Saturday, May 23, 2015

Masuk 7 bulan sudah


Bersua kembali dan apa khabar wahai blogku dan rakan-rakan semua sekiranya masih ada yg sudi mengunjung di sini. Hampir aku terlupa aku ada sebuah blog yang tersergam indah yang dulunya aku menatap tanpa jemu...tidak menjenguknya rasa bersalah hidup jadi tidak keruan dan akan merinduinya cewah! tapi kini aku telah mengabaikan ia tanpa sebarang khabar berita...apakah aku sedang merajuk dengan blog aku ini? atau dia yang merajuk denganku? hahahaha...ayat merapu di petang hari..

Setelah dihitung dengan jari tangan dan kaki, menghitung pada kalendar di meja dan dinding, dan merujuk kepada kalendar di henponku, jawapannya semua sama, jumlahnya adalah 7 bulan...ye sudah 7 bulan rupanya....bukan 7 bulan macam kat bawah ni eh..


tapi 7 bulan aku mengasingkan diri dari blogku ini. Kesian wahai blogku jangan kecik ati dengan aku ye...bukan sengaja ku meninggalkan mu tetapi kerana keadaan sangat tidak mengizinkan kita bersua selalu tapi ia bukan beerti aku telah melupakan mu wahai blogku. Wah ayat macam bercinta bagai...sekali lagi aku merapu di petang hari...hahaha

Waktu yang lama tu lebih setengah tahun aku tidak berblog. Seb bek masih ingat password tuk log in blog ni tadi. Kalau lupa tadi alamat berkubur terus lah blog aku ini. Alahai....

Apa perkembangan terbaru aku? Ermm...seperti biasa, aku melalui rutin harian. Melalui kesibukan harian yang tak pasti penghujungnya, menguruskan keluarga, kerja, diri sendiri dan sebagainya seperti rutin yg korang semua lalui juga. Cuma masa untuk berblog sekerap dulu agak terbatas. InsyaAllah ada masa terluang aku akan mengunjung di sini sambil merapu seperti dolu2. Namun begitu, aku sangat2 bersyukur dengan segala nikmat yang dipinjamkan oleh Allah kerana aku masih berkesempatan menikmati kehidupan ini dengan penuh kebahagian dan kasih sayang serta rezeki yang melimpah tanpa hadnya......biar tahun kertambah angkanya...biar umur bertambah jumlahnya namun Allah tidak pernah kedekut malah sentiasa meluaskan nikmatnya kepada kita semua. Alhamdulillah...terima kasih Allah.

Oklah, cukup setakat ini sahaja untuk hari ini. InsyaAllah kita bersua lagi jika diizinkan masa dan waktu. Sebelum tu, aku nak belanja sikit....ada yang windu kat aku tak?...hahaha perasan!..

pic bulan lepas...kira baru la jugak kan kan kan..ciou!




nota tesepit:
windu nak tau perkembangan korang...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...