjuk je macam aku nih..heeeee








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...