Thursday, December 31, 2009

2010

Pejam celik..pejam celik..esok da masuk tahun baru, tahun 2010. Umur aku jadik makin muda lagi nmpaknyer. Bagaimana azam tahun 2009? Tercapai tak matlamat tuk 2009?
Azam? Matlamat? ada perbezaan ker?
Bagaimana nak capai matlamat ?
Kenapa matlamat perlu ditulis, bukan diingat?
Orang² berjaya kata matlamat yg dituls lebih cepat dicapai dari matlamat yg diingat di kepala. Matlamat bertulis seakan nampak lebih possible untuk dicapai.
Lagipun, kita ni terdorong untuk kurang berdisiplin dalam tindakan dan pemikiran lantas menyebabkan pemikiran kita asyik berubah². Bila matlamat hanya diingat dalam kepala bukan ditulis, ia akan kerap berubah (bahkan berisiko untuk diubah oleh kita tanpa kita sedari).
Keinginan kita berubah², kesannya matlamat kita akan sering berubah². Mulai hari ini, walau cemanapun matlamat yg kita set, pastikan kita tulis matlamat tu.
Panjang ke pendek ke matlamat kita, tulis saja.
Lepas tu baru baca selalu dan ingat selalu.
Haaa..persoalannyer sekarang, ape matlamat 2010 aku??
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, December 17, 2009

Peristiwa Penting di Muharram

Atas usul sahabat Ali bin Abi Thalib, Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram sebagai hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). Penetapan bulan Muharram sebagai awal tahun agaknya bukan sebuah kebetulan. Muharram dipilih disamping Qur’an menyebutnya sebagai bulan haram (mulia dan larangan perang), jugaterkait erat dengan sejumlah perstiwa bersejarah yang terjadi di dalamnya, terutama pada tanggal 10 Muharram yang dinamakan juga hari Asyura.

Sejumlah peristiwa penting di hari Asyura al: Pembantaian cucu Rasulullah saw, Al-Husain bin Ali, di padang Karbala oleh balatentara Yazid bin Muawiyah. Kepala beliau dipenggal dan diarak hingga Damaskus. Keluarga beliau termasuk anak2 dibantai dan dibunuh, terkecuali wanitanya yang kemudian dijadikan tawanan perang.

- Nabi Adam diterima taubatnya oleh Allah.

- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.


- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.


- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari kekejaman Raja Namrud.


- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


- Penglihatan Nabi Ya’qub dipulihkkan oleh Allah.


- Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakitnya.


- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.


- Kesalahan [?] Nabi Daud diampuni Allah.


- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


- Hari pertama Allah menciptakan alam.


- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


- Hari pertama Allah menurunkan hujan.


- Allah menjadikan ‘Arasy.


- Allah menjadikan Luh Mahfudh.


- Allah menjadikan Malaikat Jibril.


- Nabi Isa diangkat ke langit

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, December 16, 2009

Garam Berlebihan Bawa Pelbagai Penyakit


TANPA garam makanan berasa tawar. Bagaimanapun, pengambilan garam yang tinggi dalam pemakanan, sebaliknya mendedahkan kepada risiko tekanan darah tinggi, angin ahmar, barah perut dan masalah pada ginjal.

Ini disebabkan tahap garam yang terlalu tinggi menyebabkan tubuh menyimpan jumlah air yang banyak, sekali gus meningkatkan jumlah cecair dalam badan.

Garam ialah nama umum untuk sodium klorida. Tidak dinafikan, sejumlah kecil sodium penting untuk kesihatan kerana kesemua cecair tubuh mengandung sodium, termasuk darah.

Namun, berapa banyakkah garam yang diperlukan? Jika mengikut diet umum, pengambilan garam mestilah antara 9 - 10 gram termasuk yang dikenali sebagai ‘garam tersembunyi.’ Ini merujuk kepada garam yang ada dalam bahan makanan seperti kicap, sos, mayonis, keju, ikan masin, penambah perisa dan kiub perasa.

Makanan yang siap diproses seperti sosej dan makanan dalam tin juga tidak terkecuali mengandungi garam tersembunyi ini.

