Monday, October 26, 2009

Tujuan, makna dan nilai jati diri peribadi berinspirasi

Seorang yang berinspirasi tahu makna dan jawapan kenapa, kepada setiap langkah yang diambil. Dia tahu ke mana hendak dituju dan sangat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni. Apabila ujian dan cabaran menghalangnya di hadapan, dia tidak mudah berputus asa, tidak akan berpatah balik ke belakang kerana dia tahu pasti matlamat hanya dapat dicapai di atas laluan yang telah dipilih. Langkahnya mungkin sekalai-sekala menjadi agak lambat dihalang cabaran dan tentangan, namun dia tidak berpatah ke belakang. Dia mungkin mengubah sedikit laluan, tetapi haluannya tetap mara ke hadapan menuju matlamat yang jelas. Dalam mindanya, hujung perjalanan itu sudah tergambar dengan jelas.

Nilai-nilai murni yang terpahat kukuh di hatinya memberi tenaga dan kekuatan untuk meneruskan langkah ke hadapan penuh keberanian. Pembawaan inilah yang menyebabkan orang lain ingin menumpang semangat dan tenaga yang dipancarkan. Bersamanya... orang lain tahu mereka juga akan sampai ke destinsi yang dituju. Jati dirinya sangat jelas dan terserlah. Intipati dalaman diri inilah yang memancarkan cahaya inspirasi sehingga orang sekeliling dapat berteduh semangat dan energi. Mereka setia bersama-sama bergabung kemahiran, kreativiti dan bakat untuk meneruskan ke mana saja arah perjalanan yang dipilih. Mereka memilih untuk bergabung bersama kerana bekerja bersama seorang yang berinspirasi membuat mereka terasa seperti berada dalam pesta yang meriah walaupun letih fizikal. Keletihan fizikal tidak membunuh semangat jika minda dan hati terisi dengan perkara yang pasti dan benar.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment