Thursday, September 11, 2014

Nyahkan semut di rumah


 Hari ini nak kongsikan bersama tips nyahkan semut di rumah. Aku baca melalui laman web IMPIANA, tajuknya Guna Bahan Alami Nyahkan Semut. Sesaja buka web ni sebab aku suka tengok design² atau deco rumah yang cantik-cantik. Ruang tamu, ruang bilik, ruang dapur, ruang laman, ruang makan dan macam-macam lagi selain itu, ada jugak tip-tip yang diberikan sebagai panduan untuk kita dalam menghias rumah. Suka sangat² tengok design² dalam ni. Nak buat sendiri memang la tak pandai dok cuci-cuci mata pun ok jugak tenang je bila tengok gambar-gambar yang ada. Sesambil verangan kalau lah rumah aku camni kan cantik...verangan je nak buat tu idak ler...


GUNA BAHAN ALAMI NYAHKAN SEMUT
Oleh: Wan Erni Liza Md Izati



Semut yang datang 'bertamu' tanpa diundang ini pastinya satu hal yang sangat merunsingkan. Tambahan lagi apabila serangga kecil ini mula merosak ataupun mengerummi bahan makanan yang digunakan untuk memasak serta diminum. Anda boleh mencuba menggunakan bahan alami bagi menyahkan semut-semut ini. Jom ikuti cara berikut:

  1. Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pati kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang mampu menghalang gerak semut.
  2. Tanam beberapa jenis pohon seperti lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini miliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaliknya tanamlah di halaman yang sering menjadi tempat berkumpulnya semut.
  3. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur dengan taburkan di kubu semut.
Semua tips yang diberikan memag mudah dan senang untuk kita perolehi. Kat rumah aku terutama bahagian dapur banyak jugak semut suka bertandang. Bila dah jumpa tip ni memang akan aku lancarkan operasi menyahkan mereka sang semut. Tudia bila tuan rumah mula mengganazz....hahaha


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

10 comments:

  1. Yati sembur shieldtox je kat semut. Hehe...

    ReplyDelete
  2. semut masalah besar..kat umah zee pon sama..jenis yang halus tu biler hidang makanan mesti sibuk dok hurung..geram betol..masalah skang kubu tak tau ceruk mana..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Boleh juga cuba Basic-H Shaklee :)

    ReplyDelete
  4. as'salam...
    wah cm tau je uma ada smut..mmg nk di nyahkan..huhu
    thanks share tips ^_^

    ReplyDelete
  5. wahhh.. TQ ena berkongsi tips ni.. boleh di cuba nti...:)

    ReplyDelete
  6. Hehe....bagus idea ni..mmg kena guna gk sbb semut memang ada disetiap rumah.. memang senang..trm kasih ena ku ..:)

    ReplyDelete
  7. Anda ada masalah serangga perosak di rumah, kereta mahupun pejabat? Saya ada satu produk boleh menghapus, membunuh dan mencegah serangga seperti:
    1. Nyamuk
    2. Lalat
    3. Lipas
    4. Semut
    5. Anai-anai
    6. Kutu
    7. Hama
    8. Pepijat
    9. Beluncas
    10. Labah-labah
    11. Ulat gonggok
    12. Kerengga
    13. Lipan
    14. Beriang
    15. Kumbang
    16. Kuya pokok
    17. Dan pelbagai lg serangga perosak.

    Nak beli sila SMS/whatsapp ke 013-8573416. Hanya RM29 sebotol. Sila lawati link ini untuk info lanjut:
    https://www.facebook.com/333350030160434/photos/a.341218012706969.1073741845.333350030160434/341218072706963/?type=1&theater

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan: RM28 sebotol not including postage.

      Delete
  8. nice share... boleh try lepas ni.. dah la kat rumah semut hitam jenis besar2.. geli tengkuk tengok..

    ReplyDelete