Wednesday, June 27, 2012

Detik 9 Jun 2012

8 Jun 2012
pas breakfast bergerak ke KL lebih kurang kol 10.30pg
check-in di Seri Pacific Hotel..bersebelahan pwtc
menuju ke OUM
sesampai oum amik jubah test pakai...sempat bergambar ngan kwn sebelah tu...sape yg lagi cun?


9 Jun 2012

breakfast di Seri Pasific Hotel bersama kuarga
pastu terjah ekspo ni haa...aku sempat beli tudung n baju Pearl Haya...hubby plak beli 3 pasang suar Polo dan adik dapat 6 helai T-shirt...kakak tak dapat pape sbb dia xmo ikut..nak lepak otel katanyer..
jam 1.00ptg aku da ready ke dewan pwtc ...ni tgh bersiap² sebelum perarakan masuk ke dewan
puas gak nak mengenakan jubah tu..terkial²
tu diaaa....scroll disampaikan oleh Pro Canselor
berjalan menuju tangga tuk turun stage
sempat lagi gambar diambil..
konvokesyen yang ke-12
antara gambar yang diambil selepas abis...
setelah selesai segala sesi bergambar adik, ayah n kakak terjun kolam...aku tak join dorang sebab nak sambung soping....alone.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, June 26, 2012

Ooooohh pujaan hatiku...

oooohhh...pujaan hatiku
bertuah rasa setelah memilikimu
setelah sekian lama ku menanti dengan penuh kesetianku
kini kau telah menjadi milikku sepenuhnya
kau sentiasa di dalam genggamanku
kau sentiasa menjadi tatapanku
menyentuhmu adalah saat² kepuasanku (cewah!)
kau lah teman saatku kesunyian.....
kau lah teman saatku berduka
kau lah teman saatku gembira...
kau lah pujaan hatiku...LUMIA900...
ceh! berjiwa-jiwi plak aku arini ek!
yang bebenornye arini genap 3 minggu aku da menggunakan LUMIA 900 ni...
ni la warna yang menjadi pilihan aku....dan merangkap warna feberet aku...biru laut
lama da aku tggu hp ni kuar...sejak awal thn aritu
bukan tak nak pakai yang model 800 nyer..tp...
model tu masih tidak memenuhi citarasa aku
berbanding dengan model 900 ni...ia lebih besar saiznye
kelebihan keduanya, ia mempunyai dua kamera depan dan belakang
walaupun skrg samsung menjadi pilihan ramai...
namun aku masih TETAP setia dengan NOKIA....
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, June 25, 2012

UTC Melaka

baru balik keje nih!
tetiba windu nak update blog
lama rs tak update...lately ni kbzian yang amat
byk gak citer nak story
k..kite pilih yang terlatest la ek
sabtu aritu aku terjah perasmian UTC
pe la menatang UTC tu ek?
UTC ni singkatan kepada Urban Transformation Center
cakap jawinye Pusat Transformasi Bandar
masih tak paham lagi ek?
UTC ni merupakan pusat sehenti atau di dalam satu bangunan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan/swata dan yang menariknya pusat ni beroperasi sehingga malam (kalu tak silap aku kol 10mlm)
contoh la kan..kalu kite nak renew mykad misalnye, so tak perlu la amik coti atau time off lagi...urusan ni sumer kite da leh wat lepas keje...gi je kat UTC ni...haaa..mudah kan?
sumer urusan kite jadi mudah...nak beli barang keperluan, kedai rakyat 1 mesia, kaunter JPN, rawatan perubatan, kinik 1 mesia, pusat tuisyen dan bagai2 lagi...
bak kata astro...mcm2 ada
amacam? hebat tak melaka...
opsss..lupo nak habaq, UTC ni di rasmikan oleh PM kite Dato' Najib
tapi yang hebat masa ari perasmian tu kan..
kiteorg rakyat melaka dapat kupon makan free tau
makan ape saje..byr je pakai kupon tu dari pagi sampai mlm....errrrkkkkgg!! kenyang mkn free..hahahahahaha
meriah la jugak ari sabtu tu...byk jualan2, ada artis n selebriti yang dtg...da mcm jom heboh pun ada jugak
kenai tak? ni la bf baru i....hahahahaha
krew Hot FM pun ada aritu...aku tak ketinggalan bergambar bersama FBI
sama padan....warna oren..wah gitu!
antara aktiviti yang ada.....pertandingan menari
pemenang disandang oleh En. Rahim...tarian pilihan beliau adalah tarian dangdut...
gelek sakan abag rahim nih...seksa aku tgk!
ada beberapa lagi gambar tapi aku tak bole nak upload kan..
tatau la nape...laptop aku ni ke yang wat hal
atau blog aku ni yang de problem...
tensen haku!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, June 1, 2012

Mulakan Hari Anda dengan...

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam


Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badan

Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.

Membantu masalah mengurangkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.

Masalah penghadaman

Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.

Pembersihan air kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.

Kulit cerah dan bersih

Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.


Mengelakkan dehidrasi

Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...