Monday, August 31, 2009
Medeka!
Berbuka Puasa Bersama Keluarga HRD
Yazid bersama isteri n anaknyer....
Anak buah baru
Ceh..si Tam tunjuk skill kononnyer nak salin pampers anaknyer yang baru lepas membuang....
punyer ler lama dia ambil masa nak salinkan pampers sampai ank dia menangis x henti²..merajuk dia...last² mak mertua dia yg tolong...wahahahahaha...Si Tam jadi gelabah sebab kitaorg dok peratikan dia salin pampers, tu yg lambat..hahahahahahaha
Sedikit cenderahati dari kt org tuk bapa baru...tahniah untuk Tam n isteri
Friday, August 21, 2009
Esok da posa
Sepanjang minggu ni sampai ke arini ada je yang bermurah ati blanja mkn kat opis. Ada yg blanja roti jala, roti canai, ketupat...peh...rejeki maaa. Kdg² tu ptg² kt org collect duit ramai² x kira la nk bg bape hinggit...pastu beli kuih-muih tuk mkn ptg reramai. Yang bes tu ada lak yg pakar wat air nescafe, mmg power! Tiap ari la minum nescafe...x jemu!
Malam ni pun da start terawih n kena bgn sahur. Bangun tetap kena bangun sbb si kakak mesti kena sahur. Kalu x cian dia layu esok nk tahan posa.
Ermm...tgh pikir gakz nih...pasar ramadhan mana nak terjah sok ptg ek! pikir..pikir...
Wednesday, August 19, 2009
Saturday, August 15, 2009
Daaa siaapp!!!
Manik baju dak Yat
Manik-manik yang aku gunakan... (gambar agak kabur, lebih zoom kot!)
Cuti oh cuti
Sampai malam badan dia masih panas. Aku tido pun x bape lena sebab risau kan dia. Setiap satu jam mesti terjaga nak tgk dia kat bilik dia takut kalau² demam dia makin kuat. Aku pastikan tiap 4jam mesti mkn ubat. Sampai pagi aku rasa badan dia tetap panas lagi. So aku amik keputusan amik cuti lagi. Aku sms je kat bos brthu dia.
Hari selasa ni, aku tetap pastikan dia makan ubat ikut masa. Alhmdullah, petang tu demam dia kebah. Baru rasa badan dia sejuk, dan nampak dia da leh dok melukis² n main² dgn adik dia.
So pagi rabu, aku masuk keje cam biasa. Masa aku kuar b.fast lebih kurang kol 10:00pg, tiba-tiba kakak(Mak Long ank aku) yg jaga ank aku cal brthu adik demam lak. Aku tanpa lengah jumpa bos mintak balik. Aku amik dia then gi klinik. Mmg panas badan dia. Tempreture 38.86c. Budak nurse tu masuk kan ubat kat punggung dia sebab tinggi sangt.
Demam adik pun lambat kebah. Dengan selsema lagi, asyik merengek minta dukung jer. Sampai pagi esok pun badan dia masih panas. Aku pun xmo nyusahkan Mak Long dia. Lagipun ank² dia pun sumer demam gakz. So aku wat kputusan sambung 1 ari lagi cuti nak jaga ank aku. So khamis tu aku cuti lagi.
Ntah cammana malam tu kaki aku sebelah kanan sakit lakz. Sebenarnya aku da rasa 2,3 ari sblm ni. Tapi aku ingat lenguh² biasa. Tapi malam tu mmg sakit sgt². Kol 10mlm aku nk masuk tido aku sapu minyak angin kat kaki dulu. Sbb tunggu² hubby nk minta dia urutkan kaki tapi dia x balik² lg sebab gi tutup kedai dia. Aku temankn ank tido dulu.
Lebih kurang kol 1pagi aku terjaga then nk gi bilik sbelah, coz mmg rutin hubby smblm tido akan guna komputer, nak mintak dia urut kaki sebab da bisa sgt. Tapi aku jadi langsung xleh jalan. Xleh nak jejak tapak kaki ke lantai. Bisa dia jgn ckp lar. Hubby pun terkejut. aku pun xtau apsal leh teruk camtu. Then dia pun urut, tapi sakit dia bukan main. Dia mmg pandai ckit bab urat. Dia ckp ada salah urat. Pastu aku sambung tido, tp mmg ssh nk tido langsung xleh lurus kaki.
Pagi sok (jumaat) aku masih rasa sakit, kat lutut aku da bengkak, aku ajak hubby gi klinik jumpa doktor. Lepas dia cek kaki aku, dia pn ckp bkn mslah tulang. Tapi saraf/urat. Sah ler kena cari tukang urut pasni. Dia bagi injection n ubat sarat dan ubat tahan sakit. Dia ada gakz rekemen tuk jumpa pakar tulang, tapi aku x pasti nk gi ke x. Tggu 2ari ni. Kalu ubat tu leh kasi lega kat kaki, aku gi urut je la. Hubby aku ckp, nak urut xleh masa sakit ni, tggu 2ari lagi. So ari ni aku lakz MC. So lengkap la seminggu aktiviti percutian aku...hahahahahaha
Sunday, August 2, 2009
Final Exam
Sok ari pertama aku exam, ada satu paper...
Khamis satu paper lagi...
Ahad last paper....(xsabo nk tggu abis)
Minggu ni aku cuti seminggu...huhuhu..
Bukan nk lepak² tp nk kena pecah pala nk baca mcm²..sob!...sob!..sob!..uwaaaa..!!!
Influanza A H1N1
Skrg Melaka kira tempat yang kritikal. Memang da lama aku da kurangkan aktiviti luar ni. Tapi kalu nak kena kat tempat keje pun x mustahil kan....
Hari jumaat aritu, member baik aku 2orang pun da kena kuarintin suspek gakz. Da seminggu dorang x kebah dr demam. Tapi yang cedeynyer salah sorang member baik aku ni anak dia yg kecik rasanya dalam 1thn pun suspek. Dia n ank dia di kuarintinkan. Sejak ari Jumaat aritu jugak sumer student kat tmpt keje aku di arahkan balik, kuarintin slama seminggu. Sebab dari briter yg aku terima da 60lebih orang suspek.
Arini aku terima briter yg mengejutkan. Member opis sms brthu, bos aku (KPP) da kena kuarintin suspek H1N1. Dia kena semalam. Risau gakz nih...takut virus tu merebak satu opis. Hishh...mintak² la dijauhkan dan dilindungi wabak tu kat member n kuarga aku...amin!!
Tadi aku dinasihatkan oleh kwn tuk gi klinik amik antibiotik, tapi aku lom gi amik lagi. InsyaAllah sok aku gi amik.
Perhimpunan haram
PASUKAN keselamatan menggunakan gas pemedih mata ketika menyuraikan perhimpunan haram bantah ISA di Jalan Kinabalu, semalam.
- Premis perniagaan ditutup
- Pengangkutan awam terjejas
- Lalu lintas sesak
KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram yang diadakan semalam bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjejaskan rutin harian penduduk ibu kota yang terpaksa mengalami kesesakan teruk dan peniaga di beberapa jalan utama mendakwa mengalami kerugian apabila terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing.
Pengguna jalan raya di sekitar ibu kota pula mengeluh dengan menghubungi Berita Minggu apabila terpaksa berada berjam-jam dalam kenderaan dan lewat tiba ke destinasi masing-masing, berikutan sekatan jalan raya di beberapa jalan utama menghala ke bandar raya, antaranya laluan kedua-dua hala Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi, Jalan Mahameru, Jalan Istana, Jalan Raja Laut, Jalan Travers dan Jalan Raja dibuat polis bagi menghalang perhimpunan haram itu.
Orang ramai turut mengalami kesulitan menaiki pengangkutan awam, termasuk transit aliran ringan (LRT) apabila Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya terpaksa ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sebahagian besar kedai, termasuk pasar raya besar seperti Sogo dan Mydin di sekitar Jalan Raja Laut dan Tuanku Abdul Rahman, terpaksa menutup premis perniagaan mereka kerana bimbangkan keselamatan pekerja, selain mahu mengelak premis mereka dimasuki individu yang mahu mengambil kesempatan daripada kekalutan yang timbul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perhimpunan haram yang bermotif politik itu tidak perlu diadakan kerana ia menyusahkan rakyat.
"Saya dapat tahu ramai orang mengeluh sebab keadaan lalu lintas di sekitar ibu kota menjadi begitu sesak dan sukar bagi mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih, di Kampung Tengah, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan kepada pihak terbabit kerana kerajaan sudah memberi amaran supaya mereka tidak berbuat demikian.
Perhimpunan haram itu diadakan oleh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Negara (Magaran) yang pro-ISA dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Bagaimanapun, GMI gagal menyampaikan memorandum itu apabila polis menutup setiap jalan menuju ke arah Istana Negara, manakala Magaran melalui Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa pengawal Istana Negara enggan menerima memorandum daripada mana-mana pihak.
Polis turut menahan 438 orang di beberapa lokasi di ibu negara, termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa. Difahamkan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa turut ditahan.
Pada masa sama, pihak berkuasa sedang menyiasat 11 orang, termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh kerana dipercayai menjadi dalang perhimpunan itu.
Individu lain disiasat ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.
Polis mengenal pasti mereka hadir, termasuk memberikan ucapan di Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, di sini, pada jam 3.55 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis terpaksa bertindak apabila 5,000 penyokong GMI yang mula berkumpul sejak jam 8 pagi di lokasi seperti seperti kompleks beli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Padang Merbok dan ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Terdahulu, tindakan penyokong GMI yang enggan bersurai walaupun diminta berkali-kali oleh pihak berkuasa menyebabkan polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan bagi memastikan mereka bersurai.
Beberapa pelancong asing yang turut berada di kawasan berkenaan turut melarikan diri meninggalkan kawasan berkenaan.
Di sekitar Pasar Seni, lebih 2,000 penyokong Magaran yang berhimpun di sana sejak jam 11 pagi semalam akur dengan arahan polis supaya tidak berarak menghantar memorandum sokongan mengekalkan ISA ke Istana Negara.
Kumpulan itu yang mewakili lebih 60 NGO berkumpul di situ bagi membantah tindakan kumpulan GMI, sepatutnya menyerahkan memorandum ke Istana Negara pada jam 2 petang.
Kumpulan anti-ISA berhimpun di Majid Jamek, Sogo dan Masjid Negara manakala pro-ISA berhimpun di Padang Merbok, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.