Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Tutorial: Manik bunga sekuntum



Entry dan janji yang tertangguh, hari ini baru dapat dilaksanakan. Kepada yang masih menanti ada ke yang menanti? hari ini akan ku tunaikan tutorial untuk menjahit Manik Bunga Sekuntum. Entry sebelum ini cuma cerita tentang tip-tip untuk menjahitnya. Hari ini aku akan membuat toturialnya pulak. Tapi, untuk hari ini aku akan tunjukkan macam mana nak buat bunganya dahulu. Yang lelain aku akan ajar kemudian ye...


Ingat lagi tak gambar manik ni? Tak ingat?? takpela.....majuk majuk hahahaha

Ok kita mulakan dengan menyediakan manik, batu besar dan labuci yang bersesuai dengan warna baju.


Antara manik yang aku gunakan untuk jahitan kali ni, batu besar merah untuk tengah bunga dan dua warna labuci yang aku pilih merah dan pink serta manik bewarna merah


Step 1 : Jahitkan batu besar ni dulu...yang ni senang je nak jahit, just jahit di hujung kiri dan kanan yang ada lubang tu macam kita jahit butang baju...


Step 2: Keluarkan jarum jauh sedikit dari batu merah seperti di dalam gambar


Step 3: untuk membuat kelopak bunga yang pertama masukkan labuci dan manik seperti di dalam gambar. Dimulakan dengan memasukkan sekeping labuci merah, sebiji manik merah, empat labuci merah, dua labuci pink dan sebiji manik merah

Kena tengok betul-betul kedudukan labuci tu ada yang dimasukkan secara ke atas dan ada dimasukkan secara ke bawah....ok ok kalau tak faham jugak, cuba korang tengok labuci yang korang ada, cuba letakkan dia atas meja atau atas tempat yang rata bentuk dia melengkung sedikit kan....itulah maksudnya sama ada dimasukkan secara melengkung ke atas atau melengkung ke bawah. Ok setakat ini faham kan....bagusssss


Step 4: Bila dah masukkan semua manik dan labuci tadi...tarikkan semua tu ke bawah kemudian masukkan jarum di sebelah batu merah. Selepas itu, keluarkan semula jarum sebelah kelopak pertama tadi kemudian ulang Step 3.



Setelah siap 2 kelopak.....
teruskan, ulang Step 2 sehingga Step 4 sehingga penuh kelopak bunga dibuat


Ini hasilnya bila selesai menjahit kelopak bunganya.
Mudahkan....
Agak-agaknya boleh buat tak? 
Selamat menjahit...

Untuk tangkai dan buahnya dalam next entry k....InsyaAllah.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, August 19, 2014

Manik bunga sekuntum

Pandangan dari atas..

Hari ni nak cerita tentang manik lagi. Tersimpan je gambar ni dalam henpon, hari ni baru dapat transferkan ke PC. Pilihan aku kali ini adalah jahitan manik bunga sekuntum. Kalau korang nak buat macam ni, antara tips yang boleh aku berikan adalah: 

1) Jahitan bunga sekuntum sebesar ini sebaik-baiknya dijahit di atas dan di tengah-tengah lengan baju. Kalau kita jahit di bahagian tepi atau bawah nanti lengan baju akan jadi berat dan tak seimbang.

2) Jika kita nak jahit bunga sebesar ni, sebaik-baiknya buat sekuntum sahaja, kalau kita buat dua/tiga kuntum tu bukan tak boleh..boleh je...tapi akibatnya lengan baju akan menjadi terlalu berat dan tidak selesa bila dipakai.

3) Untuk jahitan seperti ini juga, kalau nak nampak ia timbul seelok-eloknya jahitan pada kain yang polos /kain kosong atau pada kain yang mempunyai corak yang tidak terlalu banyak. Kalau jahit pada kain yang banyak corak sebenarnya tak salah pun tak kena denda pun tapi tula jahitan manik nanti akan tenggelam tak timbul sangat.

Ok itu sahaja tip yang dapat aku fikirkan buat masa ini. Untuk tutorial jahitan manik ni, akan aku paparkan pada entry yang akan datang. Bagi masa nak edit² gambar dia dulu ye.

Pandangan dari sisi....

Pandangan keseluruhannya...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, August 8, 2014

Tutorial: Manik Simple 1


Huh!...lega rasa bila siap renovate umah. 99% siap sudah..kali ni aku pilih warna purple gitu! cantik tak?? rasanya tahun ni dua kali jugak aku tukar wajah blog aku nih....kunun kunun nak dapat aura baru untuk semangat berblog kembali....cewah! InshaAllah...

Terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengunjung blog aku ini. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagian kepada kita semua.

