Haaaa..sekarang percaya tak? Aku bergambar di hadapan Masjid Cina. Masjid Cina ni tak jauh pun. Setengah jam je dari rumah aku. Yang specialnya tak perlu nak tempah tiket flight nak ke negara Cina. Naik kereta pun dah boleh sampai. Eh...bukan sekadar naik kereta je...naik moto pun dah bole sampai. Kalau jalan kaki tu tak digalakkan berpeluh² pulak nanti. Alaaa...tak percaya jugak la tuh?
Ok ok sebenarnya gambar ni aku bergambar di hadapan bangunan yang mempunyai reka bentuk bangunan di negeri Cina. Bangunan ini dibina untuk sebuah masjid yang diberi nama Masjid Cina Negeri Melaka. Rekaan bangunan ini memang 100% seperti bangunan di negara Cina. Masjid ni dibuka kepada orang awam untuk bersolat. Gambar ni aku ambil semasa hari raya hari tu, singgah nak solat maghrib. Sebab tu gambar suam-suam kuku je...tiada cahaya matahari.
Kalau korang datang ke Melaka meh lah singgah kat sini. Memang cantik masjid ni. Sesiapa yang datang ke sini mesti nak bergambar sebagai kenangan. Tak jauh pun dari tol Air Keroh kalau masuk melalui tol Alor Gajah pun dah dekat. Sesiapa yang biasa di Melaka ni, masjid ni terletaknya di belakang Stadium Hang Jebat Melaka. Agak² tatau jugak set je GPS confirm jumpa punya.
Gambar ank buah yang balik dari KL sempat singgah solat di sini juga
Cantikkan....macam betul² berada di negeri Cina...seronok anak² buah aku nih!
Kawasan solat wanita....bagus anak² buah aku ni ha....rajin² solat ye..
Nota tersepit:
Hari ni kekenyangan giler...dok makan kat opis ada potluck penutup syawal...ngantokkk akibatnya adussss
Cantik kan....sy pegi sehari sblm puasa...
ReplyDeletecantik.. nanti leh pergi kalo ke melaka.
ReplyDeletecantik nya , tringin nak p
ReplyDeletesy suke tgk masjid cina...senibina die cntik
ReplyDeleteCantik masjid ni... jiran akak pun dah pernah singgah masjid ni...
ReplyDeletekat melaka mostly design masjid memang macam ni kan :)
ReplyDelete