Selain penambah perisa makanan, tidak ramai yang tahu fungsi sebenar garam bagi badan ini. Hakikatnya, ia berfungsi menyeimbangkan cecair dalam tubuh.

Dalam konteks ini, penting untuk tubuh menyeimbangkan tahap sodium dalam darah. Sodium juga penting dalam membantu mengekalkan konsentrasi cecair tubuh pada tahap yang tepat.

Dengan kata mudah, garam berfungsi sebagai rangsangan elektrik dalam saraf dan otot selain menyeimbangkan tekanan darah normal.

Tetapi awas, terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.

Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tip Daya Penarik

JANGAN pilih dengan siapa anda berkawan, jaga hati setiap orang dan anggap semua orang penting adalah antara tip untuk menjadi seorang yang disukai ramai.

LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan. Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian. Namun, untuk meraih perhatian orang lain, kita perlulah memiliki daya tarikan.

Sebenarnya, kita tidak perlu menjadi seorang yang popular seperti artis untuk meraih perhatian, tetapi dengan personaliti tertentu yang diserlahkan, sesiapapun mungkin akan melirik pandang kepada anda.

Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk menjadi individu menarik:

Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.

Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja. Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.

Pakaian kemas dan bersih ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.

Kenapa? Ini kerana dia selalu berpakaian kemas, bersih dan segak ke mana-mana sahaja.

Walaupun anda suka memakai baju-T dan jean, ia tidak mengapa asalkan nampak bersih, ringkas dan menarik.

Selain itu, kita perlu bijak menyesuaikan pakaian dengan situasi, keadaan atau majlis. Dengan itu, barulah kita kelihatan menonjol dan sesiapa juga akan tertarik untuk menegur kita.

Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama.

Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Sikap-sikap ini membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, walaupun ibu, bapa atau adik-beradik sendiri.

Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.

Selain itu, buang sikap negatif jauh-jauh, sejauh yang mungkin!

Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang. Anggap semua orang penting.

Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.

Bergaullah dengan sesiapa sahaja, kerana ia akan membuatkan anda bijak menyesuaikan diri dengan semua orang, peringkat umur dan bangsa.

Bak kata pepatah, 'bila masuk kandang ayam, berkokok... masuk kandang kambing, mengembek... masuk kandang harimau, kita mengaum!'

Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.

Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.

Buat dan buktikan lebih baik daripada bercakap, sebab orang sekeliling lebih memandang apa yang anda buat. Masyarakat bijak menilai.

Mereka tahu, orang yang banyak bercakap daripada melaksanakan sesuatu atau hanya tahu mempamerkan kehebatan diri dalam kata-kata yang diucapkan tetapi kurang dari segi pencapaian.

Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.

Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.

Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, December 11, 2009

Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan?

Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

What do you think it is?

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, December 8, 2009

Sebab apa kita diuji?

Sebab apa kita diuji ?
Jawapannya mudah - supaya kita berubah.
Kita tak akan berubah jika kita tidak ada sebab untuk berubah dan apa tujuan perubahan kita. Kita akan kekal dengan sikap lama, perangai lama, mindset lama yang menyebabkan kita tidak mencapai apa-apa.

Andai kata kita menerima ujian, tak kiralah dalam apa jua bentuknya, sama ada ujian kewangan, ujian dalam bentuk permasalahan, ujian emosi, kena sabar. Sabar perkara paling utama sebab orang cemerlang dan orang berjaya, dia sentiasa mendahulukan sabar.
Orang yang tidak penyabar, dia bukan orang cemerlang. Kita boleh perhati sikap camni kat mana-mana.

Orang yang tak sabar akan cenderung menyalahkan takdir kerana memberikannya ujian yang dia sendiri tak minta. Sebenarnya, ujian itu diturunkan untuk membuat dia berubah menuju kejayaan, cuma dia sendiri tak faham-faham.

Kesimpulannya, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya sedar Islam mahu kita maju, supaya kita dapat menyumbang sesuatu kepada orang-orang dalam komuniti kita juga ummah keseluruhannya.

Bersangka baiklah dengan ujian Tuhan, laluinya, ubah diri ke tahap lebih baik, kita akan saksikan diri kita berjaya mencapai tahap kejayaan tanpa kita sendiri sedari.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, December 4, 2009

Bored!

da bosan..pastu ngantuk lakz tuh!..terima aje la saat² akhir zaman ni kan? perasaan aku ketika ini....
terpikirkan..ape akan jadik atau ape pembaharuan akan berlaku?
tapi yang pasti..pembaharuan yang membosankan...uwaaaa!!!
bukan manusia aje yg pandai boring tau.....ni boring ke pemalas...wahahahaha!
bosan + boring - xder mood = tido ..zzzzzz


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, December 3, 2009

Tiada Lagi

Amy Search - Tiada Lagi

Sia-sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Aku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu
Tiada lagi kata cintamu
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Perasaan Bosan

Ini sebuah cerita ringan tentang kebosanan. Seorang tua yang bijak ditanya oleh tamunya.


Tamu : “Sebenarnya apa itu perasaan ‘bosan’, pak tua?”


Pak Tua : “Bosan adalah keadaan dimana pikiran menginginkan perubahan, mendambakan sesuatu yang baru, dan menginginkan berhentinya rutinitas hidup dan keadaan yang monoton dari waktu ke waktu.”


Tamu : “Kenapa kita merasa bosan?”


Pak Tua : “Karena kita tidak pernah merasa puas dengan apa yang kita miliki.”


Tamu : “Bagaimana menghilangkan kebosanan?”


Pak Tua : “Hanya ada satu cara, nikmatilah kebosanan itu, maka kita pun akan terbebas darinya.”


Tamu : “Bagaimana mungkin bisa menikmati kebosanan?”


Pak Tua: “Bertanyalah pada dirimu sendiri: mengapa kamu tidak pernah bosan makan nasi yang sama rasanya setiap hari?”


Tamu : “Karena kita makan nasi dengan lauk dan sayur yang berbeda, Pak Tua.”


Pak Tua : “Benar sekali, anakku, tambahkan sesuatu yang baru dalam rutinitasmu maka kebosanan pun akan hilang.”


Tamu: “Bagaimana menambahkan hal baru dalam rutinitas?”


Pak Tua : “Ubahlah caramu melakukan rutinitas itu. Kalau biasanya menulis sambil duduk, cobalah menulis sambil jongkok atau berbaring. Kalau biasanya membaca di kursi, cobalah membaca sambil berjalan-jalan atau meloncat-loncat. Kalau biasanya menelpon dengan tangan kanan, cobalah dengan tangan kiri atau dengan kaki kalau bisa. Dan seterusnya.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa hari kemudian Tamu itu mengunjungi Pak Tua lagi.


Tamu : “Pak tua, saya sudah melakukan apa yang Anda sarankan, kenapa saya masih merasa bosan juga?”


Pak Tua : “Coba lakukan sesuatu yang bersifat kekanak-kanakan.”


Tamu : “Contohnya?”


Pak Tua : “Mainkan permainan yang paling kamu senangi di waktu kecil dulu.”

Lalu Tamu itu pun pergi. Beberapa minggu kemudian, Tamu itu datang lagi ke rumah Pak Tua.

Tamu : “Pak tua, saya melakukan apa yang Anda sarankan. Di setiap waktu senggang saya bermain sepuas-puasnya semua permainan anak-anak yang saya senangi dulu. Dan keajaiban pun terjadi. Sampai sekarang saya tidak pernah merasa bosan lagi, meskipun di saat saya melakukan hal-hal yang dulu pernah saya anggap membosankan. Kenapa bisa demikian, Pak Tua?”


Sambil tersenyum Pak Tua berkata: “Karena segala sesuatu sebenarnya berasal dari pikiranmu sendiri, anakku. Kebosanan itu pun berasal dari pikiranmu yang berpikir tentang kebosanan. Saya menyuruhmu bermain seperti anak kecil agar pikiranmu menjadi ceria. Sekarang kamu tidak merasa bosan lagi karena pikiranmu tentang keceriaan berhasil mengalahkan pikiranmu tentang kebosanan. Segala sesuatu berasal dari pikiran. Berpikir bosan menyebabkan kau bosan. Berpikir ceria menjadikan kamu ceria.”

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Blackout!!!!!!!

Gulap guliter dunia PC aku!
Dua bijik mata ajer yg nampak! mata saper? mata aku ler!
What to do???? sambung wat kijer ar...
abih xsempat save file tadi camner?..tanggung sndiri ar!
nie lar masalah beso aku kat opis...kejap² blackout...lain kijer x dak
bangunan baru setahun jagung tapi masalah bnyk bebenor
tiap ari blackout!!
sehari dekat 10x blackout!!!...rosak PC aku ooittt!!!...
da rosak nak kena wat report..
org amik report pun da bowing nak layan...
sape aku nak salah kan?
balckout satu hal...pastu xdak air....
kalu ada hajat besar camner?
xdapek nak nolong oiii..!!!
itu baru citer air n api...lom citer air cond lakz
tiap minggu mesti xdak air cond
kalu da de aircond lakz...malu² je dia kuar..xrasa maa..
nak kena cal wat report lagik!
tukang jwb cal pun naik bowing
tau bowing dorang jew...
bowing aku sape nak ngadap?
aku nak salahkan saper?
bangunan ni ka?
kontraktor ka?
yg menyelenggara ka?
xkan bos aku kot?
waduss!!....(tengok cermin sambil tepuk dahi!)

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, December 1, 2009

Besday Mas

Semalam besday mas, so kiteorg reramai kat opis wat suprise kat dier...hehehehe...yang penting dia hepi..
Nie lar kek yang di sponser oleh zam..nyami..nyami.!!!!

Cewah...sila potong...jgn malu-malu

Hepi besday mas, kiteorg doakan semoga dipanjangkan umo, dimurahi rejeki dan cepat di temukan jodoh yang sejati...aminnn!!
Khusyuk tuh tengok mas potong kek! dan menanti dgn penuh kesabaran tunggu masa nak makan kek coklat tuh!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, November 29, 2009

Manik Baju Nikah

Aku baru jer abis jahitkan manik tuk baju nikah adik dak Deng. Memula cam berat nak amik tempahan dia, sebab tgh bizee siapkan assignment n nak study tuk final exam. Tapi, kawan nyer pasal, pastu baju nikah adik dia lak tuh, aku tolong jugak. Aku jahit simple² ajer, sebab baju dia pun da cukup meriah dengan bunga-bungaan. Lagipun xcukup masa nak wat grand² sebab nikahnye 6 Dis nih, baju dia aku baru je dapat. Pape pun nie lar the best yang termampu aku buatkan, harap² dia suka.




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Baby Baru Pai

Sorang dari member aku, Pai selamat melahirkan baby lelaki yang comey pas raya aritu. Khamis lepas baru je kiteorang gi melawat dia kat umah. Nie lar baby dia, Haziq, semangat!!..baru je berusia 40ari
Bad mood sebab kiteorang ganggu dia tido

Nie lar bakal mak mertua dia...huhuhu!





TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, November 20, 2009

Rahsia Al-Qursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengank husyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugaakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikutHadis-Hadis Rasullullahs. . a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayatKursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunatdua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya- Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka padamalam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, November 15, 2009

Fuhh..! Lega!

Tadi baru je abis Mild Term exam aku. Lega rasanya. Ringan sikit otak. Alhamdullillah bole jugak aku jawab, walaupun semalam jawab x cukup masa. X sempat nak jawab abis tuk soalan Bahagian B. Subjek matematik, satu jam mmg x sempat nak jawab sumer, dgn nak lukis graf, lagi dengan nak wat jalan kerja jawapan, errmm..tawakal je la.

Untuk arini lakz aku sempat menjawab sumer, walaupun ada 2 soalan yang aku jawab x bape pasti. Tawakal jugak lar. Harap² sumer jawapan aku bagi ok. Seperti kebiasaan pas abis exam aku kena reward my self, biasa aku buat ialah makan coklat atau makan ais krim kegemaran aku, cornetto. Tapi arini aku beralih kepada ais krim magnum plak! Nyami...nyami..sodap gakz!.

Fuhh!!...seterusnya, aku kena selesaikan utang² aku yg x terlangsai lagik. Assignment!.. assignment! assignment! macam nak muntah pikir psl assignmen nih!. Ahad nie T5, last class tuk sem nih, sumer assignment yg aku utang kena submit ms class jugak!. Kena siapkan jugak minggu nih! Waduhh.. sempat ke x nih! uwaaaaa..!!!!!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, November 12, 2009

Ringtone

Akon - nanana

Akon - sexy bitch

Beyonce - be with you

Beyonce - Broken hearted girl

Beyonce - sweet dreams1

Beyonce - sweet dreams2

Beyonce - sweet dreams3
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Dapat PC baru!

Akhirnya dpt gak aku PC baru setelah sekian lama aku tunggu. Gumbira xterkira. Semangat baru nak wat kijer sampai nak balik kol lima pun rasa sayang je nak tinggalkan meja...cewah! sejak dapat ari senin aritu baru la semalam aku kesempatan bermesra-mesraan ngan pc baru aku nih, maklumlah tgh kebzan skrg nih. Dari bulan 11 ni sampai bulan 12 unit aku akan sibuk dengan bengkel. Ermmm.... sib bik jadual bengkel x tembung ngn jadual class n exam aku, Alhamdulillah.

Cakap psl exam, sabtu n ahad nie mild-term exam aku. Risau nih! x abih menelaah buku lagik nih!. Sib bik 2 je subjek ada mild term, x la berat sgt pala nih!. Good luck tuk aku!


nie lar pc baru aku..amacam! ganas x wallpaper aku?


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, October 27, 2009

Mencari bahagia... apa makna jika hati tak bahagia

Hati selalu gundah gulana, tidak menentu malah tidak tenteram. Apabila hati merasa tidak bahagia, itu maknanya hati sakit. Ia berbeza dengan sakit hati walaupun dua-dua adalah penyakit hati.

Masalah hati tidak bahagia selalu dikaitkan apabila berhadapan dengan ujian. Waktu itu akan terserlah penyakit-penyakit hati yang masih bersarang di dalam hati, seperti sombong, pemarah, hasad dengki, dendam dan lain-lain lagi. Penyakit hati ini mungkin tidak terkesan dalam suasana yang selesa tetapi ia akan terasa dan terserlah apabila hati kita tertekan. Setiap hari, ada-ada saja perkara yang mencabar kesabaran dan menekan jiwa kita. Anak meragam, suami buat acuh tak acuh, isteri merajuk atau meragam, rakan sepejabat mengumpat di belakang, perniagaan tidak menguntungkan, saham jatuh nilai dan lain-lain lagi.

Begitulah nasib kita manusia. Sejauh mana pun kita cuba untuk mengelakkan perkara-perkara yang mengganggu keselesaan kita, ia tetap akan berlaku juga. Sebagai makhluk yang diciptakan, sedikit pun kita tidak ada kuasa untuk menolak ketentuan Tuhan. Kalau Tuhan mahu kita sakit, walau bagaimana sekali pun kita cuba menjauhi penyakit, kita tetap akan jatuh sakit. Kalau Tuhan tidak mahu kita jadi kaya, walau bagaimana sekali pun kita mengusahakan kekayaan, ia tidak akan dimiliki juga. Sememangnya usaha manusia itu tidak dapat menentukan apa-apa Lantas, persediaan apa yang perlu kita buat untuk membuatkan hati bahagia dan tidak tertekan ketika menghadapi pelbagai bentuk nasib malang yang pasti menimpa kita?

Kita harus mengenali diri sebagai penerima nasib malang itu dan juga mengenali Tuhan sebagai pemberinya. Kita harus kenal bahawa diri kita adalah hamba ciptaan yang sangat lemah dan tidak ada apa-apa. Malah dalam penciptaan diri kita sendiri, kita tidak ada campur tangan, tidak ada tanam saham, langsung tidak ada memberi modal sama sekali. Keputusan untuk mencipta diri kita sendiri pun semuanya dibuat oleh Tuhan. Selain daripada seluruh badan kita yang begitu unik dan kompleks itu Tuhan juga yang memberi kita daya usaha, fikiran dan perasaan. Lantaran itu, apabila Tuhan timpakan sesuatu kesusahan ke atas diri kita, inilah peluang untuk kita sedar bahawa diri kita adalah hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa kuasa.