Ok..berbalik kepada tajuk di atas...seperti biasa aku nak kongsikan cara jahitan manik simple seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas. Meh usha usha dulu rupa paras manik dia dulu pastu baru leh usha usha cara jahitannya...jommmm
kita akan jahit macam ni k...

kos yang berbaloi-baloi...
gunakan dua barang ni je
satu warna manik dan satu warna labuci
aku pilih warna manik hijau dan labuci pink

Step 1: keluarkan jarum seperti di gambar

Step 2: Masukkan 5 biji manik dan satu labuci

Step 3: Jaitkan ke dalam...dan keluarkan jarum sebelah labuci

seterusnya sambung jahit sama seperti Step 2 dan Step 3

setelah siap kelliling lengan...sambung untuk buat line yang ke 2
cara yang sama seperti Step 1 hingga Step 3

tambah lagi untuk line ke 3 agar nampak lebih tebal
jika rajin boleh buat banyak line ikut selera kita

siap!...mudah kan?...selamat mencuba



Nota tersepit:
Pelan-pelan aku raya umah korang ye...sediakan kuih raya byk² tau..heeeee



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, July 20, 2014

Tutorial: Manik simple

Salam Ramadan semua,Seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, hari ini baru aku berkesempatan membuat entry tutorial untuk jahit manik yang simple ini. Manik yang mana?? opsss tetiba je kan...aku persembahkan kembali gambar manik tersebut:

Sorry sangat2 sebab lambat sediakan entry ini. Ok...takmo cite banyak-banyak terus kepada tutorial.
Gunakan dua warna manik sahaja depend pada warna baju
Untuk baju yang aku jahit, aku pilih warna biru dan pink

Step 1: keluarkan benang di hujng lengan seperti dlm gambar

Step 2: masukkan empat biji manik untuk warna pink dahulu

Step 3: Jahitkan manik tersebut seperti dalam gambar

Step 4: kemudian keluarkan jarum tepi manik pink

Step 5: masukkan empat biji manik biru dan jahitkan

Step 6: Gunakan step yang sama seperti step 4 dan seterusnya untuk menyiapkan layer 1 dan layer 2 iaitu layer warna pink dan layer warna biru

Teruskan menjahit sehingga kedua-dua layer siap

Step 7: mulakan buat layer ketiga dengan cara jahit yang sama seperti membuat layer 1 dan 2

Teruskan jahitan untuk layer 3 dan 4 sehingga habis keliling lengan baju

Tambahkan lagi menjadi 6 layer agar nampak lebih tebal, jika tebal, nampak lagi cantik...pape pun bergantung kepada kerajinan kita...:)

Siap sudah....aku buat 12 layer, kiranya 6 kali pusingan aku jahit.
Cara jahitan dan step yang sangat mudah....satu hari dah boleh habis jahit
Kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dengan manik boleh buat jahitan ini.
Selamat mencuba semua....

Untuk next tutorial...juga jahitan manik yang simple
memang mudah untuk buat....meh kite jeling sikit rupa paras manik tersebut:

ini dia...insyAllah tutorial akan menyusul... 


nota tersepit: 
da banyak ke korang buat kuih raya? atau kuih tunjuk je macam aku nih..heeeee








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, October 9, 2013

Bracelet lagi..


entry hari ini berkisah manik lagi yer
harap² jangan boring yer...
nie jahitan manik bracelet...pada yang biasa menjahit mesti tau
pada yang tatau tu..meh aku citerkan sikit
jahitan bracelet ni mempunyai teknik jahitan tersendiri
ada yang menjahit menggunakan 2 jarum dan ada yang menggunakan 1 jarum
kebiasaan jahitan ini jarum akan dimasuk²kan ke dalam pearl/manik
keluar masuk jarum pastu matikan..haa..camtu la lebey kurang
tak paham jugak?....takpe takpe nnti paham bila tgok tuto kat bawah ni
ok..untuk jahitan ini aku gunakan 1 jarum jer...
meh kite tgok step by step cara jahitannya...

camni la hasilnye nanti..kombinasi 2 warna
tapi ikut kreativiti masing²...bole ditambah warna jika mahu....terpulang
yang penting step jahitan dia kena tau yer...

pearl 4mm warna purple

pearl 2mm warna hijau

buat dua garisan besar 1.5cm

start jahit...keluarkan benang dulu pada garisan pertama/atas

Step 1
masukkan 1 pearl purple dan 2 pearl hijau
masukkkan jarum dlm kain bawah pear hijau yg kedua (mcm dalam gambar)

keluarkan jarum dan masukkan jarum kedalam lubang pearl hijau yang kedua

Step 2
masukkan pula satu pearl hijau dan satu pearl purple

masukkan jarum dalam kain, keluarkan sebelah pearl purple

masukkan pula jarum ke dalam lubang pearl purple pula

ulang Step 1 dan Step 2 sehingga habis hingga dapat satu barisan

buat step yang sama juga untuk garisan kedua/bawah

setelah siap dua garisan, masukkan jarum pada pearl hijau no.2

Step 3
masukkan satu pearl purple, satu pearl hijau dan satu lagi pearl purple

selitkan lagi jarum dalam pearl hijau yang kedua yang seterusnya

akan dapat macam ni nanti..

teruskan Step 3 ni sampai habis

sekarang kite buat untuk line bawah pula
sama macam yang atas...keluarkan jarum pada pearl hijau yang kedua

Step 4
masukkan sebiji pearl purple

selitkan lagi jarum dalam lubang pearl hijau yang ada kat atas dia tu

keluarkan jarum dari lubang pearl hijau tadi

masukkan lagi sebiji pearl purple

selitkan lagi jarum dalam lubang pearl hijau yang ada di bawahnya

keluarkan jarum tadi

lakukan Step 4 ni sampai habis.....
mudah je kan...
cuma kena fahamkan keluar masuk jarum tu jer..
Insha Allah akan menjadi...
pada semua selamat mencuba...







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...