Wednesday, October 23, 2013

Hipertensi menyerang...

Hai semua...
Hari ni aku nak kongsikan sesuatu berkaitan info kesihatan iaitu tentang HIPERTENSI. Kepada yang dah pernah baca tentang Hipertensi boleh jugak baca lagi, dapat refresh semula mana la tau kot² da lupa kan. Kepada yang tidak pernah baca tu, digalakkan membacanya. Ialah bak kata orang pun sebagai pengetahuan untuk diri sendiri, untuk keluarga dan juga orang tersanyang..


Saintisnya Hipertensi tapi bahasa kampungnya tekanan darah tinggi. Hipertensi ni menyerang tanpa mengenal jantina dan usia seseorang itu.

Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga mengidap tekanan darah tinggi. Ia boleh diklafikasikan sebagai penyebab kepada penyakit kronik yang senang dijumpai dan menyerang tanpa disedari.

Tidak ada simptom
Hipertensi datang tanpa diundang dan tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas!!!! kerana apabila menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.

Hipertensi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu hipertensi utama (primary hypertension) di mana tidak ada punca yang boleh dikaitkan, boleh jadi dengan keturunan. Kalau ibu bapa ada darah tinggi kemungkinan besar anaknya turut mendapat hipertensi. Tetapi ada juga orang yang tidak ada keturunan tekanan darah tinggi, tetapi turut terkena.

Hipertensi sekunder (secondary hypertension) boleh berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, dia akan mendapat sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Ini adalah tiga rangkaian penyakit yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian. Penghidap hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan pesakit buah pinggang juga akan menghidap tekanan darah tinggi.

Di seluruh dunia, setiap tahun, berdasarkan statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan hampir tujuh juta kematian yang disebabkan dengan hipertensi. Sama ada sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang atau kelumpuhan.

Gaya hidup tidak seimbang
Ia menyerang tanpa mengira jantina. Dahulu kita beranggapan bahawa, seseorang yang berumur 40 tahun ke atas akan mendapat hipertensi. Sebaliknya, pada masa sekarang, ramai sahaja pesakit tekanan darah tinggi berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ramai yang mengambil mudah mengenai kesihatan diri. Sikap malas untuk bergerak dan bersenam sehingga berat badan mencecah tahap obesiti. Bayangkan dalam jarak perjalanan yang dekat pun sanggup menaiki kereta. Ditambah pula dengan pola pemakanan yang tidak seimbang, gemar menjamah makanan segera yang mengandungi banyak perisa dan mempunyai kandungan garam berlebihan.

Cara untuk mengawal tekanan darah tinggi:
- kawal pemakanan: hadkan pengambilan makanan yang masin
- sentiasa bersenam: orang yang terlampau gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi
- bijak mengawal emosi: jangan biarkan diri tertekan: apabila janting kita berdebar, akan mudah terkena darah tinggi

Wanita hamil mudah terkena
Orang yang mengandung mudah terkena tekanan darah tinggi (hypertensive disease of pregnancy). Sesetengah wanita pada awal kehamilannya akan mendapat tekanan darah tinggi (eclempsia) biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama. Tetapi, tekanan darah tingginya akan kembali berkurangan selepas bersalin.

Jika tekanan darah masih tidak normal berkemungkinan ada sesuatu yang perlu diperiksa secara teliti, contohnya terdapat protein dalam urinnya.

Pregnancy induced hypertension (PIH) adalah istilah perubatan bagi wanita hamil yang menghidap hipertensi. Keadaan hipertensi bagi wanita mengandung boleh dikategorikan sebagai parah/berbahaya, seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami preeclampsia dalam tempoh kehamilannya.

Preeclampsia adalah keadaan wanita hamil yang mengalami hipertensi teruk seperti sakit kepala, gangguan penglihatan, muka yang bengkak, kurang nafsu makan, mual dan muntah. Kekejangan yang terjadi kesan daripada hipertensi boleh menyebabkan eclamsia.

Sekian sahaja untuk dikongsikan bersama. Moga korang semua dianugerahkan kesihatan yang baik dan sehat² sentiasa, Insha Allah. Amin.

nota tersepit:
dalam keluarga korang ada yang mengidap pengakit ni tak? mak ngan abah aku pengidap hipertensi ni....harap² dorang sehat selalu...








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

13 comments:

  1. bahaya penyakit darah tinggi ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lieya..penyakit ni mmg bahaya...juga pembunuh dalam senyap

      Delete
  2. ya betul wanita hamil ni suka fikir yg bukan bukan.

    bukan tak mo fikir tapi ada saja la yg terlintas nak berfikir. pas tu mulalah dok ganggu emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. normal la tu wantie..da namanya org pompuan kan

      Delete
  3. terima kasih sangat lah berkongsi ilmu ni, rasa macam nak cilok paste kat blog pun ada... heheheh... parent sy ada sakit darah tinggi, jadi saya pun sangat berisiko. takutlah sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole je kakNi..copy aje xde halnyer...
      tula sama la sy ni..berisiko jugak..

      Delete
  4. aruah mak sy dulu ada penyakit ni..harapnya tidaklah turun pada kami adik beradik

    ReplyDelete
  5. Bagus info ni...sy baru tau....
    TQ sharing Ena...harap2 nya kita semua di pelihara dr penyakit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..aminnn..harap gitu la atie

      Delete
  6. Thanks for sharing sis. Mak saya baru jer di sahkan mengidap darah tinggi nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wcome fiza. yeke? harap² mak fiza tak apa²

      Delete
  7. kita semua kena jaga kesihatan dr mula... nak2 bila dah tau ada ahli keluarga yang ada darah tinggi...

    ReplyDelete