Monday, April 26, 2010

Mandi sebagai terapi minda separa sedar

Waktu mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang kita mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang kita kata.

Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan. Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika kita berniat mahu jadi insan cemerlang, kita perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban. Baru ada kemajuan!

Ketika kita sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri kita: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas kita selesai mengatakan ayat tu pada diri kita, buka mata. Kita akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri kita. Air yang membasahi tubuh kita akan membuat jiwa kita menyerap kata-kata semangat yang kita ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu. Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedar mudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.

Jadikan rasa bersemangat mendominasi kita. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu kita dan kenangan-kenangan pahit kita. Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati kita. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita. Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment