Friday, September 19, 2014

Sambungan: Manik bunga sekuntum

Arini nak sambung semula jahitan manik bunga sekuntum. Entry sebelum² ni aku ada tunjukkan cara untuk menjahit bunganya sahaja. Hari ini aku akan tunjukkan cara jahit yang selebihnya. Kita tengok semula gambar manik tersebut,,,kot kot dah lupa yang masa satu kan...


ok..ini lah gambarnya..


untuk tangkainya aku gunakan manik bewarna hijau
untuk buah-buah aku gunakan pearl hijau dan pink bersaiz 4mm dan 6 mm


setelah kita siapkan bunga besar tu...kita lukiskan dahulu untuk tangkainya macam dalam gambar atas ni...boleh lukis menggunakan pensel/ kapur je


aku melukis guna pensel ni aje.....mesti korang pun ada kot pensel macam ni...tapi kalau takde leh dapatkan di kedai² peralatan jahitan
kalau malas nak beli...guna kapur biasa pun takpe takde masalah
tapi kalau korang dah teror takyah lukis pun bole...jahit je main agak² je


keluarkan benang di sisi bunga dan masukkan 3 biji manik hijau


kemudian, jahit seperti dalam gambar ni...mudah je jahit macam ni kan

jahit terus ikut lakaran yang kita dah buat tadi...


jahit sampai habis dan di hujungnya ditambahkan satu pearl warna pink


keluarkan jarum seperti di dalam gambar


mulakan jahit kelopak bunga seperti kita menjahit bunga yang besar sebelum ni
rujuk SINI untuk dapatkan cara² nya

buat empat kelopak sahaja...spt kudup bunga


begini rupanya bila tangkai siap dijahit..


kita buat tambahan pula di sebelah atas bunganya pula
lukiskan dulu sebelum jahit....


mulakan menjahit....masukkan 3 biji manik hijau jugak
tapi kali ni jahit seperti jahit jelujur


kan macam jahit jelujur je tu...mudah sangat...jahit sehingga habis


dihujungnya ditambah dengan sebiji pearl hijau sebagai buah


kemudia ditutup dengan sebiji manik hijau di depan pearl hijau tadi


bila siap macam ni lah rupanya nanti.....pastikan korang pun dapat macam ni tau...
kalau dapat rupa yang lain...maknanya ada lah silap kat mana² tuh


ok..kita berbalik semula pada tangkai yang mula² kita jahit tadi....
taknak nampak kat tangkai tu kosong sangat, kita tambahkan sedikit lagi jahitan
kita lukis seperti macam dalam gambar atas ni...


keluarkan jarum, dan mula menjahit...


jahitkan seperti ini....juga macam jahitan jelujur 


dihujungnya ditambah dengan pearl warna hijau dan sebiji manik hijau seperti jahitan di atas bunga besar tadi


bila siap akan dapat macam ni ye.....


lepas tu kita tambahkan buah gunakan pearl warna putih bersaiz 6mm


last touch up....tambahkan lagi buah di tangkai seperti dalam gambar


hasil terakhir....mudah aje kan
kepada yang ingin mencuba membuatnya...selamat mencuba
dan jika menjadi share²kan bersama hasilnya yer.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, September 11, 2014

Nyahkan semut di rumah


 Hari ini nak kongsikan bersama tips nyahkan semut di rumah. Aku baca melalui laman web IMPIANA, tajuknya Guna Bahan Alami Nyahkan Semut. Sesaja buka web ni sebab aku suka tengok design² atau deco rumah yang cantik-cantik. Ruang tamu, ruang bilik, ruang dapur, ruang laman, ruang makan dan macam-macam lagi selain itu, ada jugak tip-tip yang diberikan sebagai panduan untuk kita dalam menghias rumah. Suka sangat² tengok design² dalam ni. Nak buat sendiri memang la tak pandai dok cuci-cuci mata pun ok jugak tenang je bila tengok gambar-gambar yang ada. Sesambil verangan kalau lah rumah aku camni kan cantik...verangan je nak buat tu idak ler...


GUNA BAHAN ALAMI NYAHKAN SEMUT
Oleh: Wan Erni Liza Md Izati



Semut yang datang 'bertamu' tanpa diundang ini pastinya satu hal yang sangat merunsingkan. Tambahan lagi apabila serangga kecil ini mula merosak ataupun mengerummi bahan makanan yang digunakan untuk memasak serta diminum. Anda boleh mencuba menggunakan bahan alami bagi menyahkan semut-semut ini. Jom ikuti cara berikut:

  1. Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pati kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang mampu menghalang gerak semut.
  2. Tanam beberapa jenis pohon seperti lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini miliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut. Sebaliknya tanamlah di halaman yang sering menjadi tempat berkumpulnya semut.
  3. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti kayu manis, bunga cengkih, serbuk penaik, kulit limau dan kapur dengan taburkan di kubu semut.
Semua tips yang diberikan memag mudah dan senang untuk kita perolehi. Kat rumah aku terutama bahagian dapur banyak jugak semut suka bertandang. Bila dah jumpa tip ni memang akan aku lancarkan operasi menyahkan mereka sang semut. Tudia bila tuan rumah mula mengganazz....hahaha


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, September 10, 2014

Tutorial: Manik bunga sekuntum



Entry dan janji yang tertangguh, hari ini baru dapat dilaksanakan. Kepada yang masih menanti ada ke yang menanti? hari ini akan ku tunaikan tutorial untuk menjahit Manik Bunga Sekuntum. Entry sebelum ini cuma cerita tentang tip-tip untuk menjahitnya. Hari ini aku akan membuat toturialnya pulak. Tapi, untuk hari ini aku akan tunjukkan macam mana nak buat bunganya dahulu. Yang lelain aku akan ajar kemudian ye...


Ingat lagi tak gambar manik ni? Tak ingat?? takpela.....majuk majuk hahahaha

Ok kita mulakan dengan menyediakan manik, batu besar dan labuci yang bersesuai dengan warna baju.


Antara manik yang aku gunakan untuk jahitan kali ni, batu besar merah untuk tengah bunga dan dua warna labuci yang aku pilih merah dan pink serta manik bewarna merah


Step 1 : Jahitkan batu besar ni dulu...yang ni senang je nak jahit, just jahit di hujung kiri dan kanan yang ada lubang tu macam kita jahit butang baju...


Step 2: Keluarkan jarum jauh sedikit dari batu merah seperti di dalam gambar


Step 3: untuk membuat kelopak bunga yang pertama masukkan labuci dan manik seperti di dalam gambar. Dimulakan dengan memasukkan sekeping labuci merah, sebiji manik merah, empat labuci merah, dua labuci pink dan sebiji manik merah

Kena tengok betul-betul kedudukan labuci tu ada yang dimasukkan secara ke atas dan ada dimasukkan secara ke bawah....ok ok kalau tak faham jugak, cuba korang tengok labuci yang korang ada, cuba letakkan dia atas meja atau atas tempat yang rata bentuk dia melengkung sedikit kan....itulah maksudnya sama ada dimasukkan secara melengkung ke atas atau melengkung ke bawah. Ok setakat ini faham kan....bagusssss


Step 4: Bila dah masukkan semua manik dan labuci tadi...tarikkan semua tu ke bawah kemudian masukkan jarum di sebelah batu merah. Selepas itu, keluarkan semula jarum sebelah kelopak pertama tadi kemudian ulang Step 3.



Setelah siap 2 kelopak.....
teruskan, ulang Step 2 sehingga Step 4 sehingga penuh kelopak bunga dibuat


Ini hasilnya bila selesai menjahit kelopak bunganya.
Mudahkan....
Agak-agaknya boleh buat tak? 
Selamat menjahit...

Untuk tangkai dan buahnya dalam next entry k....InsyaAllah.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, September 9, 2014

Bila mood dia datang

Percubaan ku yang kedua membuat doodle
First time buat dulu terbuat doodle embam
Leh tgok SINI bila tengok balik mcm nak gelak pun ada

Kali kedua ni aku buat doodle ala-ala muslimah
Emmm muslimah ke? bole la...blasah jela


Amacam ok tak?
Pada mulanya macam susah jugak nak buat terutama part mata dan jari
Tapi try and error at last ni hasilnya
Lepas ni leh try doodle yang ketiga plak...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, September 8, 2014

Kalau takde jangan tulis!

Sarapan pagiku. Red velvet cupcake...nyamy nyamy...mat saleh sangat ko breakfast ngan kek aje. Ni sebenarnya rezeki di pagi hari. Ada pegawai kat opis yang bawak tadi. Ada majlis akikah anaknya semalam so dia bawak la kek ni tuk kita orang merasa. Alhamdulillah....dah 4 bijik aku bedal...sedap sangat! Tekiuw cekWan. Korang breakfast ape tadi? uish dah lunch pun kan...pape pun selamat menjamu selera semua...

Hari ni nak cerita makan punye hal. Bukan nak cakap tentang makanan apa yang sedap dan apa yang tak sedap, tapi nak cerita tentang menu makan di kedai-kedai. Cerita ni lebey kurang nak meluahkan perasaan jugak nih!

Kita kalau pergi makan kat kedai-kedai, mesti yang tukang amik oder akan datang kat kita pastu kasi kita baca menu...betulkan? kebiasaannya macam tu la. Ada jugak kedai yang sempoi takdak menu² nih...just ckp je ape nak makan dia buat kan la nanti.

pic: ciuk google
cerita ini tiada kaitan langsung dengan gambar ni ye..

Ada jugak kalau pergi kedai makan ni, menu memang hebat. Macam² variety menu ada. Siap ada gambar bagai memang syokk bila tengok. Bila order, adik akak nak order yang ni satu, yang tu satu...tau pe dorang cakap, yang ni, yang tu takde kak. Kita orang memang tak buat makanan ni kak. Ape perasaan korang kalau terima macam ni? mesti rasa macam nak angkat kaki blah dari situ....mulut ni pun rasa macam nak jahat je nak cakap "kalau takde lain kali jangan tulis dalam ni!"

Bukan satu kedai je yang aku pernah jumpa. Banyak jugak kedai macam ni. Ada satu kedai ni aku jumpa, siap ada banner untuk menu dia. Tergantung, terpampang dari jauh memang nampak menarik dan gempak. Buat kita tertarik nak datang. Tapi bila datang macam hampeh!. Bila order je, sori kak, yang tu dah abis, ok takpe aku pun order la makanan lain, sori kak orang yang buat makanan tu tak datang hari ini. Ok tekpe sabo lagi kali ketiga aku order makanan lain, pun dia cakap sori kak yang tu pun tak ada. Benggangnya!!. Terus aku ajak cik hubby blah dari kedai tu. Start dari tu aku rejekkkk terus kedai tu sampai sekarang tak datang lagi. Sambil tu dalam kereta mengomel je mulot aku...org pompuan la katakan...."banner sana sini tunjuk, bila tanye semua takde!!!" haaiii..ntah la mungkin masa tu memang takde rezeki aku nak makan kat situ agaknya...mungkin ada hikmahnya.

Aku rasa korang mesti ada pengalaman macam ni jugak kan?. Tujuan aku menulis camni bukan aku nak mengata atau mengutuk kepada peniaga² makan ni, cuma aku meluahkan apa yang pernah aku alami tu je, tak lebih dari itu. Peringatan jugak untuk aku, mana tau satu hari kalau ada rezeki berhasrat nak bukak kedai makan, aku kena pastikan perkara² ini tidak berlaku. PASTI! InshaAllah.

Ok lah, dok intai kat meja belakang tadi, cupcake tinggal satu lagi. Aku nak sabar dulu sebelum orang lain sambar...hahaha..dengki tak?

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, September 3, 2014

Brooch dari Serawak


Semalam aku dapat ni dari member opis
Dia baru balik dari Serawak
Ada jugak orang ingat kat kita kan....

Cantik tak? cantik kan?
Suka warna silver ni semua tudung leh match
TQ reen....
Kata reen sebagai terima kasih kat aku...sebabnya aku buat something tuk dia aritu
Sebenarnya memang ikhlas nak tolong dia....dah sama kerja kan...
Kiranya dah rezeki aku la nak dapat brooch ni kan
Anyway i'm really appreciate....its cool and sweet sangat like this brooch so much!

Nah see...hari ni da pakai....its cool right?
Simple and nice...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...