Tuesday, July 13, 2010

Lihat ke atas lihat ke bawah

Sehebat-hebat kita, ada orang yang lebih hebat daripada kita. Sepandai-pandai kita, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada kita. Sebodoh-bodoh kita, ada orang yang lebih bodoh daripada kita. Sesusah-susah kita, ada orang yang lagi susah daripada kita, cuma kita saja belum jumpa.

Pengajaran dari situasi ini adalah:

1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi kita kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi kita kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya kita jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.

2. Sesusah-susah kita, sebodoh-bodoh kita (jika kita merasa kita kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari kita.
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain. Jika kita merasa hidup kita susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada kita, cuma kita belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup kita yang sedia ada sekarang ni.

Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.

Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.

Jangan terlalu bangga dengan kedudukan kita sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang kita ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang kita dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama kita berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.

Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment