Tuesday, December 31, 2013

How do i look?


Psttt! Psttttttttttttttttt!..haluuuu..oOoo ooOOooo...jangan la lari, korang memang tak salah masuk umah pun. Meh la....sila....sila masuk. Betul la nih, memang ini umah Ena's Stories. Iyeee...tak tipu punye...betullllll

Mula² terfikir-fikir nak tukar rupa paras blog, alih-alih TERdesign header baru. Ni semua gara² semangat tahun baru, konon la kan!. Buka saje rupa paras aku tukar, warna dia pun aku tukar jugak. Bak kata orang nak tukar angin. Jemu jugak asik tengok yang sama bertahun-tahun ye dak? Kali ni warna yang aku pilih adalah hitam dan putih. Tak pasti la nape aku pilih warni ni. Tapi bila tgok balik macam ok je...ok la kot!

Aku tak sure la rupa paras yang baru ni ok atau tidak. Buat masa ni, ni lah the bess aku boleh buat. Poning ooo nak dok godek lama², lagi² nak tukar coding bagai. Silap langkah "pup" semua hilang begitu aja. Sudahnya aku gak yang melopong huh!...hakak takmo amik risiko. Slow² la godeh². 

Aku persembahkan kembali rupa paras lama blog aku. Pasti ada yang rindu nantikan...hahahaha..


sekarang percaya tak? ni buktinya korang tidak salah masuk umah...heeeee



header baru yang bakal korang tengok sampai bosan nanti..hahahaha
lukisan ni hasil air tangan aku jugak...tak sure la jadi ke tidak muka aku tu...


Akhir kata dari aku:


Selamat Menyambut Tahun 2014
Sentiasalah mencari keredaan Allah dalam mencapai segala yang dihajati pada tahun baru ini.
Rezeki adalah milik DIA, maka nikmatilah dengan penuh kesyukuran.
Terima kasih Allah kerana masih memanjangkan umur kami hingga ke tahun ini, kau perluaskanlah peluang untuk kami agar dapat melangkah lebih dekat kepadaMU moga kami layak mencium wangian syurga milik mu Ya Allah...amin....








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, December 30, 2013

Bakal menutup tirai 2013


Esok, last day kita berada di tahun 2013. Pantas sungguh masa berlalu. Bagaimana dengan pencapaian kita di tahun 2013 ini? Adakah sama seperti tahun-tahun sebelum ini? Adakah lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini? Adakah lebih sukar dari tahun-tahun sebelum ini? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Jika ia adalah tahun terbaik bagi kita, perlu dikekalkan dan diteruskan dalam menempuh tahun seterusnya. Tapi jika ia merupakan tahun yang sukar bagi kita, perlulah berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai apa yang dihajati. Wahhh tetiba aku dah macam pakar motivasi plak. Ceh! salah channel rupanya...tukar..tukar...teeettt!!

Hai..hai..haiiii...korang! apa khabar? haaa..ni baru betul channelnya...dah lunch ke? Korang lunch ape arini? Aku lunch sempoi je arini. Pekena jambu cecah asam...fuh! layannnn beb! 

jambu yang disponsor oleh member opis...
abaikan pisau yang sama nak interprem tu ye..

suka tak tgok gambo ni?
ni la buku skolah si kakak...cantikkan...warna-warni
kuning, purple, oren, biru...bersemangat tgok kan..
kakak bakal menempuh Tingkatan 3, tahun yang perlu banyak diberi perhatian..

ni pula buku sekolah si adik...
adik bakal menempuh Tahun satu....

Persiapan bagai dah ready, tunggu hari nak skolah aje. Lepas ni fasa huru-hara waktu pagi aku akan bermula kembali. Menempuh kesesakan di kawasan sekolah. Setelah setahun berehat dari kesesakan ini, kini aku akan beraksi kembali...huh!..sabo kan ajela...



nota tersepit:
terpikir² macam nak tukar rupa paras blog sempena tahun baru ni....tapiii..macam tak sempat aje nak design...korang tak nak tukar baju baru blog ke?








