Monday, August 11, 2014

TERcreate blog!


Stop semua kerja dulu...dah lunch time pun kan. Hari ini aku dah start berpuasa. So tak ke mana...lepak opis je. Tapi kalau tak posa pun aku memang suka memerap kat opis ni je...heeee. So masa yang sesuai aku menjenguk blog...lama tak berblog sakan....windu rasanya. 

Sebenarnya tatau nak buat entry ape hari. Tadi sesaja belek² blog ni ha..lama rasa tak membelai blog aku yang cun nih...perasan! alaa sape lagi yang puji kalau bukan tuannya sendiri...ye dak? Belek punye belek baru aku perasa...hampir 5 tahun sebenarnya aku dah terjebak dalam dunia blog nih. Aku mula berbelog sejak tahun 2009. Kelakar la bila baca entry mula² dulu..malu pun ada gakz!

Meh nak cite sikit....memula dulu buat blog ni atas ajakan member opis. Tgok macam syok aje kan...tangan yang gatai ni pun TERcreate lah blog nih. Festahim buat tu takde halatuju sebenar. Apa tujuannya? buat takde sebab. Aku pun bukan seorang yang pandai mengarang ayat bagai...memang fail bab² ni. Yang aku tahu blog ni umpama diari. Kita boleh mencatat, meluah, atau apa sahaja tentang kehidupan seharian kita. Mula² dulu malu jugak nak sharekan dengan kawan² tentang hidup aku ini..terutama dengan kawan² yang dah kenal...maklumla aku ni tinggi sifat pemalunya...hahahaha tuiii

Mula² tu blog aku pun sempoi je..takde nak decorate bagai...guna je template yang sedia ada. Selepas aku mula mengunjung blog² orang...rupanya persepsi awal aku tu ternyata salah. Blog ni boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia menjadi medium untuk penyampaian ilmu atau maklumat, buat business, mengadakan tutorial, dan macam² lagi. Baru lah terbuka minda aku...kadang² kita berblog ni bukan sahaja menghabiskan masa atau sebagai hobi, pada masa yang sama juga kita boleh berkongsi apa yang kita tahu. Dan..dan dan yang aku paling aku tertarik dan terpegun ialah bila mengunjung blog² yang cantik menawan dengan warna dan susunan yang kemas dan anggun. Aku mula terfikir macam mana nak buat blog cantik² macam tu ek??

Dari situ aku mula melangkah ke setapak ke hadapan. Mula-mula sekali aku terfikir untuk berkongsi apa yang aku tahu. Seperti yang korang boleh nampak dalam blog aku ni...aku berkongsi cara² menjahit manik. Ye aku tahu ada yang boring dan tak berminat dengan manik² aku tu kan...tapi sekurang²nya aku memahami kepada sesapa yang baru hendak belajar menjahit manik tapi tatau macam mana nak buat. Dari pengalaman aku sendiri, memang susah nak dapatkan ilmu menjahit manik ni. Nak tanya orang, kadang² bukan mudah orang tu nak ajar kita secara percuma...so tak salah kan kalau aku sharekan bila dah ada ilmu tu.

Aku juga sangat² berterima kasih kepada blogger² yang sudi membuat tutorial tentang blog. Aku banyak belajar dari situ macam mana nak decorate blog...ubah coding bagai. Hanya Allah sahaja dapat membalas ilmu korang. Walaupun aku tidak semahir guru² blog yang ada tu...at least aku rasa puas sebab ia atas usaha air tangan aku sendiri.

Oklah terpanjang pulak aku membebel arini. Itu ajelah serba ringkas al-kisah TERcreate blog aku ni. Da abis lunch ni...sambung keje jom! huh!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

10 comments:

  1. WAH DAH BERWAJAH BARU BLOG AKAK..SELAMAT HARI RAYA KAK....NAMPAK CANTIK MANIK YG KAK BUAT TUE

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri ena...
    wah blog bwajah baru..lg cantik yg ni..sweet je..

    ReplyDelete
  3. sama lah kita! bila check balik entri lama masa memula buat blog, memang rasa lawak sangat. senyum kambing ja sorang2 :D

    ReplyDelete
  4. huhu.. tringt time yui awal2 buat blog..ekekek

    ReplyDelete
  5. lebih kurang jew cite kita.. hihi.. skrg masa mencemburui.. wlpun idea berambak dikepala (kunun) tp xsempat nak merialisasikan.. kiki

    ReplyDelete
  6. menjahit manik memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi, saya memang sangat kagum dengan ena :)

    ReplyDelete
  7. seronok memang seronok.. tapi bila kena penyakit M, tu yg susah.. patut kena konsistent kan.. tak pe, pulun je..

    ReplyDelete
  8. cantik...dah blog ni. blog sy paling huduh...

    ReplyDelete
  9. samelah.. mase awal2 berblog macam takde hale tuju..

    ReplyDelete
  10. samalah kak sy awal awal dulu buat blog sbb kwn sy de blog.sy mtk die ajarkan mcm.mne n explore ke blog blog lain kutip ilmu

    ReplyDelete