Wednesday, January 18, 2012

Finally...selesai sudah!


Tajuk:
Keberkesanan Kaedah Penyampaian Maklumat/Pengumuman Melalui 'Info UTeM’ kepada Staf di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam Konteks Penyampaian Maklumat.

Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah penyampaian maklumat/pengumuman melalui Info UTeM kepada staf di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam konteks penyampaian maklumat. Responden kajian adalah seramai 185 orang yang terdiri daripada staf-staf di UTeM. Responden kajian ini juga telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan mengikut gred-gred jawatan. Kumpulan tersebut dinamakan kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C. seramai 46 orang adalah responden daripada kumpulan A, 85 orang daripada kumpulan B dan selebihnya seramai 55 orang adalah daripada kumpulan C.


Rekabentuk kajian yang dipilih untuk kajian ini adalah kaedah kualitatif dimana instrument soal selidik dan temubual menjadi pilihan utama dalam mendapatkan maklumat dan maklum balas kajian. Daripada hasil kajian yang telah dijalankan didapati keberkesanan penggunaan Info UTeM sebagai medium untuk menyampaikan maklumat adalah berbeza-beza mengikut kumpulan responden. Sungguhpun secara keseluruhannya ketiga-tiga kumpulan responden bersetuju bahawa penggunaan Info UTeM adalah medium yang sesuai digunakan untuk menyampaikan maklumat atau informasi namun, keberhasilan kajian mendapati responden daripada kumpulan B dan C adalah antara responden yang sering membaca Info UTeM berbanding kumpulan A. Hasil kajian ini juga dapat dijadikan panduan oleh pihak pengurusan UTeM dalam menambahbaik sistem penyampaian maklumat atau informasi kepada staf di UTeM.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

2 comments: