Tuesday, August 26, 2014

Masjid Cina


Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina. Kenapa negeri Cina menjadi pilihan? aku pun tak pasti apa jawapannya...yang pastinya aku tahu dalam Islam kita dituntut agar menuntut ilmu sebanyak mana yang boleh. Ilmu dunia dan ilmu akhirat perlulah seimbang sebagai bekalan kita pada masa yang akan datang.

Sebenarnya hari ini bukan nak cerita pasal negeri Cina atau tentang ilmu pun. Tapi sekadar nak sharekan bersama gambar kenangan ketika aku berada di Masjid Cina. Alaaa...tak percaya la tu?...nahhh buktinya!

Haaaa..sekarang percaya tak? Aku bergambar di hadapan Masjid Cina. Masjid Cina ni tak jauh pun. Setengah jam je dari rumah aku. Yang specialnya tak perlu nak tempah tiket flight nak ke negara Cina. Naik kereta pun dah boleh sampai. Eh...bukan sekadar naik kereta je...naik moto pun dah bole sampai. Kalau jalan kaki tu tak digalakkan berpeluh² pulak nanti. Alaaa...tak percaya jugak la tuh?

Ok ok sebenarnya gambar ni aku bergambar di hadapan bangunan yang mempunyai reka bentuk bangunan di negeri Cina. Bangunan ini dibina untuk sebuah masjid yang diberi nama Masjid Cina Negeri Melaka. Rekaan bangunan ini memang 100% seperti bangunan di negara Cina. Masjid ni dibuka kepada orang awam untuk bersolat. Gambar ni aku ambil semasa hari raya hari tu, singgah nak solat maghrib. Sebab tu gambar suam-suam kuku je...tiada cahaya matahari.

Kalau korang datang ke Melaka meh lah singgah kat sini. Memang cantik masjid ni. Sesiapa yang datang ke sini mesti nak bergambar sebagai kenangan. Tak jauh pun dari tol Air Keroh kalau masuk melalui tol Alor Gajah pun dah dekat. Sesiapa yang biasa di Melaka ni, masjid ni terletaknya di belakang Stadium Hang Jebat Melaka. Agak² tatau jugak set je GPS confirm jumpa punya.

Gambar ank buah yang balik dari KL sempat singgah solat di sini juga

Cantikkan....macam betul² berada di negeri Cina...seronok anak² buah aku nih!

Kawasan solat wanita....bagus anak² buah aku ni ha....rajin² solat ye..



Nota tersepit:

Hari ni kekenyangan giler...dok makan kat opis ada potluck penutup syawal...ngantokkk akibatnya adussss


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, August 24, 2014

Order satu dapat dua...musykil!


Semalam agak terkejut kerana aku terima 2 parcel. Macam mana aku tak terkejut....aku order satu barang tapi aku terima 2 barang. Rezeki kah itu?? ketika ini kejujuran aku mula diuji...

Inilah buktinya aku terima dua parcel....bukan gambar yang di edit dari potoshop ye gambar yang sebenar-benarnya yang ditangkap melalui henpon aku ni

Nak tau kenapa terjadi macam nie? meh aku habaq...
Actually aku ada beli instant shawl warna marron, beli secara online...macam kat gambar atas tu la. Mula-mula masa nak order hari tu aku hantar WhatsApp kepada pihak pembekal tanya stok untuk instant shawl chiffon warna marron masih ada lagi tak? pembekal cakap masih ada stok. So dengan penuh keterujaan aku confirmkan order dan terus bank-in duit then hantar pengesahan pembayaran kat pembekal. Bajet kononnya boleh pakai shawl ni nak gi open house hujung minggu nanti. 

Esoknya, pihak pembekal WhatsApp aku beritahu 'sis sorry shawl marron chiffon dah abis stok'.....apa perasaan korang kalau dapat tahu macam tu?? Frust tak? Sejujurnya memang aku frust + sedikit marah...ok bukan sedikit ok...marah sangat-sangat tapi masih bertahan....kawal kawal kasi cool. Aku pun balasla secara waras...aku tanya pembekal tu balik, 'kenapa masa saya tanya semalam kata ada stok?' then dia jawab, 'masa sis tanya masih ada lagi, but within a day sold out sis, so sorry, sekarang ni yang ada lycra' oklah aku takmo panjang cerita aku pun buat confirmation order shawl lycra tu warna yang sama. Ok settle!

Esok tu, di opis selepas minum pagi aku dah terima parcel. Bila buka senyum lebar..yess!! dah dapat! rasa tak sabar nak pakai pun ada.

Inilah parcel pertama instant shawl lycra yang aku dapat.

Lepas lunch masa buat kerja kat opis, tetiba aku diberitahu dari unit penerima surat/parcel ada parcel lagi untuk aku. Aku terpikir-pikir juga mana datang parcel ni? aku tak beli apa-apa lagi selain shawl ni. Buat tatau jela...maybe urusan bank atau apa kan. Then bila terima aje parcel tu aku tengok alamat pengirim adalah dari pembekal yang sama shawl aku order. Bila bukak je tengok...ohhh ooOOOoo.....shawl chiffon marron...jeng jeng jenggggggg!!!


Parcel kedua instant shawl chiffon marron

Kalau korang terima barang macam ni apa korang akan buat? Haaa......macam aku dah sebut kat atas tadi, ketika ini kejujuran aku diuji. Samaada aku menjadi seorang yang tamak atau seorang yang jujur. Sudah pastilah aku akan menjadi seorang yang jujur. Aku terus WhatsApp pihak pembekal beritahu aku terima 2 parcel dan tunjukkan gambar sebagai bukti. Pihak pembekal pun terkejut dan mungkin ada kesilapan ketika proses penghantaran di mana ada pihak/staf lain yang dah TERsend kepada aku. Dia suruh aku pilih mana shawl yang aku nak lycra atau chiffon dan yang lebih tu dia minta aku poskan semula pada dia.

Begitulah al-kisahnya 2 parcel dan kemusykilan yang berlaku. Tapi! tapi! tapi! sekiranya ini berlaku lagi...aku akan pilih menjadi tamakkk...aku takkan pulangkan hahahahahahahahaa....jahat tak???


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, August 19, 2014

Manik bunga sekuntum

Pandangan dari atas..

Hari ni nak cerita tentang manik lagi. Tersimpan je gambar ni dalam henpon, hari ni baru dapat transferkan ke PC. Pilihan aku kali ini adalah jahitan manik bunga sekuntum. Kalau korang nak buat macam ni, antara tips yang boleh aku berikan adalah: 

1) Jahitan bunga sekuntum sebesar ini sebaik-baiknya dijahit di atas dan di tengah-tengah lengan baju. Kalau kita jahit di bahagian tepi atau bawah nanti lengan baju akan jadi berat dan tak seimbang.

2) Jika kita nak jahit bunga sebesar ni, sebaik-baiknya buat sekuntum sahaja, kalau kita buat dua/tiga kuntum tu bukan tak boleh..boleh je...tapi akibatnya lengan baju akan menjadi terlalu berat dan tidak selesa bila dipakai.

3) Untuk jahitan seperti ini juga, kalau nak nampak ia timbul seelok-eloknya jahitan pada kain yang polos /kain kosong atau pada kain yang mempunyai corak yang tidak terlalu banyak. Kalau jahit pada kain yang banyak corak sebenarnya tak salah pun tak kena denda pun tapi tula jahitan manik nanti akan tenggelam tak timbul sangat.

Ok itu sahaja tip yang dapat aku fikirkan buat masa ini. Untuk tutorial jahitan manik ni, akan aku paparkan pada entry yang akan datang. Bagi masa nak edit² gambar dia dulu ye.

Pandangan dari sisi....

Pandangan keseluruhannya...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, August 15, 2014

Bila sejokk melanda..


Tak payah la nak bercita-cita nak pergi Cameron Highland ke Genting Highland ke, pergi London ke Jepun ke mana-mana obersea. Konon-konon nak merasa cuaca sejuk. Tak payah la nak bercita-cita sangat konon-konon nak menikmati kesejukan alam semula jadi. Kat opis aku ni pun dah cukup sejuk...eh bukan cukup aje dah terlebih sejuk tahap gaban sampai dah tak tertahan dek badan niha!

Sejak bulan posa aritu opis aku ni da mula menyejuk tahap membeku. Cuma belum berasap je semasa bercakap. Lagi la bulan posa tak makan apa²...semakin hilanglah haba dalam badan ni. Bertambah sekarang ni cuaca di Melaka selalu hujan...sejok diluar di bawa ke dalam opis semakin sejookkk jadiknya. Berganda² sejuknya. Bila buat report pasal air-cond, dah ok..pastu jadik balik sejuk yang amat! Ape leh buat? kena bertahan selagi tertahan..eh tak boleh tahan!

Kerana tak bole tahan sudahnya aku sambar bantal busuk ni ha. 


Bantal ni lah menjadi penyelamat aku dari beku kat opis. Rasanya korang ada kot bantal macam ni. Alaaa bantal panas ni ha..


Selak sikit baju dia..tudia..bantal panas yang biasa orang lepas bersalin guna tu


kena la cas dulu sebelum guna...jangan cas lama² tau nanti meletop


tengok tu tangan aku sentiasa kat dalam tu..serap haba panas...baru legaaa

tengah wat keje pun tetap tangan di dalam...uit! bila keje nak siap tu? bahahaha


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, August 14, 2014

Makang makang raya

Dah kata hari raya...makan saja la kejenye! Semalam kat opis ada buat jamuan raya. Makan sakan aku sampai tak hengat! Sampaikan nak ambil gambar pun bole lupa. Teruk betol perangai! Nasib la ada kawan yang sumbangkan gambar. Dapat jugak aku masukkan dalam blog aku ni.
Gambar hasil sumbangan jurufoto yang dilantik..
Ini ketika persiapan sebelum jamuan bermula
macam bizi aje makcik tu kan...maklumla AJK la katakan
dok susun makanan je pun...buat² sibuk pun ye..hahahaha
Gambar hasil sumbangan dari henpon kawan (Jann)..tq Jann
meriah makanan...ini yang dia makan tau...aku makan dua kali ganda dari ni..hahaha
ada belaan kot...huhuhu

Menu utama macam biasa ketupat dan rendang....lagi ada aneka sup (bihun/mee/ketiaw), sup tulang, lemang, ayam percik, roti canai, kuih-muih, kuih raya, ais kerim, lontong dan kambing bakar...meriahkan menu. Tapi tula lupo nak amik gambo...huish!

Abis makan baru hengat nak bergambar
gambar ni juga hasil sumbangan kawan...tu yang tengah tu lah Jann...hasil tangkapan henpon samsung dia yang canggih maka wujudlah gambo kami bertiga ni...

Abiss da...semalam makan banyak hari ni posa semula.....kepada yang masih berpuasa hari ini Selamat Berpuasa..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, August 11, 2014

TERcreate blog!


Stop semua kerja dulu...dah lunch time pun kan. Hari ini aku dah start berpuasa. So tak ke mana...lepak opis je. Tapi kalau tak posa pun aku memang suka memerap kat opis ni je...heeee. So masa yang sesuai aku menjenguk blog...lama tak berblog sakan....windu rasanya. 

Sebenarnya tatau nak buat entry ape hari. Tadi sesaja belek² blog ni ha..lama rasa tak membelai blog aku yang cun nih...perasan! alaa sape lagi yang puji kalau bukan tuannya sendiri...ye dak? Belek punye belek baru aku perasa...hampir 5 tahun sebenarnya aku dah terjebak dalam dunia blog nih. Aku mula berbelog sejak tahun 2009. Kelakar la bila baca entry mula² dulu..malu pun ada gakz!

Meh nak cite sikit....memula dulu buat blog ni atas ajakan member opis. Tgok macam syok aje kan...tangan yang gatai ni pun TERcreate lah blog nih. Festahim buat tu takde halatuju sebenar. Apa tujuannya? buat takde sebab. Aku pun bukan seorang yang pandai mengarang ayat bagai...memang fail bab² ni. Yang aku tahu blog ni umpama diari. Kita boleh mencatat, meluah, atau apa sahaja tentang kehidupan seharian kita. Mula² dulu malu jugak nak sharekan dengan kawan² tentang hidup aku ini..terutama dengan kawan² yang dah kenal...maklumla aku ni tinggi sifat pemalunya...hahahaha tuiii

Mula² tu blog aku pun sempoi je..takde nak decorate bagai...guna je template yang sedia ada. Selepas aku mula mengunjung blog² orang...rupanya persepsi awal aku tu ternyata salah. Blog ni boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Ia menjadi medium untuk penyampaian ilmu atau maklumat, buat business, mengadakan tutorial, dan macam² lagi. Baru lah terbuka minda aku...kadang² kita berblog ni bukan sahaja menghabiskan masa atau sebagai hobi, pada masa yang sama juga kita boleh berkongsi apa yang kita tahu. Dan..dan dan yang aku paling aku tertarik dan terpegun ialah bila mengunjung blog² yang cantik menawan dengan warna dan susunan yang kemas dan anggun. Aku mula terfikir macam mana nak buat blog cantik² macam tu ek??

Dari situ aku mula melangkah ke setapak ke hadapan. Mula-mula sekali aku terfikir untuk berkongsi apa yang aku tahu. Seperti yang korang boleh nampak dalam blog aku ni...aku berkongsi cara² menjahit manik. Ye aku tahu ada yang boring dan tak berminat dengan manik² aku tu kan...tapi sekurang²nya aku memahami kepada sesapa yang baru hendak belajar menjahit manik tapi tatau macam mana nak buat. Dari pengalaman aku sendiri, memang susah nak dapatkan ilmu menjahit manik ni. Nak tanya orang, kadang² bukan mudah orang tu nak ajar kita secara percuma...so tak salah kan kalau aku sharekan bila dah ada ilmu tu.

Aku juga sangat² berterima kasih kepada blogger² yang sudi membuat tutorial tentang blog. Aku banyak belajar dari situ macam mana nak decorate blog...ubah coding bagai. Hanya Allah sahaja dapat membalas ilmu korang. Walaupun aku tidak semahir guru² blog yang ada tu...at least aku rasa puas sebab ia atas usaha air tangan aku sendiri.

Oklah terpanjang pulak aku membebel arini. Itu ajelah serba ringkas al-kisah TERcreate blog aku ni. Da abis lunch ni...sambung keje jom! huh!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, August 8, 2014

Tutorial: Manik Simple 1


Huh!...lega rasa bila siap renovate umah. 99% siap sudah..kali ni aku pilih warna purple gitu! cantik tak?? rasanya tahun ni dua kali jugak aku tukar wajah blog aku nih....kunun kunun nak dapat aura baru untuk semangat berblog kembali....cewah! InshaAllah...

Terlebih dahulu aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengunjung blog aku ini. Semoga Syawal kali ini membawa kebahagian kepada kita semua.

Ok..berbalik kepada tajuk di atas...seperti biasa aku nak kongsikan cara jahitan manik simple seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas. Meh usha usha dulu rupa paras manik dia dulu pastu baru leh usha usha cara jahitannya...jommmm
kita akan jahit macam ni k...

kos yang berbaloi-baloi...
gunakan dua barang ni je
satu warna manik dan satu warna labuci
aku pilih warna manik hijau dan labuci pink

Step 1: keluarkan jarum seperti di gambar

Step 2: Masukkan 5 biji manik dan satu labuci

Step 3: Jaitkan ke dalam...dan keluarkan jarum sebelah labuci

seterusnya sambung jahit sama seperti Step 2 dan Step 3

setelah siap kelliling lengan...sambung untuk buat line yang ke 2
cara yang sama seperti Step 1 hingga Step 3

tambah lagi untuk line ke 3 agar nampak lebih tebal
jika rajin boleh buat banyak line ikut selera kita

siap!...mudah kan?...selamat mencuba



Nota tersepit:
Pelan-pelan aku raya umah korang ye...sediakan kuih raya byk² tau..heeeee



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...