Wednesday, September 30, 2009

Rumah terbuka HRD

Sempena raya nie, opis aku hari ini x ketinggalan jugak tuk buat umah terbuka. Alaa..terbuka tuk jiran terdekat jer. Yang specialnyer jamuan ni di sponser oleh kedua² mem di HRD nih...sape dia???
haaa...ni lar org yang sponsor jamuan kiteorg...mem murni & mem arine...aikk poning pala ke mem arine ooiitt..!!!???
antara juadahnyer...
erm...myami...myamiii...!!!!
agar-agar laici tu si mas yag buat..sodap oOOoo...puding caramel tu lakz aku yg buat...meh ar ghaser...jemput makan...
yang lain² pun ada bawa kuih raya..tapi lupo nak amik gambar

sesi ucapan hari raya & sikit taklimat oleh KPP sebelum menjamu selera...cam boring jer muka dorang ek! lapo agaknyer!
ni la yg paling suprise bagi aku...dlm kitaorg syok menikmati makanan...tiba² lampu di padamkan gulap guliter duniaku sekejap...pastu tiba² ada api lilin & lagu hepi besday dituju khas tuk kite orang. kek besday nie pun disponser oleh mem² tuk sumer staf HRD...tgk la kat kek tuh sumer nama staf ada. petama kali dalam idup aku tgk kek besday yg penuh nama...hahaha...anywy mekaseh la byk² kat mem² nih...wat susah² jer...terharu kt org tau!

hehehehe...ramai² bergambar bersama kek yg dikongsi.....
apa laie...moh la makan...lapaq da nih!
penuh mulot tuh!
selain staf HRD, kami juga menjemput beberapa vendor / suplier ke majlis kami. terima kasih la sebab sudi memeriahkan majlis nie... kepada sumer, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Manik baju Faezah




Aku baru jer siap jahit manik nie. Baju tuk Faezah, adik dak Teh. Nak pakai masa konvo. Minta aku wat yg grand² ckit...so nie lar hasilnyer. Org cbuk beraya...aku cbuk menyiapkan manik...haiiii..nasib badan.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, September 18, 2009

Bebuka ngan Jaja's Company

Selasa lepas aku berpeluang berbuka ngan jaja. Dia bawa adik, ijah n tunang tersayang dia berbuka bersama. Kami berbuka di Seri Percik Malim. Memang seronok n gamat kedai tu dibueknyer kalu ada si jaja nih. Org dok pandang pun kt org wat duno jer. Aku lakz bawa anak² aku, hubby xder sebab dia ada function umno. Berbuka bersama Ketua Menteri Melaka. Anak² aku terutama si kakak mmg xcited nak bebuka ngan untie J dia..hahahahaha. Kiteorg ada ajak teh berbuka sama, tapi dia xleh datang sbb tgh mengecap umah!. wah! raya sakan la kawan kite sekok tuh ek! Yang x tahan tuh, umah dia tetap ijau mcm madrasah.


Malam tu jaja oder satey 50cucuk n ABC evolusi tuk dia, adik n cik abang dia. Aku lakz makan mee bandung, kakak plak makan nasi ayam percik. Tapi cian jaja n company x dapat order makanan lain sebab dia dtg da lambat dah masuk waktu berbuka baru sampai, kalu nak order makan lain mesti berjam² nak tunggu. Sedangkan makanan si kakak yang da order dari pukul 6.40pm pun leh dapat 7.40..satu jam tuh. Seb bek satey sempat aku ordr kan lebih awal dapat la dia alas pewot ckit.

Tapi tu lar..aku terlupa ambil gambar saat² manis nih. Padahal aku bawa camera malam tu. Disebabkan seronok borak n gelak, sampai terlupa nak tangkap gambar daaa...ni sumer penangan lawak si jaja buek aku lupo!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Manik baju dak Yat

nie baju raya dia gakz...simple jer

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Hadiah besday dari hubby

Nie la hadiah yg dibelikan oleh hubby ku. Tu ar sape suh besday bulan posa....sah² la hadiah dia baju raya. Baju nie beli kat EZE fashion sebuah butik kat Melaka Mall. Harganyer RM289.90 pas dpt diskaun 20% so jadik la RM232. Thanks bang...
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Kad besday dari kakak

Kad yang dibuat sendiri oleh kakak...kreatif gakz dia nih!
Kad ni jd comot sebab di ganggu oleh adiknnye....thnks kakak! Mama sayang kakak.



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Hadiah besday ku

sape bagi nih?...adala...!


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, September 9, 2009

Coleteh ckit!

Yang bebenor ni aku tgh boring kat opis nih. Tgh releks x byk keje skrg nih. So saje² nak bebel dlm blog ku yg cun nih! Ermm..nak citer pe yer.. haaaaa...ni pasal aku dok lepak ngan jaja n teh petang semalam. Seronok giler...dok gelak sampai x ingat diri. Nie sumer melayankan pala sekor² yg giler. Si jaja lakz mmg suka wat lawak gabak dia tuh. Memang wat aku ketawa sambil nangis. Si teh lakz..suka wat lawak bodo dia...yang buat aku rasa cam nak sekeh² pala dia tuh. Memeng pecah lar semalam. Hishh lama tul x dok sesama dorang nih sejak kena pindah jabatan. Selalu cal jer...tp aku rasa lebih bes kalu jumpa mmg xde batasan kegilaan dorang. Memang kenangan manis la ngan dorang nih.

Kiteorg berkumpul smlm bukan suka², tapi ada tujuan. Projek mengarang kad raya tuk dak as yang jauh nun di jepun sanun!. Yang kelakar tuh..dia siap mintak kiter org hantar kad raya kat dia. Memilih lakz tuh...xmo anto e-card nak original kad. Pe lagik..berprojek la kitaorg bulan pose nih!.

So ari senin aritu aku kuar n jaja cr kad kat Mydin. Punye la ponin nak pilih, mana x nyer lama sgt x beli kad nih. Zaman skola dulu slalu lar. Skrg pun da guna e-card jer n sms tuk ucap raya. Carik punyer carik akhirnyer kt org pun pilih la kad² yang sesuai tuk as.

So kitaorg pakat, ari selasa petang berkumpul sesama tuk mengarang kad KHAS wat as...huhuhu..special tul as kan. Tapikan..memula tuh si teh xpat dtg tau..aku da frust. Then aku cal jaja..jaja pun hangin! terus cal dak teh warning dia.."ko kalu x dtg a clash kan ko" wahhh..gitu!!! Akhirnya teh dtg gakz. So projek on lar.

Kita dok ngarang sempoi² jer..sekadar untuk hiburan as. Aku x tau lar dia sanggup baca ke x pe yg kite org tulis. Mesti dia nagis nyer...tp x tau la nagis sbb suka atau sebab syahdu. Tapi pape pun kt org mmg da windu ko as.

Ok lar...aku de something nak wat. Bos da bg arahan. Nnti senang ati aku bebel lagik...tata!


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, September 6, 2009

Weekend

Alhamdulillah, hari ni da hari ke 16 kite posa. Sekejap aje rasanyer. Pejam celik, pejam celik je nanti da nak raya. 2 ari cuti nie aku x berbuka di umah. Semalam balik berbuka kat umah mak. Balik pun dorang x tau, bukan per sajer jer nnti dia nk masak mcm². So xmo nyusahkan mak, dia bukan sehat sangat. Tapi bila da sampai cna, aku balik yang terkejut, sebabnyer mak da wat kuih raya. 9 jenis tuh! Kemain org tua nih. Sib bek ada menantu dia yg tolong, kalu dia buat sorang² mau aku bebel kan dia...hahahaha...sudah terbalik ek! patut mak bebel kan kite! Semalam mak masak ayam masak sambal kari, kuah rebus asam. Sedap!!!. Mak pun sempat wat kuih tp aku lupo ar nama dia...yg gulung warna ijau, dalam inti kelapa tuh! Selain tu mak masak mee goreng. Banyak jugak menu dia ek! Kadang² kan bila bulan posa ni kan, terpikir tau, seronok dok ngan org tua nih. Macam² leh makan tau. Lagi ngan mak sendiri, mesti mak leh msk kan ape yg kite suka mkn. Tapi ape kan daya da dok umh sndiri, masak la sndirik! Jgn nak ngada²!


Hari ni lak, aku berbuka kat umah mak mertua. Dari pagi dia da call jemput buka sama. Aku ok jer. Makan free..huhuhuhuhu. Arini mak metua aku masak mee rebus. Mmg bes! pastu kakak ipar aku yg dok sama ngan mak mertua aku masak puding. Erm..rejeki..rejeki....bila la plakz turn aku nak ajak dorang makan buka ka umah aku agakz nyer kan? Tengok la camner!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, September 3, 2009

Satira Ramadhan

Didalam perut manusia terdapat 3 rakan karib yang selalu berkerjasama dalam melakukan kerja harian , mereka ialah Enzim, Asid, dan Bakteria. Manakala didalam paru-paru pula, Alveoli merupakan komuniti terbesar yang bertugas membuang karbon dioksida dan membekal oksijen. Mari kita belajar sesuatu dari kisah kehidupan mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.
Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya.. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.
“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.
Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.
Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.
Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!
Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.
“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.
“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.
“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis
Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”.. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.
“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu ....Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.
Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat kawan kita kat bawah tu, Si Usus Besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah..... ”.
“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 335 hari tanpa henti , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Lepas tarawih kang ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.
“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!
“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.
“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.

“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.
“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.
“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.
Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?
“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.
“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli
"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.
“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.
“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli..
“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.
“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.
Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.
Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!
“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.
“ Yalah, aku pun ada tenguk, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.
“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu..
Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".
Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!
Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.
“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asi

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, September 1, 2009

Aktiviti menghias opis

Hari nie kat opis aku ada aktviti menghias opis sempena nak raya. Waahhh!! semangat gitu! Posa pun x sampai ½bulan ek! Xper layannn..!!! Aku bab kijer hias opis ni mmg suka gakz! Teringat masa kat iptk dolu², time² camni la aku paling smangat dok hias opis sama jaja n as. Bukan kata raya jer, setiap musim kita org balun dok hias opis hahahahaha..
Sesi gantung mengantung kad raya oleh zam n khairul..tapi aku mmg respek kat bebudak lelaki kat opis aku nih..dorang memang bagi komitment 200% tuk menghias opis ni tau. Caya ar kat korang!
Nie la sifuu yg dok susun atur barang² yang ada tuk di hias...selut lu bro ros!
Bawak tukul besi lagik! mmg dorang pakar dok menukul nih!
Kanan tinggi tuh!..hehehe..tukang support dr blkang dok peratikan n bagi komenmmg semangat la dorang ni kan!
haaa..tgk tuh...bkn senang nak dirikan pelita buluh tuh...kena yang pakar buat baru jadi
Aku n mas pun xmo lepas peluang buat ape yg patut...susun angpaw duit tu jangan x susun kak!
nie sesi solder wire..da cam technician kan dorang nih..serba boleh! bukan per dorang cuba nak sambungkan wayar lampu ketupat yang berkelip² tu menjadi satu supaya senang nak gantung
pelita letrik yg disusun oleh khairul n tam
hasilnya selepas dinyalakan dalam keadaan yang agak romantik

serba sedikit suasana opis selepas dihias
angpaw yg disusun menjadi masjid (ada mcm masjid x? confius nih!)....

nie lakz yang dijadikan ketupat...da mcm layang² pun ada ek! huhuhuhuhu..


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...