Saturday, January 7, 2012

Ayat membuang saka dan membela hantu raya



Sihir Dalam Masyarakat Melayu

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai ilmu sihir. Ilmu sihir pula sering dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyaarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir juga bergantung kepada ke[erluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telor, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir tersebut. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut:

- Hantu Bungkus: mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia
- Langsuir: perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan menggangu
- Jembalang: tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain
- Polong: bagi menghisap darah mangsa

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkan peranan yang paling besar.

Jenis-Jenis Sihir

Patung
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dll yang kemudian diikat pada patung, seterusnya patung itu dicucuk jarum. Pada masa yang sama jampi mentera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

Santau
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

Telur Layang
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Tangkat dan Azimat
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong beserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diresap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis ditujukan kepada mangsanya.

Shir Pembenci dan Kasih Sayang
Shir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di aats kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Cara Mengatasi Gejala Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir sama ada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasinya. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat itu sehingga ia jadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebit adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255,256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah:
1) Surah Al-Baqarah 2: 1-6
2) Surah Al-Baqarah 2: 255-257
3) Surah Al-Baqarah 2: 284-286

Saka (keturunan)
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku sama ada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dikehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah S.W.T bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun, di bawah adalah cara² untuk mengeluarkan saka tersebut, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin berbulan atau bertahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah di bawah. Ia dilakukan sesudah mendirikan solat subuh.
1) Surah Al-Fatihah (Ayat 1-7)
2) Surah Al-Baqarah (Ayat 225)
3) Surah Al-Insyirah (Ayat 1-8)

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat² Al-Quran ini ia akan menjadi darah daging kamu.

Baca setiap hari, jangan jemu kerana ia memakan masa yang lama. Dengan izin Allah, jin (saka) yang berada di dalam tubu kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah S.W.T..InsyaAllah.

Setelah meminum air tersebut secara berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi panas terutama di bahagian tengkuk kerana di situlah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah S.W.T telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu. Itulah kemujarabannya..

TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment