Wednesday, April 28, 2010

Manik baju dak ani


















TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, April 26, 2010

Membina yakin diri bermula dari membina ketenangan

Yakin diri bermaksud kita ada kawalan penuh terhadap semua yang kita cakap dan semua yang kita buat.

Untuk membina sikap yakin diri, terlebih dahulu kita kena berlatih mengawal perbuatan kita dan mengawal percakapan kita. Fikir dulu sebelum buat, fikir dulu sebelum cakap.

Masalah tidak yakin diri akan mula timbul bila kita bercakap tergagap-gagap, teragak-agak, cakap main lepas dan kita dikawal oleh emosi. Kita akan mula mendapat kawalan penuh pada percakapan dan perbuatan apabila kita selalu bertenang. Elak untuk membiasakan diri mempamer air muka yang tegang, yang stress, yang ‘blur’ atau yang bingung. Itu petanda emosi menguasai kita, bukan kita yang menguasai emosi.

Biar kita nampak cool dan tenang-tenang saja, barulah keyakinan diri kita ada pastu kekal lama pula. Ketenangan ambil sedikit masa untuk dikuasai, namun ia boleh dikuasai melalu latihan berterusan juga lakonan berterusan.

Lakonan cemana? Berlakon menjadi orang yang tenang saja, tenang setenang-tenangnya.

Jika sebelum ni kita.. orang yang tak yakin, bahkan tidak ada keyakinan, lakukan latihan ketenangan diri. Pejamkan mata untuk seketika, bernafas perlahan-lahan dan diamkan diri seketika. Amalkan setiap hari, supaya kita merasa tenang selalu, lantas membangkitkan sikap yakin diri. Orang yang kita nampak konpiden, biasanya tenang-tenang saja.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

3 langkah bagaimana untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita

Memberi maaf memang mudah tapi nak melupakan habis apa yang orang dah buat pada kita seolah-olah tiada apa-apa, itu agak mencabar.

Dah jadi lumrah agak mencabar melupakan perangai orang yang menyakitkan hati kita. Tapi, jika kita nak berjaya, nak menjadi orang hebat dalam bidang kita sekarang ni dan kita betul-betul nak berubah, kita kena melatih diri untuk melupakan kesalahan orang. Cemana nak melupakan?

Ikuti 3 langkah di bawah:

Langkah 1: Tutup cerita lama, buka cerita baru.

Yang dulu tu, dululah. Lupakan. Yang sekarang, sekarang.

Anggap perangai orang yang menyakitkan hati kita tu sebagai ‘cerita lama’ kerana ia berlaku di masa lepas (masa yang lama) dan sudah pun berlaku. Tak menyumbang pada kemajuan diri kalo diingat selalu.

Kita kena bukak cerita baru di masa kini (masa yang baru) dan elak untuk cakap balik cerita-cerita lama. Jadikannya sejarah hidup sahaja.

Langkah 2: Anggap setiap hari adalah hari yang baru dan tiada kaitan langsung dengan hari-hari buruk yang dah berlalu.

Jangan tarik balik keburukan lalu ke masa kini kerana ia akan mencemarkan kebahagiaan yang kita nak rasai pada hari ini, pada masa kini. Nak berjaya, kita perlu sentiasa bersemangat. Nak sentiasa bersemangat, kita perlu sentiasa gembira. Kita akan jadi tidak gembira apabila kita selalu ungkit balik cerita-cerita di masa lepas, iaitu cerita lama kita. Maknanya, masa depan kita pun tak ada guna kalo macam tu sebab kita selalu ungkit balik cerita yang dah lama. Kesannya, tak majulah kita. Jangan pandang belakang (ingat balik masa lalu) walau seburuk manapun situasi yang berlaku di masa lalu. Masa lalu biarlah kita tinggalkan supaya kita dapat membentuk masa depan yang lebih gemilang buat diri kita. tiap kali ingatan kita terputar balik ke masa lalu, sebenarnya minda kita sedang memerangkap kita. Kita kena menguasai minda, bukan kita yang dikuasai minda melalui mainan emosi kita sendiri.

Langkah 3: Pendirian mesti mau kuat, fikiran kena matang.

Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai oleh rasional, bukan dikuasai oleh emosi. Fikiran kita ni bila dikuasai oleh emosi dan kita pun bercakap jadi agak beremosi, kesannya kita rasa sukar untuk melupakan kesalahan orang yang menyakitkan hati kita, walaupun cuma kesalahan kecil. Untuk mematangkan fikiran, kita kena kawal emosi. Setiap hari, latih diri untuk mengawal emosi dan elak untuk berkata dengan penuh emosi. Kawal rasa nak marah, kawal rasa geram, sakit hati serta perasaan-perasaan lain yang serupa dengannya kerana dengan mengawal semua emosi tu, kita sudah melatih diri untuk sentiasa berfikiran rasional, bukan befikiran emosional.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Baik buruk sangkaan kita membawa kesan tersendiri

Bila kita berjumpa seseorang lalu dalam hati kita teringat balik perkara-perkara buruk tentang orang tu, hasilnya selepas itu kita akan ditemukan dengan situasi yang buruk-buruk. Situasi yang buruk-buruk tu pulak terjadi tanpa disangka-sangka, misalnya kereta kita pancit di tengah jalan yang sibuk, kunci kita hilang, kita dilanda masalah di tempat kerja, ada tiba-tiba jatuh tergelecet lalu mendapat luka, kita terbuat silap yang besar punya kesilapan.

Bila kita berterus-terusan bersangka buruk, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang berperangai buruk, benda-benda yang perkara-perkara buruk. Mesti kita tak nak semua ni berlaku kan sebab membebankan serta membuat kita kurang gembira. Lama-lama kita boleh jadi tertekan dibuatnya.

Bersangka baiklah dalam apa jua keadaan, bersangka baiklah pada setiap orang yang kita lihat, orang yang kita jumpa dan orang yang kita bercakap dengannya. Mengapa? Supaya kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik.

Sekarang, untuk kita keluar dari permasalahan, rasa rendah diri serta ketidakyakinan, mulakan perubahan dengan melatih diri untuk selalu bersangka baik walaupun seburuk manapun situasi, walau seburuk manapun perangai orang yang kita jumpa. Bersangka baik dapat merubah situasi yang berlaku disekeliling kita.

Syaratnya, kita kena terus menerus bersangka baik dan elak untuk bersangka buruk walaupun hanya sesaat, walaupun hanya seketika. Sangkaan buruk yang sedikit akan memadam terus sangkaan-sangkaan baik yang kita bina.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Hadapi kawan atau lawan dengan wajah tenang

Seorang ahli bijaksana berkata, jika kita ingin bergaul secara baik dan sopan, ikutilah petunjuk ini:

1. Hadapi kawan atau lawan dengan wajah yang tenang, gembira, sopan dan rela hati. Elak daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong dan tinggi diri.

2. Jangan terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang lain.

3. Jangan biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak meludah atau berhingus di tempat awam, banyak menguap atau menggeliatkan badan.

4. Usahakan agar dudukmu itu kelihatan tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar yang baik. Jika ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam saja.

5. Jangan bersikap pura-pura.

6. Elak daripada memberitahu sesiapa mengenai harta yang dimiliki kerana jika harta itu sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.

7. Jika berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendah kemampuan orang lain.

8. Jangan menjadikan harta lebih mulia daripada ke hormatan diri.

9. Jika masuk ke majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.

10. Jauhi daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah menundukkan pandanganmu.

11. Jangan suka bergurau dengan cendekiawan dan orang yang kurang cerdik.

12. Jika banyak bergurau senda dalam sesuatu majlis, kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Jika orang ketawakan kita....

Bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan. Selepas itu, kitaa rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila kita berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi kita turun. Kesannya, kita tak bersemangat. Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk kita memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan kita, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian kita!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita. Tak kira kita seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat kita.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan kita, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga. Walau sekuat mana usaha kita mengejar kejayaan, jika kita selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda kita bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa kita sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian kita, kerana ia membuat kita semakin bersemangat serta melatih minda kita supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita kita. Fikir kejayaan, minda kita akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda kita perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk kita semakin rajin berusaha. Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan kita, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Dalam pahit, ada manisnya

Saban hari berbagai kisah yg kita lalui, samada kita lalui sendiri atau dari kisah insan2 yg lain.


Ekoran daripada itu kitalah yg harus pandai menyesuaikan diri dan memilih jalan kehidupan, sebagaimana yg kita inginkan. Jika kita tahu ada ranjau dan duri di tengah jalan, kita boleh meilih jalan lain. Tapi kalau jalan itu juga menjadi pilihan kita, maka bersedialah utk menempuh semua ranjau-ranjau ini. Kadangkala peristiwa atau permasaalahan yg berlaku itu ada baiknya kita menerimanya sebagai satu dugaan, namun sekiranya kita sengaja menempah kedukaan, jangan salahkan takdir sebaliknya salahkan diri sendiri yg tidak tahu menilai antara yg buruk dgn yg baik.

Dunia ini dipenuhi dgn berbagai ragam dan kehidupan. kita sendirilah yg memilih kesepian atau kesedihan. Manusia adalah makhluk yg mudah untuk berasa sepi walaupun mereka sebenarnya hidup di tengah keriuhan alam.

Kita sering menangisi sebuah kematian tapi sukar utk menghargai kehidupan. Kita sering menangis pilu mengenangkan perpisahan sedangkan terlalu banyak pertemuan yg kita sia-siakan. Kita juga kerap ketawa tetapi tak faham apa yg sedang kita ketawakan itu. Malah ramainya di antara kita yg memuja cinta tetapi apabila berlaku perpisahan, hilang semua kebaikan cinta yg selama ini dijunjung tinggi. Jarang benar org bersedia utk berpisah kasih dgn cara yg baik, sebagaimana mereka memulakan sebuah percintaan. Sering kita dengar suara2 yg penuh dgn kebencian terhadap seseorang sedangkan selama ini org itulah yg didewa-dewakan.

Jgnlah mudah berputus asa dan suka memandang sesuatu perkara itu dari sudut keburukan semata-mata, sering mengatakan kehidupan ini adalah satu kepahitan. Sekiranya kita ingin memandang dari sudut lain, byklagi kegembiraan yg boleh kita perolehi dan boleh membuat kita tersenyum, samada ketika kita mengalaminya atau ketika mengenangkannya semula.

Pahit dalam kehidupan itu bukan satu kesalahan, kerana dgn adanya rasa pahitlah kita peka terhadapa sebuah kemanisan. Sama seperti org bercinta, ia tidak mungkin manis sepanjang masa. Kerana dalam cinta ada penolakan, ada pertengkaran, ada kesabaran dan ada perpisahan. Inilah rempah ratus yg membangunkan kita menjadi seorang manusia dewasa akal dan fikirannya

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Mandi sebagai terapi minda separa sedar

Waktu mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang kita mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang kita kata.

Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan. Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika kita berniat mahu jadi insan cemerlang, kita perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban. Baru ada kemajuan!

Ketika kita sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri kita: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas kita selesai mengatakan ayat tu pada diri kita, buka mata. Kita akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri kita. Air yang membasahi tubuh kita akan membuat jiwa kita menyerap kata-kata semangat yang kita ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu. Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedar mudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.

Jadikan rasa bersemangat mendominasi kita. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu kita dan kenangan-kenangan pahit kita. Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati kita. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita. Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...