Monday, February 22, 2010

5 tips bagaimana untuk membangkitkan rasa percaya pada diri

Punca mengapa ada sesetengah orang tidak ada keyakinan adalah kerana mereka kurang percaya pada kebolehan diri. Mereka teragak-agak, sangsi dan takut-takut. Perasaan ini timbul dalam apa saja perkara yang mereka lakukan, khususnya ketika melakukan perkara-perkara baru.

Apabila kita rasa kurang yakin, kita akan tiba-tiba merasa takut, bingung, keliru. Kita bagaikan tak tahu nak buat mana satu dan tak tahu kat mana nak bermula dulu. Masalah ni perlu di atasi. Jika tidak, motivasi kita akan luntur dan kita hilang pedoman untuk meneruskan hidup.

Bagaimana nak membangkitkan rasa percaya pada diri? Ini caranya:

1. Gali kekuatan-kekuatan diri kita, kemahiran-kemahiran kita yang kita rasa kita boleh buat dengan cukup baik. Tonjolkan. Biar orang sekeliling tahu supaya mereka menghargai kelebihan kita, lantas membangkitkan rasa yakin dalam diri kita.

2. Ingat kejayaan-kejayaan kecil yang pernah kita capai, sebab ia membantu kita merasa yakin. Kita pernah mencapai kejayaan kecil di masa lalu atau disatu ketika dulu, jadi berkemungkinan kita boleh berjaya lagi di masa kini dan di masa hadapan. Rasa gembira setelah mencapai kejayaan-kejayaan tu membuat kita merasa yakin.

3. Hargai bakat, kebolehan serta kelebihan-kelebihan orang lain. Jauhi sikap mencemuh kelebihan mereka atau bersangka buruk pada kelebihan mereka. Hargai dan kagumi kerana dengan mengagumi, kita akan bersemangat untuk memperbaiki bakat kita sendiri. Berkawan dengan mereka, elak bersaing. Untuk menang, kita perlu berkawan dengan musuh sendiri.

4. Banyakkan bersukan, banyakkan meggerakkan otot-otot badan, banyakkan aktiviti mental. Bersukan melancarkan pergerakan darah. Aktiviti mental membuat minda kita tajam serta dipenuhi banyak aliran idea. Gabungan kedua-dua kesan dari aktiviti ni menimbulkan rasa yakin diri yang akhirnya membuat kita berani, optimis serta bebas dari sikap teragak-agak. Kita tahu apa yang perlu dilakukan.

5. Selalu bertenang. Terdesak cemanapun, kelam kabut cemanapun, stress cemanapun, jadilah orang yang memilih untuk bertenang. Dari ketenangan tu, muncul rasa yakin diri. Lagipun, bila kita bertenang selalu semuanya akan terjadi secara teratur, tak le berterabur. Penyakit utama orang yang ada keyakinan diri adalah riak dan suka merendah-rendahkan orang. Hati-hati dengan dua ‘penyakit’ dalaman ni kerana ia biasanya berlaku tanpa kita sedari.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment