Monday, April 26, 2010

Jika orang ketawakan kita....

Bila kita buat kesilapan di depan orang, mereka cenderung untuk mentertawakan kita. Tak kira mereka kawan kita mahupun rakan sekerja, silap sikit, mesti kita di ketawakan. Selepas itu, kitaa rasa malu, maruah jatuh dan jati diri menurun. Apa nak buat bila kita berdepan dengan keadaan sebegini?

Cara terbaik, lupakan saja. Memang perit nak dilupakan, tapi kalau asyik di ingat, serta merta membuat motivasi kita turun. Kesannya, kita tak bersemangat. Jadikan ketawa mereka tu sebagai satu cabaran untuk kita memajukan diri, lebih maju dari yang sebelumnya! Hari ni mereka ketawakan kita, biar esok nanti, mereka menyanjung pencapaian kita!.

Selalunya, bila kita berdepan dengan keadaan sebegini, terasa tak bersemangat dan emosi kita down jadinya. Tapi kita perlu lupakan rasa malu tu dan ingat semula matlamat utama kita. Tak kira kita seorang pelajar IPT, pekerja mahupun usahawan, perkara ni tetap berlaku di mana-mana saja. Cara nak menanganinya, latih diri untuk banyak bersabar dan fokuskan kepada matlamat kita.

Bila di ingat saat mereka mentertawakan kita, memang sakit hati, geram, rasa nak marah. Semua emosi tu negatif. Kalau asyik kita ingat, melatih minda kita supaya menarik situasi yang negatif juga. Walau sekuat mana usaha kita mengejar kejayaan, jika kita selalu ingat situasi tersebut diiringi dengan emosi sakit hati, geram, rasa nak marah, kejayaan takkan muncul disebabkan hal tadi. Minda kita bukan menarik kejayaan, tapi menarik situasi negatif yang mengundang kegagalan dan kekecewaan tanpa kita sedari.

Kena latih diri untuk buang rasa geram, sakit hati dan rasa nak marah bila di ketawakan. Lebih baik fokus kepada cita-cita dan impian kita, kerana ia membuat kita semakin bersemangat serta melatih minda kita supaya fokus ke masa depan, iaitu cita-cita kita. Fikir kejayaan, minda kita akan menarik kejayaan. Untuk itu, minda kita perlu bersih dari emosi negatif. Jangan biarkan emosi negatif ni ada, walaupun sedikit.

Penuhkan minda dengan hal-hal kejayaan, seperti kisah orang-orang yang berjaya dan peransang motivasi, agar ia menjadi booster untuk kita semakin rajin berusaha. Kesan daripada tu, walau sekuat manapun orang ketawakan kita, cuma perlu senyum saja kerana ia tidak memberi kesan apa-apa!

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment