Sunday, August 2, 2009

Perhimpunan haram

Semalam ada lagi perhimpunan haram di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Sebabnya dorang membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Aku x paham la dorang ni, nape mesti nak menghuru hara keadaan yang boleh diselesaikan dengan aman. Hantar aje la memorandum, kan senang. Yang peliknyer, pelajar IPTA pun turut terlibat, cedey betul la. Depa pergunakn pelajar² nie tuk tunjuk perasaan. Tapi yang lagi cedey dalam briter aku tgk, perhimpunan semalam membuatkan peniaga² kerugian besar selain tu pasar raya Sogo juga di arahkan tutup. Jalan raya pun jem, ramai yg tersangkut dlm kesesakan jln raya. Cuba la bayangkn kalu² ada yg nak terberanak dlm kete tuh..xke naya je! Hiishhh...kan da nyusahkan org lain namanya.

Nie la petikan dari Berita Harian : Ahad, 02 Ogos 2009 : 10 Syaaban 1430

Perhimpunan haram menyusahkan rakyat

PASUKAN keselamatan menggunakan gas pemedih mata ketika menyuraikan perhimpunan haram bantah ISA di Jalan Kinabalu, semalam.

- Premis perniagaan ditutup
- Pengangkutan awam terjejas
- Lalu lintas sesak


KUALA LUMPUR: Perhimpunan haram yang diadakan semalam bagi membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjejaskan rutin harian penduduk ibu kota yang terpaksa mengalami kesesakan teruk dan peniaga di beberapa jalan utama mendakwa mengalami kerugian apabila terpaksa menutup premis perniagaan masing-masing.

Pengguna jalan raya di sekitar ibu kota pula mengeluh dengan menghubungi Berita Minggu apabila terpaksa berada berjam-jam dalam kenderaan dan lewat tiba ke destinasi masing-masing, berikutan sekatan jalan raya di beberapa jalan utama menghala ke bandar raya, antaranya laluan kedua-dua hala Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi, Jalan Mahameru, Jalan Istana, Jalan Raja Laut, Jalan Travers dan Jalan Raja dibuat polis bagi menghalang perhimpunan haram itu.

Orang ramai turut mengalami kesulitan menaiki pengangkutan awam, termasuk transit aliran ringan (LRT) apabila Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya terpaksa ditutup bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sebahagian besar kedai, termasuk pasar raya besar seperti Sogo dan Mydin di sekitar Jalan Raja Laut dan Tuanku Abdul Rahman, terpaksa menutup premis perniagaan mereka kerana bimbangkan keselamatan pekerja, selain mahu mengelak premis mereka dimasuki individu yang mahu mengambil kesempatan daripada kekalutan yang timbul.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perhimpunan haram yang bermotif politik itu tidak perlu diadakan kerana ia menyusahkan rakyat.

"Saya dapat tahu ramai orang mengeluh sebab keadaan lalu lintas di sekitar ibu kota menjadi begitu sesak dan sukar bagi mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Astro Kasih, di Kampung Tengah, di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan kepada pihak terbabit kerana kerajaan sudah memberi amaran supaya mereka tidak berbuat demikian.

Perhimpunan haram itu diadakan oleh kumpulan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembela Negara (Magaran) yang pro-ISA dengan tujuan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Bagaimanapun, GMI gagal menyampaikan memorandum itu apabila polis menutup setiap jalan menuju ke arah Istana Negara, manakala Magaran melalui Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa pengawal Istana Negara enggan menerima memorandum daripada mana-mana pihak.


Polis turut menahan 438 orang di beberapa lokasi di ibu negara, termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa. Difahamkan, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa turut ditahan.

Pada masa sama, pihak berkuasa sedang menyiasat 11 orang, termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh kerana dipercayai menjadi dalang perhimpunan itu.

Individu lain disiasat ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu; Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Abdullah dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Polis mengenal pasti mereka hadir, termasuk memberikan ucapan di Pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, di sini, pada jam 3.55 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis terpaksa bertindak apabila 5,000 penyokong GMI yang mula berkumpul sejak jam 8 pagi di lokasi seperti seperti kompleks beli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Merdeka, Pasar Seni, Padang Merbok dan ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut.

Terdahulu, tindakan penyokong GMI yang enggan bersurai walaupun diminta berkali-kali oleh pihak berkuasa menyebabkan polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan bagi memastikan mereka bersurai.

Beberapa pelancong asing yang turut berada di kawasan berkenaan turut melarikan diri meninggalkan kawasan berkenaan.

Di sekitar Pasar Seni, lebih 2,000 penyokong Magaran yang berhimpun di sana sejak jam 11 pagi semalam akur dengan arahan polis supaya tidak berarak menghantar memorandum sokongan mengekalkan ISA ke Istana Negara.

Kumpulan itu yang mewakili lebih 60 NGO berkumpul di situ bagi membantah tindakan kumpulan GMI, sepatutnya menyerahkan memorandum ke Istana Negara pada jam 2 petang.

Kumpulan anti-ISA berhimpun di Majid Jamek, Sogo dan Masjid Negara manakala pro-ISA berhimpun di Padang Merbok, Dataran Merdeka dan Pasar Seni.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment