Saturday, August 15, 2009

Cuti oh cuti

Fuh! rasa cam lama x update blog aku yg cantik nih!..keh3. Skrg aku tgh bercuti-cutian dr segala ativiti pengajianku. Bkn itu aje tau aku pun sambung lagi seminggu amik cuti emergency tak kerja sebab anak² aku demam. Hari senin patutnyer aku da start masuk opis, tapi si kakak demam + selsema malam senin tu, menggigil² dia, memang tinggi demam dia. Tak pernah dia kena demam camni. Sok pagi aku bw dia gi klinik cek doktor. Yela sekarangnye demam bukan boleh lengah² kena cepat² bw jumpa doktor. Doktor bg dia MC 2ari. Doktor kata demam biasa. Alhamduliilah. Jadik aritu aku n hubby amik cuti. Tapi, tengahari tu aku dpt cal dari makcik dia yg ngajo kat skola dia brthu skola dia kena kuarantin seminggu. Sebabnye ramai bdk x tdg skola sbb demam dan ada yang suspek H1N1.

Sampai malam badan dia masih panas. Aku tido pun x bape lena sebab risau kan dia. Setiap satu jam mesti terjaga nak tgk dia kat bilik dia takut kalau² demam dia makin kuat. Aku pastikan tiap 4jam mesti mkn ubat. Sampai pagi aku rasa badan dia tetap panas lagi. So aku amik keputusan amik cuti lagi. Aku sms je kat bos brthu dia.

Hari selasa ni, aku tetap pastikan dia makan ubat ikut masa. Alhmdullah, petang tu demam dia kebah. Baru rasa badan dia sejuk, dan nampak dia da leh dok melukis² n main² dgn adik dia.

So pagi rabu, aku masuk keje cam biasa. Masa aku kuar b.fast lebih kurang kol 10:00pg, tiba-tiba kakak(Mak Long ank aku) yg jaga ank aku cal brthu adik demam lak. Aku tanpa lengah jumpa bos mintak balik. Aku amik dia then gi klinik. Mmg panas badan dia. Tempreture 38.86c. Budak nurse tu masuk kan ubat kat punggung dia sebab tinggi sangt.

Demam adik pun lambat kebah. Dengan selsema lagi, asyik merengek minta dukung jer. Sampai pagi esok pun badan dia masih panas. Aku pun xmo nyusahkan Mak Long dia. Lagipun ank² dia pun sumer demam gakz. So aku wat kputusan sambung 1 ari lagi cuti nak jaga ank aku. So khamis tu aku cuti lagi.

Ntah cammana malam tu kaki aku sebelah kanan sakit lakz. Sebenarnya aku da rasa 2,3 ari sblm ni. Tapi aku ingat lenguh² biasa. Tapi malam tu mmg sakit sgt². Kol 10mlm aku nk masuk tido aku sapu minyak angin kat kaki dulu. Sbb tunggu² hubby nk minta dia urutkan kaki tapi dia x balik² lg sebab gi tutup kedai dia. Aku temankn ank tido dulu.

Lebih kurang kol 1pagi aku terjaga then nk gi bilik sbelah, coz mmg rutin hubby smblm tido akan guna komputer, nak mintak dia urut kaki sebab da bisa sgt. Tapi aku jadi langsung xleh jalan. Xleh nak jejak tapak kaki ke lantai. Bisa dia jgn ckp lar. Hubby pun terkejut. aku pun xtau apsal leh teruk camtu. Then dia pun urut, tapi sakit dia bukan main. Dia mmg pandai ckit bab urat. Dia ckp ada salah urat. Pastu aku sambung tido, tp mmg ssh nk tido langsung xleh lurus kaki.

Pagi sok (jumaat) aku masih rasa sakit, kat lutut aku da bengkak, aku ajak hubby gi klinik jumpa doktor. Lepas dia cek kaki aku, dia pn ckp bkn mslah tulang. Tapi saraf/urat. Sah ler kena cari tukang urut pasni. Dia bagi injection n ubat sarat dan ubat tahan sakit. Dia ada gakz rekemen tuk jumpa pakar tulang, tapi aku x pasti nk gi ke x. Tggu 2ari ni. Kalu ubat tu leh kasi lega kat kaki, aku gi urut je la. Hubby aku ckp, nak urut xleh masa sakit ni, tggu 2ari lagi. So ari ni aku lakz MC. So lengkap la seminggu aktiviti percutian aku...hahahahahaha

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

2 comments:

  1. Lor.. kak, awat semua sakit nih. isk2.. kak jaga kesihatan tau. Kalau boleh buat je check up tulang tu. Byk sgt wat keje ke nih. hehe.. ok kak take care. miss u..

    ReplyDelete
  2. Ntah la As, hari sakit sedunia. Tapi skrg da ok la...ko pun kn jg ksihatan gakz!...miss u 2 :P

    ReplyDelete