Tuesday, October 27, 2009

Mencari bahagia... apa makna jika hati tak bahagia

Hati selalu gundah gulana, tidak menentu malah tidak tenteram. Apabila hati merasa tidak bahagia, itu maknanya hati sakit. Ia berbeza dengan sakit hati walaupun dua-dua adalah penyakit hati.

Masalah hati tidak bahagia selalu dikaitkan apabila berhadapan dengan ujian. Waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Setiap hari, ada-ada saja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi.

Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk membuatkan hati bahagia dan tidak tertekan ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita?

Kita harus mengenali diri sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campur tangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu Tuhan juga yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa.

Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan. Selain itu kita mesti ingat bahawa setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik daripada Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati.

Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan atau pengajaran. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, October 26, 2009

Tujuan, makna dan nilai jati diri peribadi berinspirasi

Seorang yang berinspirasi tahu makna dan jawapan kenapa, kepada setiap langkah yang diambil. Dia tahu ke mana hendak dituju dan sangat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni. Apabila ujian dan cabaran menghalangnya di hadapan, dia tidak mudah berputus asa, tidak akan berpatah balik ke belakang kerana dia tahu pasti matlamat hanya dapat dicapai di atas laluan yang telah dipilih. Langkahnya mungkin sekalai-sekala menjadi agak lambat dihalang cabaran dan tentangan, namun dia tidak berpatah ke belakang. Dia mungkin mengubah sedikit laluan, tetapi haluannya tetap mara ke hadapan menuju matlamat yang jelas. Dalam mindanya, hujung perjalanan itu sudah tergambar dengan jelas.

Nilai-nilai murni yang terpahat kukuh di hatinya memberi tenaga dan kekuatan untuk meneruskan langkah ke hadapan penuh keberanian. Pembawaan inilah yang menyebabkan orang lain ingin menumpang semangat dan tenaga yang dipancarkan. Bersamanya... orang lain tahu mereka juga akan sampai ke destinsi yang dituju. Jati dirinya sangat jelas dan terserlah. Intipati dalaman diri inilah yang memancarkan cahaya inspirasi sehingga orang sekeliling dapat berteduh semangat dan energi. Mereka setia bersama-sama bergabung kemahiran, kreativiti dan bakat untuk meneruskan ke mana saja arah perjalanan yang dipilih. Mereka memilih untuk bergabung bersama kerana bekerja bersama seorang yang berinspirasi membuat mereka terasa seperti berada dalam pesta yang meriah walaupun letih fizikal. Keletihan fizikal tidak membunuh semangat jika minda dan hati terisi dengan perkara yang pasti dan benar.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Nak merungut ckit ar..

Arini jer aku da baca 2briter pasal anak kena dera, kena jual, kena rogol dll dan 1briter pasal bayi kena buang. Haii..xtau la mcm mana pemikiran manusia sekarang didalam dunia yang pesat dan sedang membangun nih!. Sempit sangat ke pemikiran dorang nih! mana pergi nyer sifat prikemanusiaan mereka. Dimana perginyer sifar kesedaran dalam diri masing-masing. Mana perginya maruah dan harga diri mereka sebagai org islam dan sebagai rakyat timur yang penuh dengan sifat lemah lembut. Dalam mana-mana agama pun bukan kata agama islam ajer, lain² agama, hindu, budha dan sebagainya, mereka jugak di ajar dan diserapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Mana ada agama yang mengajar umat dia melakukan perkara-perkara yang dilarang, sperti membunuh, mendera, menghuru-harakan keadaan dan sewaktu dengannyer. Mereka jugak diajar apa perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang perlu dijauhi. Mereka tahu apa itu dosa dan apa itu pahala. Aku rasa orang buta dan orang giler dalam dunia nih pun punya hati yang suci dan bersih dari manusia-manusia yang mempunyai cukup sifat dalam dunia nih!.

Kenapa kanak-kanak atau bayi jadi mangsa??? mereka umpana kain putih yang perlu dilentur, dijaga, diajar sebaik²nyer bukan perlu dinyanyai. Mereka merupakan pelapis kiter. Bakal pemimpin negara, bakal menjaga kita dimasa akan datang dan paling sedih lagik bila darah daging kita sendiri dibuat begitu. Dalam briter yg aku baca ni contohnyer, dah lar dera anak tiri dia, leh lak dia jual anak tuh tuk dia dptkan duit. Naauzubillah minzalik!!..mana la perginya nilai prikemanusiaan dan sifat kelembutan seorang perempuan yang telah dianugerahkan oleh tuhan kepada setiap orang perempuan serta dimana perginyer pegangan agama????. Anak yang belum akhir baligh dia lakukan begitu??? demi kepentingan diri sendiri dan kepentingan duniawi yang sementara ini???? bagaimana dengan perasaan anak tersebut?? bukan kata badan dan zahirnyer sahaja yang tersiksa, malah batin dan jiwanyer tersiksa yang teramat² yang xboleh diluahkan oleh kata². Ya Allah... nape la perkara² macam ni boleh berlaku dalam kalangan orang islam sendiri. Cuba la kita berada dalam diri anak tersebut.. kita rasakan apa yang anak tersebut rasakan, mesti tak sampai sesaat kita boleh berada ditempat dia kan??

Haii...aku rasa xleh nak teruskan rungutan aku nih... rasa cam nak kuar air mata da nih. Sambil aku merungut, sambil aku ingatkan anak² aku yang comey tuh, x sanggup rasanyer. Aku berdoa agar anak² aku tidak diperlakukan sedemikian, semoga Allah memasukkan iman kepada manusia² yang berkenaan. Aminn..!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Bajet 2010

Jumaat lepas, 23 Oktober 2009, PM, Datuk Seri Najib wat perbentangan bajet. Aku kalu bab bajet nih lain benda xdak, sibuk nk dgr pasal bonus jer. Yang lelain x amik pot pun. Tggu nyer tggu alih² dpt tau xdak bonus. Dia umumkan tiada bonus tuk tahun nih, BAYARAN KHAS kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingg gred 54 dan pesara wajib. Wadusss...ada ckit frust la, tapi xper bersyukur jugak dari x dapat pape, dapat RM500 pun syukur gakz, Alhamdulillah rejeki jugak tuh.
Selain tuh, ada gak benda² yang aku x amik pusing sgt dia bentangkan, antaranya :

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, October 22, 2009

Misteri Sejadah Berdiri

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat. "

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Oleh : Betty Subaryati bhkb@bharian.com.my

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, October 13, 2009

Bebel Jap!

Wah lama gasernyer x bebel dalam nih. Bukan ape kenkadang tu malas nk update blog nih w/pun byk aktiviti yg telah aku buat. Malas nak on computer, malas nak dunlod gambar, malas nak karang kraf, wah serba serbi malas ek! Penyakit malas da sampai la tuh! Kat mana nak cari nenawar malas ni ek? kalu de ubat da lama aku jadik pelanggan setia dia.

Pe citer terbaru? aku da start class semula. Sem baru da mula 2 minggu lepas. Aku da kembali pada rutin alam pembelajaranku. Da start wat assignment. Sem ni byk assignmnet so aku xleh nak dondang dendang ler. Bulan Nov. da start mild term, so dari awl ni lar aku da kena wat pe yang patut.

Sebenarnyer aku berdebar² gakz nih, sebab per? sebabnyer aku tengah tggu result exam last sem. Bape la aku dapat agaknyer. Harap² leh tersenyum..aminnn!!!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, October 2, 2009

Pertunangan Jaja

Pertunangan ni da berlangsung bulan Julai lepas. Cuma aku baru je terima gambo dak jaja nie. Aku x dpt datang masa hari pertunangan dia sebab aku kena gi kursus BTN. Suka tgk gambo dia..mmg jelita. Suspek ar jaja! Majlis dia pun grand gakz...da macam majlis kawen jer. Tema dia blue & silver. Simple but sooooo nice! Haii..jaja nak kawen da ko kan, rasanye masa kenal ko dulu masih berhingus lagik..alih² nak jadik bini owg da yer!...Selamat Bertunang, moga tabah hadapi dugaan alam pertunangan yer...

sama padan bagai pinang dibelah dua

jgn berjemur lama² nnti ilang seri pengantin...
salam jgn x salam...nnti da jadi kuarga
ewah..ewah...jeling abg lakz!
cantik dak jaja nih!
alaaa..saje nak inteprem cincin la tuh...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, October 1, 2009

Gi open house umah Dayah

Dayah wat open house, jemput kt org makan tghri kat umah dia ms lunch. Dia jamu ktorg makan nasi putih, lauk ikan tenggiri masak asam, kari ayam, sayur campur, sambal udang dan rendang daging. Memang sodap..mana taknyer nenek dia yg masak..tau² jela masakan org² lama nih mmg mantop! Bertambah² ktorg makan.

moon ngan mas

pae, moon n mas

pae n moon

aksi terlamapu..!

aku pun sempat bergambar ngan kenkawan...

post menggatal ckit..huhuhuhu..!


opsss...sumer giler glamer nk bergambar sampai lupo nak amik gambo makanan daaa....


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...