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, December 25, 2013

Kenangan di Pangkor dan Cameron

Jalan sudah, balik pun sudah...tapi entry yang tak sudah² lagi nak buat. Ntah ape yang dok sibuk sangat ntah sampai tak sempat nak buat entry pun aku tatau....ayat mengata diri sendiri la nih!..ngeeeeee

Sebenarnya masalah nak transfer gambar yang buat aku tertangguh²kan entry ni (alasan la tuh). Tak sure la henpon aku ke yg problem atau SD card aku yang problem. Dok transfer² tak lepas-lepas, last² aku bosan aku biarkan aje dulu. La ni try lagi..baru boleh...huh! Sebenarnya masa jenjalan aritu ada bawak camera, tapi lagi suka ambil gambar guna henpon, gini la jadiknya...tiba-tiba rasa nyesal plak tak guna camera aritu. Tak banyak pun gambar yang aku ambil, tapi at least adalah jugak kenangan yang boleh disimpan dalam blog aku nih. 

Aku bertolak dari KL menuju ke Lumut jam 4.00pagi pada 8 Disember 2013. Target nak sampai pagi kat lumut. Alhamdulillah hampir jam 9.00 aku sekeluarga selamat sampai di Lumut. Selepas breakfast, beli tiket feri kami bergerak jam 10.30 pagi ke Pulau Pangkor. 

Jom layan je gambar kat bawah ni yang akan menceritakan segalanya....cewah!

dalam perjalanan, atas feri...adik la orang yang paling tak sabar nak pergi Pangkor..
masa ni, memang kitaorang dah letih, muka bengkak tak ckup tido, dengan tak mandi pagi...hahaha
tapi hubby la yang paling letih, drive jauh kan....
kerana semangat nak berjalan, semua itu parking tepi..nanti boleh qadaq bila sampai kat hotel nanti

Tempat kami menginap selama 3 hari 2 malam, Coral Bay Resort

malam pertama kami di sini ada aktiviti candat sotong...tapi kiteorg tak mencandat pun...
dok tegok orang mencandat je....ni la rupanya sotong hasil mencandat..besar kan..

hari kedua bersiap sedia untuk aktiviti snorkeling

kami diberi life jacket bagi langkah-langkah keselamatan..
si kakak dengan sunglassnya...

kami sewa bot dan dibawa melawat 7 pulau/tempat yang ada di sekitar Pulau Pangkor ni..
aku dan adik dok belakang sekali...bersedia! sekejap lagi bot akan pecuttttt..!!

family abang ipar aku...kami pergi bersama-sama
...pergi beramai-ramai kan lebih meriah ye dak...

seperti yang aku beritahu tadi, kami dibawa untuk melawat beberapa pulau di sekitar Pangkor ni
antara pulau yang menarik perhatian adalah  Pulau Kepala Penyu

Pulau Kepala Buaya
ada satu lagi Pulau Ular Tidur tapi bila dok cari gambar dia takdak pulak...mybe terdelete kot..nampak sangat aku bukan professional photographer...eh memang pun!

akhir sekali kami ditinggalkan di pulau ni...untuk operasi bersnorkeling
kami ditinggalkan lebih kurang 3 jam kemudian akan dijemput semula oleh bot tadi

wahh...seronok betul si adik

ramai orang bercuti disini...bot agak sesak masa ni

si kakak bersnorkeling sepuas-puasnya...lepas tu siap la sun burn kulit...seb bek tengah cuti skola...
aku? aku mana? hehehe...aku tak bersnorkeling pun sebab mengalami masalah wanita...tak sesuai nak terjun laut...tugas aku dok tengok dorang bersnorkeling dan menjadi paparazi sekejap sesambil tu lepak dengan biras bergosip-gosip isu semasa keluarga..heeeee aktiviti menambah pahala...kahkahkah


ok da time...moh naik adik...ckup-ckup la tuh
sebenarnya masa ni adik da nagis-nangis sebab kaki dia dah berdarah
dalam laut tu byk batu karang...tajam-tajam, ramai yang luka kena batu karang tu
seb bek ayah ada dok layan dia...

tak cukup kat laut, sambung lagi mandi kat kolam di hotel bila balik dari snorkeling
mandi la korang sepuas-puas ye..aku nak naik bilik nak mandi dan tidozzzzzz

da penat berenang sebelah pagi, petang da terasa lapar
aktiviti mengisi perut pun bermula, kami sewa van untuk ke pekan mencari kedai makan
selepas itu kami dibawa oleh pemandu van melawat tempat bersejarah iaitu Kota Belanda di Kampung Teluk Gedung. 

bergambar sikit-sikit...sebab masing2-masing dah kepenatan

masa ni adik buat hal..merajuk, tapi aku sempat gak tangkap gambar dia
merajuk dengan kakak sepupu dia, ape sebabnya aku pun maleh nak ambik port..hal budak-budak

post mengerrrdikk kejap! pinjam topi adik...heeeee
ni bergambar dalam van, masa ni otw nak ke kilang makanan kering
sopinggg timeee...borong sakan hakak!
soping punye pasal sampai lupa nak amik gambo...adusssss
abis soping, kami pun balik hotel.

Hari ke-3, masa untuk balik...sayonara Pangkor...
tengah dok tunggu feri sampai la ni...nak balik semula ke Lumut
Alhamdulillah sepanjang pergi, berada di sini dan perjalanan balik cuaca panas langsung tidak hujan, syukur sangattt, terima kasih Allah atas nikmat yang engkau pinjamkan ini...syukur.

ku sangkakan percutian aku da berakhir di Pangkor..
rupa-rupanya besambung ke Cameran Highland..sudah! aje giler!..
ni semua idea abang ipar aku la..otw balik dari lumut masuk je highway jalan tak berapa jauh akan jumpa simpang ke Tapah...terus dia ajak kitaorang sejuk-sejuk kan badan pulak.
Pasal penginapan, ditanggung beres! dia dah kawtim ngan member dia yang ada homestay kat Cameron
dalam kepala aku dok pikir, pasal baju...ckup ke? nasib baik ada soping baju anak-anak dan hubby kat pangkor, leh guna nanti cuma nak cari lagi selai tuk aku kat cameron nanti...tiba-tiba aku terpikir berita tentang banjir di Cameron...selamat ke kat situ nanti...?? aku tak habis pikir lagi kereta dah menuju ke Cameron...Tawakal aje la..

sesampai di pekan Tapah, kami singgah sekejap tuk beli sedikit barang-barang masak untuk makan malam
sementara tu, hubby ngan abang ipar sempat interview penduduk di situ tentang bencana banjir tu
menurutnya, banjir tu tidak kena pun bahagian Cameron...dia lebih di bahagian Pahang...jangan risau katanya tak ada apa-apa...bila dengar dia cakap macam tu terus aku rasa legaaaaa....senyum legaaaa...dahhh ape lagi jom panjat Cameron!

Malam tu masak-masak aje di homestay, lepastu kiteorang keluar pergi bersoping di Pasar Malam Brinchang. Beli stokin dan sarung tangan sebab terlalu sejokkk...cari t-shirt jugak...ni la padahnya bila perjalanan yang tidak dirancang, tak prepare apa-apa kan.

Tidur semalam aje, esok selepas sarapan, kami bersiap untuk berangkat pulang ke Melaka. Sebelum tu kami bersoping dulu beli jagung, jeruk asam, keledek dan sewaktu dengannya.

Opssss sebelum tu...sebenarnya kami singgah ke kilang Teh Boh...sambil menikmati Teh Boh yang Umpphhh!!! rugi kalau gi Cameron kalau tak pekena Teh Boh. Aktiviti wajib disini jugak adalah soping teh Boh. Wajib tuh! ngehngehngeh!
aummm menikmati sepuas-puasnya.....

bergambar sekejap...

beraksi dan bergaya...


sebangai kenangan..

Sesudah itu kami berangkat pulang. Hubby ajak balik awl sikit, target nak sampai Melaka sebelum maghrib sebab esok da start kerja....TAPI..TAPI...TAPI...semasa perjalanan pulang, kami hampir-hampir menuju ke tol sungai besi, kakak ipar aku call...means kakak myhubby la call mintak kami datang ke Hospital Universiti KL, ada hal emergency....kami terpaksa singgah ke KL dulu....kami stay sekejap di hospital sehingga selesai, selepas solat maghrib di hospital barulah kami berangkat pulang ke Melaka.

begitulah al-kisahnya percutian akhir 2013 kami sekeluarga....sekian...



percutian ni merangkap anniversary yang ke 15 tahun perkahwinan kami...Alhamdulillah..








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, December 19, 2013

Persoalan manik: Nak menjawab kejap!


Entry aku hari ini, khas untuk menjawab persoalan. Terasa bersalah sangat² membiarkan persoalan ini tidak berjawab setelah sekian lama. Beribu² ampun dan maaf aku pohon kepada yang bertanya dan masih menanti jawapannya...ada ke yang masih menanti? atau da majuk da ngan aku?? alahaaiii sekali lagi aku menyusun sepuluh jari (macam hari raya plak!) mohon ampun dan maaf..bukan sengaja tak menjawab, tapi sejujurnya aku baru perasan soalan² yang ada di komen² yang ditinggalkan. Sejak berbulan kebelakangan aku agak kebizian sehingga blog aku terabai terumbang ambing tak terbela. Sekarang ni ada kelapangan baru la aku sempat mengecheck blog serta komen yang ada. Begitu la situasinya yang sebenarnya. Bukan disengajakan..harap korang tak kecik ati dengan aku yer...

Meh aku jawab satu persatu persoalan korang ye..InsyaAllah.. aku jawab setakat yang aku mampu dan mengikut pengalaman yang aku ada ye...

Soalan daripada Miss SoLeHah:
Assalamualaikum kak ena...cantik sgt crumble ni...nak tanya ni...kalau nak jahit manik crumble ni kena gune dua jarum ke macam jahit manik bracelet? Tu yg sy curious nak taw. Hope akak dpt share. Thanks kak ena.

Wasalam Miss SoLeHah. Untuk menjahit crumble ni kebiasaannya akak menggunakan satu jarum sahaja. Lebih mudah.


Soalan daripada nuzul akmal Hashim:
salam...nak tanya ni...setelah buat tulang yang tengah tu..yang tambah manik kat tepi² tu kena jahit satu persatu manik ke?...atau boleh jahit 2,3 manik sekaligus?..

Wasalam nuzul, untuk tambahan tepi² tu mana² pun boleh. Ikut pada saiz pearl/manik tu. Kalau pearl yang besar² jahit la satu² je agar lebih kemas, kalau manik atau gunakan pearl yang kecil boleh masukkan 2/3...ikut kepada kesesuaian.





Persoalan di atas adalah tentang pen Aiko. Ok adik² sekelian, untuk pen aiko yang digunakan untuk melukis ni, boleh didapati di kedai² yang menjual manik. Ada pelbagai jenis dan warna. Kalau kat pasaraya tak sure ada ke tak sebab tak pernah beli kat situ.


Soalan daripada Nurfazlinda Ismail:
lamak tertinggal nk tanye...kalau nak bagi die nampak ala² 3d iaitu timbul...lepas kita jahit sebaris manik ikut lakaran kite (base)...kite buleh tambah manik² lain DIATAS jahitan manik base tadi tu ke, tujuan bagi die nampak tinggi siket....uhuhu tah akak paham tah tak soklan linda neh ;)..

Rasanya akak paham persoalan linda ni, means nak manik tu nampak lagi menonjol ke atas kan kan kan..Sebenarnya bole je nak buat macam tu, jahit je di atas² manik tu nampak ia lebih timbul. Ikut kreativiti dan selera tukang jahit..takdak masalah...



Soalan daripada Effa Dandelion:
sis, yg sis lukis pakai apa ye?? boleh hilang tak nanti kesannye

Untuk pengetahuan Effa, lukisan tu sis gunakan pen Aiko. Memang pen ni khas untuk melukis di kain. Pen ni juga ada pemadannya di belakang (macam ala² pensel ada pemadan di belakang tu). Bole padam kalau tersalah lukis. Dan, jangan risau, kesan dia memang boleh hilang bila dibasuh...dan sebenarnya warna pen ni pun tidak kekal lama, 2,3 ari dia akan beransur hilang dengan sendirinya....magic tak? heeeeee


Soalan :
Sy bru nak memulakan cube2 jahit manik2 pearl crumble...Saya xde basic menjahit manik pon cume ade la basic jahit tangan..kat mane ye nk dptkan manik pearl yg mcm u tunjuk 2 ...ade ke kt kdai peralatan menjahit biase? biase yg murah2 nk beli d mane? hrp dpt penjelasan..^ ^

Kepada yang bertanya, pearl² ni biasanya sy dapatkan di kedai² manik. Kedai² peralatan jahit manik pun ada jugak jual, tapi pilihan sangat terhad...tp depend jugak...ada yg meriah maniknya, ada yg terhad. Pearl pun ada byk jenis. Glass pearl adalah yg paling mahal dan tahan lasak. Kalau yg rege murah takut nnti warna dia cepat luntur, tak digalakkan la. Glass pearl agak berat, kalau tak suka boleh beli yang jenis ringan punya. Tapi kalau keliru tatau nak pilih yang mana, boleh tanya pada tuan kedai yg mana lebih elok digunakan. Dorang mesti akan bantu...ok, untuk tambahan, kalau nak pilih manik pula, pilih manik dari jepun, ia tahan lasak dan warna akan kekal lama berbanding buatan cina...warna akan luntur bila dibasuh.


Soalan daripada Armimah Alwi :
mcmne nk buat bracelet yg campur manik kecik 2 ye...sy nk cuba buat tp x tau teknik yg betul...

Cuba Armimah rujuk tutorial DISINI. Ni jahitan bracelet yang bercampur dengan manik² kecil. Harap² ia dapat membantu untuk mendapatkan teknik menjahit campuran manik dan pearl.



Soalan :
Boleh x post cara jahit daun kaedah manik 3D?

Untuk jawapan ini, terlebih dahulu nak mohon maaf sebab untuk jahitan manik 3D ni memang saya tak pandai buat. Masih dalam proses belajar. InSha Allah kalau dah tau nanti saya sharekan bersama yer.

Diharapkan dengan jawapan² di atas terjawab setiap persoalan yang diberikan. Tapi kalau rasa kurang jelas dengan jawapan yang aku berikan..habaq mai no!. Lastly, thanks kepada yang bertanya. Peace Yo!







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, December 13, 2013

Tips bila kereta ditenggelami banjir

pic: ciluk google


Salam Jumaat semua. Hari ini aku bersiaran kembali setelah puas bercuti..huhuhu. Ok, nak kongsikan sesuatu tips, apa nak buat bila kereta kita ditenggelami air. Aku terbaca tips ni dari email yang diforwardkan oleh kawan...so, rasanya baik juga kalau aku sharekan kepada kawan² kat blog ni untuk panduan kita bersama.

Kereta tenggelam akibat banjir? Pertama, Jangan sesekali menghidupkan enjin kereta!. Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Tambah² dalam musim banjir ni.

Bala datang tanpa mengira waktu dan kadang² kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda beharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelamkan air.

Jadi, jangan risau, ia masih boleh digunakan sebenarnya selepas banjir. Mula² periksa kereta anda dulu. Sekiranya keseluruhan kereta anda ditenggelami termasuk enjin dan bahagian dalam kereta JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA...INGAT TU!!...DIULANGI, JANGAN SESEKALI HIDUPKAN ENJIN KETERA..!

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen² bengkel atau kereta penunda. Sebabnya, supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. (ooo..camtu rupanya)

Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1,000 hingga RM1,500 bergantung kepada jenis kereta, kuasa kuda dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan untuk mengarahkan minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7,000) (mak aiiii mahaiii tuhhh!)

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membali kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektrik kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi, beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, December 6, 2013

Akhirnya...


Pulau Pangkor
pic: ciluk google

Dok pening² nak pikir mana nak bercuti hari tu, at last keputusan telah diambil, lokasi terpilih adalah Pulau Pangkor...yeeehaaaaa!!!...Aku suka, hubby suka, anak² pun suka, so takde masalah. Last aku ke Pulau Pangkor ni 9-10 tahun yang lalu. Lama bangat!!! mesti da banyak berubah sekarang ni kan. Tak sabar rasa nak ke sana. Yang paling tak sabar sebenarnya nak soping makanan laut "kering" kat situ...hohohohoho..Urusan booking hotel pun dah selesai. Macam biasa serah kepada cik Hubby. Cuti pun dah apply, Alhamdulillah boss dah approved. Sekarang ni tunggu hari nak pergi aje. Ahad ni aku akan bertolak pergi. Stay sana 3 hari 2 malam. Cukup la kan.....lelama sangat nanti boring. Sebelum tu, esok hari Sabtu, naik KL dulu, stay KL satu malam. So, dari KL dah tak jauh sangat perjalanan nak ke Pulau Pangkor nanti. Ok la tu kan.Ok guys...doakan perjalanan kami sekeluarga ye. Harap² hujan tidak berpanjangan sepanjang perjalanan nanti. Aminnn... 






TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...