Mungkin selama ini kita rasa berkuasa, rasa mampu dan rasa boleh, sehingga kita terlupa untuk bergantung dan berharap kepada Tuhan. Selain itu kita mesti ingat bahawa setiap takdir Tuhan ke atas kita, selain kekufuran, semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Kalau Tuhan sekali-sekala sakitkan kita, sudah tentu ada maksud yang baik daripada Tuhan. Antara maksud-maksud baik Tuhan ialah Dia hendak hapuskan dosa kita, Dia mahu kita insaf di atas kelemahan diri kita, Dia mahu kita ingat-ingatkan kesalahan kita dan membaikinya serta bertaubat, Dia mahu kita rasai penderitaan orang lain agar kita menjadi orang yang lebih prihatin dan simpati.

Dia juga mahu kita lebih bergantung dan berharap kepada-Nya. Kalau Tuhan sekali-sekala miskinkan pula, tentu ada maksud pendidikan atau pengajaran. Mungkin Dia mahu kita mendapat pahala sabar kerana miskin. Dia mahu kita rasai penderitaan orang miskin. Dan tentunya Dia mahu kita meneliti balik segala tindak-tanduk kita, apakah kita sudah melakukan apa-apa kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan Tuhan tidak membantu kita. Begitu juga apabila kita sekali-sekala dihinakan. Mungkin Tuhan mahu kita bertaubat kerana kita pernah menghina atau menzalimi orang lain ataupun Dia mahu kita ungkai rasa sombong yang bersarang di dalam hati kita. Atau Tuhan sengaja memberi kesusahan itu kerana Dia mahu mengangkat darjat kita di sisi-Nya.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, October 26, 2009

Tujuan, makna dan nilai jati diri peribadi berinspirasi

Seorang yang berinspirasi tahu makna dan jawapan kenapa, kepada setiap langkah yang diambil. Dia tahu ke mana hendak dituju dan sangat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni. Apabila ujian dan cabaran menghalangnya di hadapan, dia tidak mudah berputus asa, tidak akan berpatah balik ke belakang kerana dia tahu pasti matlamat hanya dapat dicapai di atas laluan yang telah dipilih. Langkahnya mungkin sekalai-sekala menjadi agak lambat dihalang cabaran dan tentangan, namun dia tidak berpatah ke belakang. Dia mungkin mengubah sedikit laluan, tetapi haluannya tetap mara ke hadapan menuju matlamat yang jelas. Dalam mindanya, hujung perjalanan itu sudah tergambar dengan jelas.

Nilai-nilai murni yang terpahat kukuh di hatinya memberi tenaga dan kekuatan untuk meneruskan langkah ke hadapan penuh keberanian. Pembawaan inilah yang menyebabkan orang lain ingin menumpang semangat dan tenaga yang dipancarkan. Bersamanya... orang lain tahu mereka juga akan sampai ke destinsi yang dituju. Jati dirinya sangat jelas dan terserlah. Intipati dalaman diri inilah yang memancarkan cahaya inspirasi sehingga orang sekeliling dapat berteduh semangat dan energi. Mereka setia bersama-sama bergabung kemahiran, kreativiti dan bakat untuk meneruskan ke mana saja arah perjalanan yang dipilih. Mereka memilih untuk bergabung bersama kerana bekerja bersama seorang yang berinspirasi membuat mereka terasa seperti berada dalam pesta yang meriah walaupun letih fizikal. Keletihan fizikal tidak membunuh semangat jika minda dan hati terisi dengan perkara yang pasti dan benar.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Nak merungut ckit ar..

Arini jer aku da baca 2briter pasal anak kena dera, kena jual, kena rogol dll dan 1briter pasal bayi kena buang. Haii..xtau la mcm mana pemikiran manusia sekarang didalam dunia yang pesat dan sedang membangun nih!. Sempit sangat ke pemikiran dorang nih! mana pergi nyer sifat prikemanusiaan mereka. Dimana perginyer sifar kesedaran dalam diri masing-masing. Mana perginya maruah dan harga diri mereka sebagai org islam dan sebagai rakyat timur yang penuh dengan sifat lemah lembut. Dalam mana-mana agama pun bukan kata agama islam ajer, lain² agama, hindu, budha dan sebagainya, mereka jugak di ajar dan diserapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing. Mana ada agama yang mengajar umat dia melakukan perkara-perkara yang dilarang, sperti membunuh, mendera, menghuru-harakan keadaan dan sewaktu dengannyer. Mereka jugak diajar apa perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang perlu dijauhi. Mereka tahu apa itu dosa dan apa itu pahala. Aku rasa orang buta dan orang giler dalam dunia nih pun punya hati yang suci dan bersih dari manusia-manusia yang mempunyai cukup sifat dalam dunia nih!.

Kenapa kanak-kanak atau bayi jadi mangsa??? mereka umpana kain putih yang perlu dilentur, dijaga, diajar sebaik²nyer bukan perlu dinyanyai. Mereka merupakan pelapis kiter. Bakal pemimpin negara, bakal menjaga kita dimasa akan datang dan paling sedih lagik bila darah daging kita sendiri dibuat begitu. Dalam briter yg aku baca ni contohnyer, dah lar dera anak tiri dia, leh lak dia jual anak tuh tuk dia dptkan duit. Naauzubillah minzalik!!..mana la perginya nilai prikemanusiaan dan sifat kelembutan seorang perempuan yang telah dianugerahkan oleh tuhan kepada setiap orang perempuan serta dimana perginyer pegangan agama????. Anak yang belum akhir baligh dia lakukan begitu??? demi kepentingan diri sendiri dan kepentingan duniawi yang sementara ini???? bagaimana dengan perasaan anak tersebut?? bukan kata badan dan zahirnyer sahaja yang tersiksa, malah batin dan jiwanyer tersiksa yang teramat² yang xboleh diluahkan oleh kata². Ya Allah... nape la perkara² macam ni boleh berlaku dalam kalangan orang islam sendiri. Cuba la kita berada dalam diri anak tersebut.. kita rasakan apa yang anak tersebut rasakan, mesti tak sampai sesaat kita boleh berada ditempat dia kan??

Haii...aku rasa xleh nak teruskan rungutan aku nih... rasa cam nak kuar air mata da nih. Sambil aku merungut, sambil aku ingatkan anak² aku yang comey tuh, x sanggup rasanyer. Aku berdoa agar anak² aku tidak diperlakukan sedemikian, semoga Allah memasukkan iman kepada manusia² yang berkenaan. Aminn..!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Bajet 2010

Jumaat lepas, 23 Oktober 2009, PM, Datuk Seri Najib wat perbentangan bajet. Aku kalu bab bajet nih lain benda xdak, sibuk nk dgr pasal bonus jer. Yang lelain x amik pot pun. Tggu nyer tggu alih² dpt tau xdak bonus. Dia umumkan tiada bonus tuk tahun nih, BAYARAN KHAS kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingg gred 54 dan pesara wajib. Wadusss...ada ckit frust la, tapi xper bersyukur jugak dari x dapat pape, dapat RM500 pun syukur gakz, Alhamdulillah rejeki jugak tuh.
Selain tuh, ada gak benda² yang aku x amik pusing sgt dia bentangkan, antaranya :

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010
* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.
* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus
* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661
* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010
* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.
* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.
* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.
* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.
* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.
* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.
* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.
* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.
* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.
* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.
* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.
* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.
* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.
* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.
* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.
* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.
* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.
* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.
* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.
* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.
* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.
* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.
* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.
* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.
* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.
* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.
* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.
* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.
* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, October 22, 2009

Misteri Sejadah Berdiri

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat. "

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Oleh : Betty Subaryati bhkb@bharian.com.my

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, October 13, 2009

Bebel Jap!

Wah lama gasernyer x bebel dalam nih. Bukan ape kenkadang tu malas nk update blog nih w/pun byk aktiviti yg telah aku buat. Malas nak on computer, malas nak dunlod gambar, malas nak karang kraf, wah serba serbi malas ek! Penyakit malas da sampai la tuh! Kat mana nak cari nenawar malas ni ek? kalu de ubat da lama aku jadik pelanggan setia dia.

Pe citer terbaru? aku da start class semula. Sem baru da mula 2 minggu lepas. Aku da kembali pada rutin alam pembelajaranku. Da start wat assignment. Sem ni byk assignmnet so aku xleh nak dondang dendang ler. Bulan Nov. da start mild term, so dari awl ni lar aku da kena wat pe yang patut.

Sebenarnyer aku berdebar² gakz nih, sebab per? sebabnyer aku tengah tggu result exam last sem. Bape la aku dapat agaknyer. Harap² leh tersenyum..aminnn!!!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, October 2, 2009

Pertunangan Jaja

Pertunangan ni da berlangsung bulan Julai lepas. Cuma aku baru je terima gambo dak jaja nie. Aku x dpt datang masa hari pertunangan dia sebab aku kena gi kursus BTN. Suka tgk gambo dia..mmg jelita. Suspek ar jaja! Majlis dia pun grand gakz...da macam majlis kawen jer. Tema dia blue & silver. Simple but sooooo nice! Haii..jaja nak kawen da ko kan, rasanye masa kenal ko dulu masih berhingus lagik..alih² nak jadik bini owg da yer!...Selamat Bertunang, moga tabah hadapi dugaan alam pertunangan yer...

sama padan bagai pinang dibelah dua

jgn berjemur lama² nnti ilang seri pengantin...
salam jgn x salam...nnti da jadi kuarga
ewah..ewah...jeling abg lakz!
cantik dak jaja nih!
alaaa..saje nak inteprem cincin la tuh...


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, October 1, 2009

Gi open house umah Dayah

Dayah wat open house, jemput kt org makan tghri kat umah dia ms lunch. Dia jamu ktorg makan nasi putih, lauk ikan tenggiri masak asam, kari ayam, sayur campur, sambal udang dan rendang daging. Memang sodap..mana taknyer nenek dia yg masak..tau² jela masakan org² lama nih mmg mantop! Bertambah² ktorg makan.

moon ngan mas

pae, moon n mas

pae n moon

aksi terlamapu..!

aku pun sempat bergambar ngan kenkawan...

post menggatal ckit..huhuhuhu..!


opsss...sumer giler glamer nk bergambar sampai lupo nak amik gambo makanan daaa....


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, September 30, 2009

Rumah terbuka HRD

Sempena raya nie, opis aku hari ini x ketinggalan jugak tuk buat umah terbuka. Alaa..terbuka tuk jiran terdekat jer. Yang specialnyer jamuan ni di sponser oleh kedua² mem di HRD nih...sape dia???
haaa...ni lar org yang sponsor jamuan kiteorg...mem murni & mem arine...aikk poning pala ke mem arine ooiitt..!!!???
antara juadahnyer...
erm...myami...myamiii...!!!!
agar-agar laici tu si mas yag buat..sodap oOOoo...puding caramel tu lakz aku yg buat...meh ar ghaser...jemput makan...
yang lain² pun ada bawa kuih raya..tapi lupo nak amik gambar

sesi ucapan hari raya & sikit taklimat oleh KPP sebelum menjamu selera...cam boring jer muka dorang ek! lapo agaknyer!
ni la yg paling suprise bagi aku...dlm kitaorg syok menikmati makanan...tiba² lampu di padamkan gulap guliter duniaku sekejap...pastu tiba² ada api lilin & lagu hepi besday dituju khas tuk kite orang. kek besday nie pun disponser oleh mem² tuk sumer staf HRD...tgk la kat kek tuh sumer nama staf ada. petama kali dalam idup aku tgk kek besday yg penuh nama...hahaha...anywy mekaseh la byk² kat mem² nih...wat susah² jer...terharu kt org tau!

hehehehe...ramai² bergambar bersama kek yg dikongsi.....
apa laie...moh la makan...lapaq da nih!
penuh mulot tuh!
selain staf HRD, kami juga menjemput beberapa vendor / suplier ke majlis kami. terima kasih la sebab sudi memeriahkan majlis nie... kepada sumer, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...