Friday, January 27, 2012

Misteri Rumah Usang

MISTERI RUMAH USANG

S
INOPSIS
Misteri Rumah Usang mengisahkan tentang seorang pelajar universiti yang langsung tidak mempercayai akan kewujudan makhluk halus. Cerita bermula apabila Hamiza pulang ke kampung semasa cuti semester. Sebuah rumah usang yang terletak berhampiran rumah neneknya telah mengubah sikap beliau untuk bersetuju akan kewujudan mahkluk halus. Bagaimanakah rumah usang tersebut mampu mengubah Hamiza?...




Kampung Pinang Sebatang (11.45 malam)
:

Hamiza : Assalamualaikum, Nek! Miza ni. Ada orang kat rumah tak?
(Berulang kali Hamiza memberi salam sambil memanggil neneknya)

Nenek : Waalaikumsalam, sapa kat luar tu?
(Nenek Hamiza menjawab salam sambil menjenguk kepala di luar pintu)

Hamiza : Hamiza lah nek. Cucu neneklah. Baru sampai dari K.L. Dapat bas lambatlah nek, trip yang terakhir pula. Itu yang Miza sampai lewat ni. Maafkan Miza ya, dah ganggu nenek tidur.
(Miza naik tangga rumah sambil bersalaman dengan neneknya)

Nenek : Ya Allah!! Miza cucu nenek!! Kenapa tak bagi tau nenek Miza nak balik?! Bertuah punya budak!!. Nenek tak masak apa pun malam ni, ya lah pasal tinggal seorang je kan. Lapar ke tidak ni? Kenapa tak suruh ayah kau hantar? Kau tak takut ke malam-malam ni balik?

Hamiza : Ayah sibuk nek. Kerja di Universiti memang macam tu. Sekarang ni pun dia tak da kat rumah. Pergi kursus di Port Dickson katanya. Mama kirim salam pada nenek. Alah...apa nak ditakutkan, bukan Miza tak biasa kat jalan kampung ni.!

Nenek : Jangan cakap besar Miza!!! Kau tak perasan ke rumah usang tinggalan keluarga Pak Usop kat simpang depan tadi? Jangan kau toleh belakang, jangan kau tegur apa-apa yang ada kat kawasan rumah tu! Dah! Pergi tidur dulu, esok kita borak lagi, jangan lupa basuh kaki sebelum tidur. Sini tak sama dengan bandar tau!!!

Keesokkan Paginya (Hadapan rumah usang) :
Hamiza berehat sebentar dari berjogging untuk menghirup udara segar sebelum sampai ke rumah neneknya. Tiba-tiba dia terdengar bunyi anak kucing seperti merayu-rayu kelaparan.

Hamiza : Ish, mana pulak bunyi anak kucing ni datang?! Macam lapar je bunyinya
(Miza toleh kiri dan kanan serta toleh belakang. Baru dia perasan dia berdiri betul di hadapan rumah usang yang neneknya cerita malam tadi.)

Hamiza : Mesti anak kucing itu ada di kawasan rumah usang ni. Tidak pun dia terperangkap di dalam rumah tu. Tapi nenek cakap...ah, pedulikan!! Yang penting nyawa anak kucing tu. Entah-entah dah 3 atau 4 hari terperangkap, tidak siapa yang dengar atau peduli. Aku mesti selamatkan anak kucing tu. Kalau ada mak dia, takan anak kucing tu mengiau macam tu sekali!

Tanpa membuang masa Hamiza terus ke rumah usang itu tanpa mengendahkan pesan neneknya, jangan toleh belakang! Rumah itu terlalu usang, di halaman penuh dengan semak samun. Dindingnya yang usang dipanjat oleh pokok yang menjalar hingga ke atap rumah dan berbuai ditiup angin pagi. Puas Hamiza mengelilingi rumah usang itu, namun masih tidak jumpa akan anak kucing yang semakin nyaring bunyinya. Kemudian Hamiza pergi ke hadapan pintu utama yang dihiasi patung harimau yang pelik tergantung dihadapan pintu. Mata patung itu seperti dikorek ke dalam manakala jantungnya macam tersembul keluar! Sungguh menyeramkan keadaan rumah itu. Hamiza memberanikan dirinya membuka pintu rumah tersebut. DAMMM!!!!! Pintu rumah itu terjatuh!! Hamiza terkejut dan berganjak sedikit ke belakang. Bunyi anak kucing semakin kuat!

Hamiza : Miau, miau...mana kau ni?! Marilah keluar. Pintu dah tak da ni. Nanti aku bawa kau pulang, aku bagi makanan yang sedap-sedap sampai kau kenyang. Marilah.!

Bunyi anak kucing semakin kuat dari dalam. 10 minit berlalu, puas Hamiza pujuk anak kucing untuk keluar, namun hampa. Malah bunyinya semakin kuat!

Hamiza : Ini tidak boleh jadi! Aku mesti masuk dalam, mungkin anak kucing tu terperangkap di dalam mana-mana bilik!
(Tiba-tiba dia terasa seperti ada orang menepuk belakangnya, secara spontan dia toleh belakang! Tapi tiada satu benda pun yang ada)

Hamiza : Mungkin daun jatuh tak...tapi kuat pula jatuh kat aku!
(Lagi sekali dia terasa benda yang sama!! Kali ini lebih kuat dari sebelum ini!. Terus Hamiza toleh ke belakang, kali ini dia terus terpandang seekor anak kucing di kakinya.)

Hamiza : Hah, ini pun kau. Mari sini ikut aku balik! Dari tadi aku panggil baru sekarang kau keluar.
(Lantas Miza hendak mencapai anak kucing itu, tiba-tiba anak kucing itu berlari masuk ke dalam perut rumah dan mengiau lebih nyaring dari sebelumnya.)

Hamiza : Eh...mana kau lari pula ni. Nanti aku buat tak tau baru padan muka kau. Hish...menyusahkan aku lah. Dah lah rumah ni seram semacam! Ah...dari tadi tiada apa pun yang berlaku. So, buat apa aku nak takut! Tak pa, kau ingat aku takut nak masuk ya, tunggu...aku datang.

Hamiza yang sememangnya tidak mengendahkan pesan neneknya iaitu Jangan Toleh Belakang, terus masuk ke dalam rumah itu.


Di dalam rumah usang
:

Hamiza : Ish gelapnya rumah ni, nasib baik ada atap yang pecah, masuk juga cahaya sedikit. Ini bilik apa pula, kenapa terang pula? Macam ada lampu je kat dalam.
(Hamiza terpandang sebuah bilik yang tertutup tapi kellihatan cahaya keluar dari celah pintu itu seperti ada lampu di dalamnya yang sedang menyala)

Hamiza menolak pintu itu sedikit. Sah, memang ada lampu di dalamnya. Lalu dia menolak luas pintu itu. Dia terperanjat, kerana ada perempuan tua yang sedang terbaring mengereng di atas katil yang ada di situ. Rambutnya beruban panjang, susuk tubuh sederhana sahaja. Berbaju kurung hitam.

Hamiza : Asalamualaikum, makcik...makcik. Saya Hamiza duduk kat rumah depan rumah sana. Cucu kepada Nenek Murni. Makcik tinggal seorang ke? Makcik sihat ke? Maafkan saya kerana masuk rumah ni tanpa keizinan makcik. Saya ingat tak da orang dalam rumah tadi. Saya terdengar suara anak kucing tadi, itu yang saya masuk cari anak kucing tu. Makcik ni siapa?

Perempuan tua yang sedang tidur mengereng itu tetap tidak bergerak. Hamiza tidak sedap hati. Nadinya berdenyut kuat! Hatinya berdebar-debar. Lalu Hamiza memberanikan dirinya untuk mengejutkan perempuan tua itu, kerana risau mungkin perempuan tua itu tidak sihat.

Hamiza : Makcik...makcik. Makcik sihat ke?
(Hamiza menggoyangkan bahu perempuan tua itu)

Tiba-tiba perempuan tua itu menoleh kepada Hamiza. Hamiza terperanjat besar bila melihat wajah perempuan tua itu!

Hamiza : Eh!! Nenek!!! Apa yang nenek buat di sini? Bila nenek sampai di sini? Bukan ke nenek kat rumah pagi tadi tengah solat subuh masa saya keluar berjogging. Kenapa nenek tidur di sini? Apa yang terjadi ni?

Nenek : Ha....Miza cucu nenek. Bila kau sampai? Kau boleh tanya apa yang nenek buat di sini. Kau tak tau cerita ke rumah kita terbakar 2 hari yang lepas, itu yang nenek tumpang duduk kat rumah sini. Itu pun Wak Dom anak arwah Pak Usop berkeras suruh duduk sini. Ayah kau tak cerita ke? Ayah kau tau ke tidak kau datang sini? Mana beg kau? Datang sehelai sepinggang je ke?

Hamiza : Eh, eh...apa yang nenak merepek ni? Bukan ke saya datang malam tadi. Nenek yang buka pintu. Saya bersalam dengan nenek dan macam-macam yang nenek tanya. Malam tadi saya sampai rumah tu elok je. Nenek bergurau ke?

Nenek : Ya Allah! Miza...bila masanya aku sambut kau balik? Aku duduk rumah usang ni dah 2 hari 1 malam. Aku tidak ke mana-mana pun. Engkau ni biar betul!!!

Hamiza terdiam sejenak. Lalu berlari keluar dari rumah usang itu menuju ke rumah yang dia tiba semalam. Apabila tiba di kawasan rumah itu, Hamiza terduduk. Memang benar kata neneknya. Rumah itu memang terbakar....yang tinggal Cuma kesan abu dan tiang-tiang yang hangus dimakan bara! Jadi, dengan siapa dia berborak malam tadi!! Siapa yang pesan dia agar Jangan Toleh Belakang?!! Misteri yang sukar untuk diungkai. Namun persepsi Hamiza terhadap kewujudan makhluk halus telah berubah.


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

No comments:

Post a Comment