Thursday, January 29, 2009

Cuti ler..

Aku sambung cuti raya cina....aku apply 3ari cuti, so seminggu la aku x kijer...tapi malangnyer ari jumaat aku kena kijer gak sebab cuti di bekukan....ermmmm...boring btul la. 2nd cuti raya cina aritu aku blk kpg...kbtulan kakak aku dr KL balik. Riuh umah mak aku cucu² dia balik....dari kakak aku jer dah 6org...aku 2 org...dr abg aku lakz 2org dan dari adik aku yg dok kat umah mak aku lak 1org. Walaubagaimanapun mmg seronok....mak aku mcm² msk. Lagipun aku da lama x jumpa dorang tu....ermmm da bsr² ank dia....ank kakak aku yg sulung. aqila, da 13thn...wah da cam anak dara, cantik plakz tuh...tinggi da sama cam ibu dia. Haiiii cpt la menantu ko nanti kak long oi....kakak aku ni lain ckit....dia nyer perangai kuat bercakap...wahhh penat ooOOOoo layan citer dia yg x berhenti² tu. Byk bebenor yg dia nak citer, maklum lar da lama x jumpa...raya aritu pun x sempat jumpa, dia blk kjap jer...sebab dia ni berniaga sndiri...so x leh la slalu tinggal kedai, lagi anak² dia ramai yg da skola tu yg ssh ckit nak blk lama².

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, January 25, 2009

Shooping..


gelang huruf tuk ina....

getah rambut pilihan ina...

kasut si fatin...

ni lak pilihan hubby aku jenama Dr. Carden

Tadi aku gi MP (Mahkota Parade), gi n family. Tujuannya nak jenjalan cuci mata....saje nak abiskan masa...dok umah cam boring jer....

Dalam jalan² tu aku sempat belikan hubby aku n Fatin kasut....terbang gak RM150++ xper lar utk famili gakz kan...

Anak aku yg kecik tu, si Fatin...x sabar nak bergaya cam org besar....selalu kebas kasut aku n kasut kakak dia yg glemer, kasut dia, dia x suka pakai...tu yg membuatkan aku membeli kasut yg de butterfly n ada batu yg kilat² cam artis, cam kasut org dewasa....moga² pasni dia x kebas kasut aku n kasut kakak dia.....kasut ni pun sekaligus merupakan hadiah birthday dia yg ke 2tahun yg belum dicelebrate lagik.....sebab cadang nk celebrate skali ngan kakak dan ayahnye bulan 2 nanti...tapi hadiah da bagi dulu...hehehehe...

Kasut tuk hubby aku plak....aku beli sempena meraikan result yg aku dpt tu...so bg la smthing tuk dia tuk ucap mekaseh....dia hepi dpt kasut tu, lg pun kasut lama dia tu da uzur so ms yg sesuai tuk aku tukarkan yg baru.
Tuk kakak plak....dia dapat getah rambut, sebab kalu gi skolah slalu dia x ikat rambut...so aku belikan la dia...aku bior dia pilih mn getah yg dia suka.....satu lagi aku belikan gelang huruf yang mnjadi trend bebudak masa kini....dia kata kat skola dia kwn dia sumer pakai gelang camtu...so dia nak la pakai gak.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, January 23, 2009

Result Exam

Syukur Alhamdulillah, dengan kehendak dan rahmat dariNya...
Hari ni aku hepi bangat!....aku dah dpt result exam dan ape yg aku target menjadi kenyataan. Thanks God....rasa cam nak menjerit pun ada....ekekekekeke...OVER!
Pape pun thanks pada famili aku atas kesabaran dan memahami keadaan aku...specially for my lovely hubby yg byk bantu aku terutama dalam urusan jagaan ank n paling utama bantu semasa wat assignment...luv u so much....ever n forever....harap jgn serik bantu mama...
Cadang nak blanja dorang makan mlm ni....tp nk mkn pe ek!....pikir...pikir..pikir...
Pasni mesti lebih semangat lagik tuk terus blajar....cayuk!..cayuk!...cayuk!..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, January 22, 2009

Seharian bersama....


Sempat possing tuh!..

View depan chalet yg kami pergi...

Bergaya bersama hadiah besday...cun tak model tuh?

Bergaya bersama cincin tunang....cam model!

hehe...hadiah besday dia tuh!...

kek besday As n Teh...

ini la cekodok yg jd kegilaan aku...huhuhu!

ni..sambal daging aku buat yg di request oleh jaja

ni lak...sambal ikan bilis yg jaja buat..nyami²...sodap ooOOOooo...

ni la ns himpit yg aku bw..

Aku, As, Jaja n Teh...kami sesamsa lepak seharian di Straitsview rodge, sebuah chalet di Pantai Puteri.....tempat ni mmg aku x tau ia wujud d melaka....dan ia x jauh dr umah aku....Teh la yg tunjukkan tempat ni.....kami sewa RM50 tuk sehari....tp bg aku tempatnye OK...selesa n boleh tahan murahnyer.

Kira hari kami bersama ni ada dua tujuan...selain dari re-union, kami sambut birthday As n Teh dan juga...mybe ni la thn last nak sambut besday sesama As...coz pasni dia akan terbang ke Jepun selama 4thn...we miss u always....

Kami memang da rancang nak amik cuti sesama n lepak sesama...maklumla da lama x jumpa sejak kt org berpisah jabatan. Memamg banyak cerita² sensasi n terkini di perdebatkan...gosip² hangat! Memasing de citer tersendiri....tp bes gak byk benda n bahan baru dpt tahu.
Aku sempat masak tuk dorang....aku wat sambal daging n nasi empit.....tu pun atas permintaan peminat masakan aku....si Jaja...huhuhu....tp jaja pun masak gakz....dia wat cekodok (Jaja gelarkannya "cekodok banggang") n sambal ikan bilis....tu mmg masakan dia yg jadik feberet kitaorang.....kalu da lama x mkn mmg kami request dia wat.....confirm dia akan buat...i luv u ar...
As lakz...sedia kan minuman tuk ktorg.....si Teh lakz jadi driver bw kt org pergi n balik. Hehe memasing de tugas memasing....anyway...seronok dapat bersama....korang mmg best!
Opsss..!!..lupo nak citer....kat ctu kite org adakan majlis penyampaian hadiah besday. Tgk gambar atas tu, memasing possing maut ngan hadiah memasing...As ktorg belikan selendang bewarna gold...cantik!..warnanya sesuai dgn warna kulit as...pandai jaja pilih, manakala untuk Teh ktorg belikan sebentuk cincin silver ada sebiji batu...cincin dia simple tapi menarik...itu pun dipilih oleh Jaja n 'Forever love' dia....hehehe cik abang dia lah tuh!...dorang hepi n suka dgn hadiah yg di bagi. So bila pakai n tgk hadiah tu...so ingat la kita org yer....Hepi Besday Pren!.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Debaran...

Dup..dup...dup....jantung aku....berdebar² menanti result exam last sem....harap² ok, risau gak CGPA x bape memuaskan....aku target last sem bior 2 subject dpt A....dapat membantu naik kan CGPA. Harap² jd kenyataan....aminnn.!!!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Kena gi class semula...

Class aku da bermula semula....my 1st class ahad lepas.....rs x puas menikmati cuti sem lepas tetiba da bermula sem baru....ermm pe leh buatkan....kena tempuh gakz....1st clas aku tuk sem ni bermula dgn lancarnya....yg besnyer belajar kat tmpt br.....lebih selesa....tutor pun ok lar....tp x sanggup sem ni class aku sampai petang lagi cam last sem....ermmm penat ooo...pasni sure kebzan dgn assignment.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, January 21, 2009

Mengenai Wanita dan Kubur...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga. 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
SATU PERINGATAN!! KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

ESQ


antara member² yg hadir.....



"Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual"

"The ESQ Way 165"

"1 Ihsan 6 Rukun dan 5 Rukun Islam"


Ni lah buku yg aku dapat ms hadir kursus ESQ yang ditulis oleh Ary Ginanjar Agustian, dari Indonesia, beliau merupakan salah seorang pengasas kursus ini....3 ari lak tu kursus dia....tapi aku sempat hadir 2 ari jer....mmg seronok kursus ni.....ia lebih kepada spiritual.....org kata kursus ni kursus air mata.....nah!...ternyata setelah aku pergi (wah ckp pun dah mcm penceramah...luarbiasa sekalik! )....aku faham apa yg d maksudkan air mata tu...

Setelah aku hadir kursus ni.......ia boleh membuatkan kite sedar siapa diri kite.....lebih nengingati Tuhan....membuatkan kite berfikir semula apa amalan² dan kejahatan yg telah kite buat......kesedaran terhadap tanggungjawab kepada keluarga, kerja dan sbgi nyer....

Penceramah dia pun "class" org indonesia plakz tuh!....pandai menyemai emosi dlm diri peserta....kasi kt org touching giler² nyer....pastu dia sergah lah ngan sound system n suara dorang yg mmg power giler nyer....pe lagik...meleleh ar sumer peserta.....pas kuar dewan tu sumer mata merah² n bengkak!....aku ari 1st tu mmg da gabak lar....tp 2nd day tu da kureng ckit la.....x lar gabak cam 1st day tu.....Alhamdulillah lah.....dari kursus ni ramai aku tgk yg berubah tngkah laku nyer d ofis......termasuk la aku gakz.....harap² ia berkekalan...aminnn.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, January 14, 2009

Forum Kekejaman Israel...


Boneka Israel yg kami bakar...




semangat yg d tunjukkan oleh student² d Melaka ni...



antara poster yg sempat kiteorg buat...


Arini aku hadiri Forum Kekejaman Israel Terhadap Rakyat Palestin. Ramai gakz pemimpin yang turut serta tuk forum tu...aku xder ler dok dgr sgt...tetau je la kalu da jumpa kenkwn....berforum la sesama sndiri....hua ha..ha..ha...alaaa biasek ler....

CM Melaka pun de gakz....dia beri forum yg terakhir skali...lps tu...kite dok turut bakar patung (boneka israel) bagi menunjukkan protest kite kepada kekejaman mereka.
Forum ni gakz dihadiri oleh penjawat awm d mlk ni....selain tu student dr Palestin yg dok blajar d mlk pun join venture. Mesti dorang terkenangkan kampung halamn dorang kan....

Selain tu, sebelum aku gi forum tu.... bebudak opis aku yang sesama pegi sibuk dok wat sepanduk...bebudak lelaki ar...aku pun tolong sama....cehh..penuh smangat tuh....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Israel kejam....

" Allahuakbar"....
"Free Palestine"....
"Stop War"....
"Peace"....

Itulah antara laungan yang sedang dilaungkan oleh sumer umat islam dlm dunia nie.....dlm berita, dlm tenet, sokabar...memana je la skrg....kalu bercerita mengnai nya, tak terkata betapa kesian kite pd rakyat palestin. Lebih menyayat hati....kanak² berlumuran darah....Ya Allah.!!!...kalu tgk gambar keadaan negara mereka mmg x sanggupppp. Sedih tak terkata.....yang hanya kite mampu bantu memberi sokongan serta mendoakan negara mereka kembali bersinar seperti dulu....aminnn. Yang utama skg boikot semampu yang boleh barangan dorang...w/pun kbnyak kan brgn dorang menjadi kegemaran kite terutama mcD....wahhh feberet aku tuh..!..Pizza....ermmm nyami² tuh....tp pe leh buat....kene trima jugak la kan.
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, January 8, 2009

Karangan

Hari nie anak aku kena wat homework bertajuk Kasih Sayang Ibu Bapa....cikgu BM dia ckp kena wat x lebih 50 patah perkataan...aku sempat gakz baca...dia tulis...
" Saya menyayangi ibu bapa saya sepenuh hati saya. Jasa mereka dalam membesarkan saya tidak terhitung banyaknya. Saya akan membalas kasih sayang dan jasa mereka dengan berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dengan cemerlang untuk membantu mereke di hari tua. Semoga dengan kejayaan saya mampu memberi senyuman buat mereka sepanjang hayatnya. "

Wah power gakz ek....touching pun der....tp aku de gakz bantu dia ms wat karangan ni...just adjust ayat² mana yg sumbang sumbing....tp ok la tu kan...dia pun br darjah 4.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, January 7, 2009

Jahit manik lagik...

Ni gambo manik aku jahit tuk my bespren.....actually aku jahit last year....aku suka tgk bentuk dia simple n cute....sbb org yg pakai ni pun leh thn cute nyer...so sesuai kan...ekekekekeke...oppss sori pren...joke jer.....ingat nak wat satu kat baju aku la.....bila ek musim org kawen ni?...leh wat tuk gi org kawen....ok gakz kan! kena carik kain kosong baru cantik n timbul bila jahit...mcm baju kat sblh tu.....

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Fatin's Birthday...




Tanggal 6 Januari genap 2 thn umo anak aku yg kecil...Fathinah..."hepi besday tomey"...tapi aku x sempat nak celebrate birthdy dia lagik sebab dia x sehat...demam n berak²...cian dia.....mlm x lena dia tido....asyik merengek jer.....x tau la pe yg dia salah makan....agaknya nak beralih tahun kot...hehehe..


Tomey gak bila dia pakai tudung ek!...sempat possing depan camera tuh...kakak dia si cantik yang dandan kan.




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Al-Fatihah

Seorang dari staf tempat aku kerja telah meninggal dunia.....dgr citer dia di ganggu makhluk dr alam lain.....x boleh brubat lg.....seminggu jugak dlm ICU. Allah lebih menyayangi dia.....Al-Fatihah.
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Kete..oh..Kete

Aku x tau la pe salah aku dah wat smlm....mybe tuhan nak duga aku kot...memula kete aku bateri weak, puncanya salah aku gakz...lupo nak tutup lampu keter ms dok parkin kete kat bawah....aduss...sib baik de hamba allah yg prihatin n kenal ngan keter aku yang glemer tu brthu...(tenkiu la kawan). Pe lagi aku terus turun n gi tutup lampu...malang nyer pastu kete aku x leh nak start.....wadussssss!!!......x dpt nk bayang kan kerisauan melanda tahap gaban tuh! Tapi sib bik la gamai yang sedia membantu aku masa nak balik smlm terutama kenkwn kat opis....de yg try jumper kan bateri... finally, dorang tolong tolak kete n tetiba leh start...Alhamdulillah....tenkiu kenkawan...Allah saja yg boleh membalasnya.
Satu hal lagikkk....tetiba kunci kete aku lakz jammmeedd.....Ya Allah.....dugaan datang lagik....kete aku x leh nak lock... ceq x tau la pasai apa....so smlm seharian kat pankin tu keta aku x berkunci...gamble n tawakal je bior dia camtu. Balik aku terus gi bengkel kete...suh pomen tu nengok kan bateri aku, dia kata bateri aku masih OK....so xyah lah aku tukar baru...lagi pun bateri aku tu baru je tukar thn lepas....then... aku tunggu hubby aku balik, suh dia tgk kan pintu kete tu....dia terus gi bengkel...sib bik bengkel dekat ngan umah aku.....pomen tu kata, lock aku tu dah jammed. Terbang gakz RM100 ++ dok betul kan dia....ermm....time² cam ni la dia nak wat hal kan. Tapi x per la...itu sumer pengalaman. Alhamdulillah.. Allah telah permudahkan ape yang berlaku semalam.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, January 5, 2009

Manik tuk baju Deng...


Amacam?? ok x manik aku jahit nie?...haa..ni baju tuk member aku...menjahit manik salah satu hobi terkini, tersensasi n terlatest aku untuk abad ini...baju nie aku baru habis jahit semalam. Dalam banyak² jahit manik...patern ni lah paling mencabar, tercabar, dicabar dan bersabar bg aku tuk blajar dulu....bape kali dok bukak...jahit..bukak.. jahit balik sampai jadik. Tapi ok la x sia² akhirnya aku dpt gakz menerokai...mendalami...untuk mendapatkan teknik camner nak jahit dia. Bak kata mak aku.."Usaha Tangga Kejayaan"..tul x? Korang kalu nak berguru leh aje..aku leh ajar. Bak kata cikgu aku...Ilmu jangan disimpan...perlu dikongsi bersama...banyak kita memberi..banyak yg kite akan trima.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

1st day...

1st day....aku create blog sndri...nengok member lain de blog cam sronok jer...teringin lakz rs nyer nk de blog sndiri...hehehe...ngada2 jer ek! x tau la bape lama leh bertahan....
ptg td aku balik lewat.....jumpa member....borak² x sedar da kol 7ptg...member ajak bisnes...errmm...xtau la aku ni nak join ke x, tp da 50-50 gakz nie...kalu goyah iman aku confirm join nyer...tp nengok cam ok jer bisnes dia...menarik gakz....x salah kan kalu nak try mana tau rejeki akan dtg Allah nak bagi (aminnn)...tp yg risau nyer...modal besar gakz...20K kau...camner tuh!
ermmm...arini 1st day gak anak aku start skola smula....semangat baru, tahun baru n semangat baju baru, peralatan tulisbaru alaa senang ckp sumer baru² belaka....cop tahun 2008 sumer tolak tepi dah jd scrap...dia dah xmo pakai lg. Dasyat kan budak zaman skrg...ingat mak bapak dia kije cop duit jer agaknyer.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...