Wednesday, May 1, 2013

Cinta Sampai Syurga!


"Cinta Sampai Syurga"
tajuk yang disampaikan oleh broAbil semalam kat tempat kerja aku
eleee...tak percaya la tuh?
ke...korang jeles tegok gambo aku sebelah broAbil tuh?
hahahahahahaha..
semalam aku penuh keterujaan sebab dapat melihat dengan dua bijik mata secara berdepan broAbil nih..ensom oo broAbil nih..comel tak broAbil? (pinjam kata kata broAbil ngan kakTon sekejap)
biasa dok tgok gambo dia dalam blog je kan...
tak kisah la dia kenal aku ke tak...yang pasti aku kenal dia sudah!
korang kenal ke sape broAbil nih?
rasanya seluruh mesia da kenal dia kot!
aku memang da lama follow blog broAbil ni...selalu la baca tentang arwah wife dia..
ok..ok...pada yang masih belum kenal sape broAbil nih..
 
broAbil memang sempoi ar masa bagi talk semalam..kelakar seh!
dari mula talk sampai la abis..tak kering gusi dibueknye!
antara yang disampaikan semalam..
"kite perlu sentiasa ceria dalam hidup" 
bagi mempositifkan pemikiran dan diri bila menghadapi sesuatu masalah dan perlu menyelesaikan masalah tersebut, anggaplah kita sedang menyelesaikan sesuatu pekerjaan..
penggunaan sesuatu perkataan sebenarnya mempangaruhi pemikiran diri kite sebenarnya, contohnya kite kata 'orang perempuan kuat berleter', bila ditukarkan kepada 'orang perempuan suka bercakap' mana yang korang akan rasa better? mesti la 'orang perempuan suka bercakap' kan? it's better right?
 
seorang isteri adalah "hadiah" dari Allah kepada suami, maka seorang suami perlulah menjaga hadiah tersebut dengan sebaik baiknya...kenalah sentiasa tahan dengan kerenah orang perempuan nih!..sebab orang perempuan memang diciptakan begitu..mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...berbanding dengan orang lelaki yang dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu..sebab itulah orang lelaki dianugerahkan kesabaran yang tinggi....wahai para suami sedunia oit! kenalah tahan dengan perangai warga isteri ni yang kuat bercakap, suka mintak itu dan ini, suka bersangka, suka merajuk, suka mcm mcm lagi ar...sebab wanita memang diciptakan begitu!...
 
bercakap tentang "hadiah"ni pula...broAbil menasihatkan kepada warga isteri agar sabar dan terima kenyataan jika suami kita menerima "hadiah"lebih dari satu...tang ni aku tak bape setuju tapi kalau dah ditakdirkan Allah aku akan ikut nasihat broAbil ni jugak...kita kena terima seadanya, jangan suka menyalahkan "hadia-hadiah"(amboi mcm byk plak hadiah tu ek!) sebaliknya kena terima dengan hati terbuka walaupun cemburu masih ada kita kena berbaik dengan "hadiah"baru, kena sentiasa 'bow' atau rendah diri, jika kita berbuat demikian, satu hari kita akan menjadi lebih disegani dan disanjungi...amacam? ada bran ke warga isteri?? huh!
 
satu lagi yang broAbil beritahu, perlu ada "trademark"dalam hubungan kita suami isteri...pada yang lom ada hubungan suami isteri jgn sekali kali mengadakan "trademark"ni tau!..nanti aku wachaaa korang!...hehehe...ok..ok..ape yang dimaksudkan dengan "trademark"tu adalah sesuatu perbuatan yang korang selalu lakukan pada pasangan setiap hari/setiap waktu/ yang menjadikan sebagai "trademark"pasangan..dan bila "trademark"tu takde seperti tak lengkap hidup korang hari itu...
contohnya, setiap kali selepas mandi kita mesti sikatkan rambut suami sambil cium pipi dia...atau mesti nak peluk isteri bila dia baru bagun tido...atau apa apa lagi la yang menjadi rutin korang...dengan adanya "trademark"ini dapat mengeratkan lagi percintaan kita suami dan isteri ye dak!
 
antara lain nasihat broAbil adalah untuk mendapat ketangan diri kenalah rajin mengamalkan solat solat sunat, membaca al-Quran dan consistent melakukan senaman sekurang kurangnya sekali seminggu dan yang penting ialah hati kena ikhlas..insyaAllah... 
 
