Tuesday, January 26, 2016

Tak berganti-ganti...


Dengan lafaz Bismillah...aku mulakan bicara hari ini. Tahun 2016 sudah berganti meninggalkan 2015, bulan juga sudah berganti-ganti tanpa kusedari, hari pun berganti tanpa menanti, cuma entry aku je tak berganti-ganti.....hahahaha. Lama dibiarkan terbiar...kesian blog aku da macam hidup segan mati tak mau dah...maafkan daku wahai blogku.

Ntah masih ada pengunjung atau tidak kat blog aku ni...macam mana nak ada pengunjung? dah tuan tanah sendiri tak jenguk² kat sini ye dak? Tulah apa boleh buat kesibukan urusan harian membuatkan aku terlupa aku ada blog..cewah! reason boleh diterima tak?? tapi memang sejujurnya masa untuk berblog selincah dulu agak terhad sekarang ni. Nasib arini aku ada kesempatan untuk menjenguk di sini. Takpelah janji jangan diabaikan terus blog ni udah la kan..

Tengah syok² nak amik feel nak mula mengayat kat entry ni tadi (maklumla da lama tak merapu kat sini) tiba-tiba dak ikin (member opis) panggil nama aku, dia suh aku rasa sesuatu. Rejeki depan mata, dosa menolak nak² bagi time aku tengah lapo apa lagi aku pun sambar la...

tengok dari zahirnya seperti keropok kan
memang betol pun keropok...tapiii...

...tapiiii bila aku tanya "keropok apa ni?" member aku jawab "tu keropok ngaku" kalau mengaku tu aku tau la..keropok "ngaku" tu ni baru je aku tahu hahaha...tatau la kalau korang pernah makan, buat atau pernah dengar pasal keropok ni. Aku pun terus je google dari mana asal usul kewujudan keropok ini...

pic: ciluk google
ni pandangan asal sebelum dijadikan keropok

...menurut kata member apis aku ni...buah ni jarang-jarang ada. Ia akan muncul bila musim raya Cina sahaja. Ni kan da nak Tahun Baru Cina. Rupa paras buah ni macam bawang...saiz dia kecik je macam bawang kecik yang kite slalu masak...kita kena kupas kulitnya dulu...

Pic: ciluk google

...selepas dibuang kulitnya akan disagat macam kat gambar di atas. Sekali tengok isi dia macam ubi kayu pun ada...agak rumit gak nak sagat sebab buahnya kecik²

pic: ciluk google

...setelah itu ia akan digoreng dan terus boleh dimakan. Rasa dia sedap...lemak² macam kentang goreng dan rangup. Selain dibuat keropok, untuk masakan lain aku tatau pulak tak survey lagi. Tapi menurut kawan aku, dia kata boleh buat masakan lain...tapi ia tetap kena goreng terlebih dahulu.

Ok sekian untuk hari ini...kena sambung koje dulu...tata..


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...