banyak lagi yang disampaikan oleh broAbil ni..kalau nak disenaraikan mau dua jam korang dok baca entry aku ni kan...dok baca yang ni pun rasa da mcm byk kan..
 
lastly aku nak sharekan kat korang sesuatu yang paling aku suka sekali ape yag aku dapat dari broAbil...
 
ketika korang sedang membancuh air untuk suami tercinta, mulakan dengan bacaan Al-Fatihah, dan baca lah Al-Wadud sepanjang membancuh sambil membayangkan wajah suami, bacanya sehingga cawan bertukar tangan ke tangan suami...tujuannya agar suami lebih lebih lebih dan lebih sayang kepada kita selepas meminumnya...warga suami juga boleh lakukan perkara yang sama kepada isteri isteri eh silap..kepada isteri korang jugak yer...
 
kepada kaum suami yang tidak tahan dengan kerenah isteri yang kadang kadang merimaskan amalkan Al-Latif...ia bertujuan agar dapat melembutkan hati isteri kalian....
 
sekian sahaja yang dapat aku sharekan berasama......dadaaaa...!
 
 
 




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

37 comments:

  1. assalamualaikum ena...menariknya suka2...;)

    ReplyDelete
  2. Wah dpt jumpa bro abil... Slmt bercuti bersama keluarga

    ReplyDelete
  3. seronok dapat bertentang mata dengan dia ya...
    nampak tenang wajahnya kan

    ReplyDelete
  4. wah kak.. syok dpt jumope dia.. ayu pun follow blog dia.. untung isteri dia kan..dpt suami yg mcm tue...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuah wife dia ayu...bahagian masing masing kan...

      Delete
  5. Wah, baca n3 ni..ena pun boleh jadi speaker ni...hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...xde maknanye...tu semua duplicate talk bro smlm...seperti dirakam kat kapla nih...

      Delete
  6. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad.

    Terima kasih.
    ~Hijab valley~
    http://hijab-valley.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. broabil ni yg berhenti kerja utk jaga arwh isteri dia kan ! saya x tau lak dia ada blog . mmg mulia hati dia nih . mudah-mudahan saya boleh dapat suami yg hampir sama dgn dia ... inshaa Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye btul...yg berenti keje tuk jaga wife dia tu...nnti terjah la blog dia...

      InsyaAllah...mudah mudahan Allah makbulkn doa awak...amin

      Delete
  8. Bagus nya dengar ceramah BroAbil ni kan?
    banyak tips2 yg boleh kita pelajari sbg suami isteri...:)

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas prkongsian ni...
    Bestnya dapat bertentang mata ngan broabil..akak cuma baca kisah beliau kat blog jer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2'MP....sy pun kenal dia melalui blog dia jugak kak

      Delete
  10. wah bestnya ... dapat satu perkongsian yang menarik mlm ni.. hihi^^

    p/s: jika ada kelapangan, jemput sertai segmen LUPUS AWARENESS deno ya...:) http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
  11. tq share Ena..perempuan mmg tercipta begitu lelaki kena byk sabar hehe..

    ReplyDelete
  12. bro abil mmg tabah orgnya...tak pernah jumpa tp kalau baca blog beliau rasaya itulah seikhlasnya apa yg dirasinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite pun tak setabah beliau kan...insan terpilih sahaja yg dpt lakukannya

      Delete
  13. bro mmg tabah dan kuat..harap sangat pasangan zee pon sama cam dia..penyayang dan penyabar..

    ReplyDelete
  14. memang tabah betul BroAbil ni. dia punya kekuatan dalaman yang kental. Tak semua lelaki boleh setabah dia.

    trademark? hehehehe.. kita pun ada tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la habaq mai trademark tu...nk tau gakz...hahaha

      Delete
  15. wah bagus nyer ilmu rumahtangga yang dikongsi tu yer

    ReplyDelete
  16. selalu baca jugak perjalan Bro abil with arwah kak gee.
    (^_^)

    >.click hishop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kite...tp skrg dia lg femess kn...masuk tv, radio...

      Delete
  17. mmg kekadang tu ala2 geram gak berhadapan karenah isteri sendiri...hahaha..tapi sabor aje la..ada hikmah sebalik semua tu..

    ReplyDelete
  18. bestnyer.dapat byk tips suami isteri dari abg Abil. thanks share.kena cari trademark ni..hehe

    ReplyDelete
  19. kak... bro abil ada buat entry.. ternmpak gmbo akak kat blog dia..

    ReplyDelete