Friday, December 13, 2013

Tips bila kereta ditenggelami banjir

pic: ciluk google


Salam Jumaat semua. Hari ini aku bersiaran kembali setelah puas bercuti..huhuhu. Ok, nak kongsikan sesuatu tips, apa nak buat bila kereta kita ditenggelami air. Aku terbaca tips ni dari email yang diforwardkan oleh kawan...so, rasanya baik juga kalau aku sharekan kepada kawan² kat blog ni untuk panduan kita bersama.

Kereta tenggelam akibat banjir? Pertama, Jangan sesekali menghidupkan enjin kereta!. Kita tidak tahu bila musibah menimpa. Tambah² dalam musim banjir ni.

Bala datang tanpa mengira waktu dan kadang² kita tidak sempat pun nak selamatkan harta benda beharga. Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelamkan air.

Jadi, jangan risau, ia masih boleh digunakan sebenarnya selepas banjir. Mula² periksa kereta anda dulu. Sekiranya keseluruhan kereta anda ditenggelami termasuk enjin dan bahagian dalam kereta JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA...INGAT TU!!...DIULANGI, JANGAN SESEKALI HIDUPKAN ENJIN KETERA..!

Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen² bengkel atau kereta penunda. Sebabnya, supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer. Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. (ooo..camtu rupanya)

Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1,000 hingga RM1,500 bergantung kepada jenis kereta, kuasa kuda dan pilihan pengguna.

Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar. Biasanya sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.

Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan untuk mengarahkan minyak kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.

Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7,000) (mak aiiii mahaiii tuhhh!)

Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membali kereta baru, waranty kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektrik kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

Jadi, beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya. Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air.








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

33 comments:

  1. ooooooo macam tu.... baru tahu :)

    ReplyDelete
  2. refresh info ni...tq...kesian mereka tu kan.

    ReplyDelete
  3. gud info ..ada gak dgr org bagi tips mcm nie.tq

    ReplyDelete
  4. Ooo bru tau...slme nih tau drive je..hahaha

    ReplyDelete
  5. ohh bagus info ni Ena... boleh di guna pkai pada kereta kengkawan kita yg kena banjir .. moga dpt membantu kan..:)

    ReplyDelete
  6. Maknanya kena keringkan dulu la semua isi perut kereta tu ya.. Jenuh la nak tolak kereta tu.. Kena banyak bersabar... huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena tunggu dia kering sepenuhnya...kena la jemur kan kereta tu kan..

      Delete
  7. sangat berguna tips ni untuk mereka yang mengalami masalah ni.

    ReplyDelete
  8. angkut je atas kereta tunda, selamat..hee

    ReplyDelete
  9. so masa bila boleh hidupkan enjin?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidupkan setelah kereta betul² kering..luar dan dalam..

      Delete
  10. info yg sangat membantu pada yg terlibat dgn banjir...mg kenderaan rakan rakan semua dapat digunakan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap gitu la....moga kereta mereka dpt di gunakan semula

      Delete
  11. proses dia sama jugak mcm handphone kita masuk air tu kan. hehehe nice sharing .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...lebey kurang gitu la wantie...pastu simpan henpon tu kat dalam beras semalaman supaya cepat kering

      Delete
  12. sgt stuju.... drg mmg g2... ikot suka hati jer... tq yer 4 the tips... kami ms msk air dolo.... bior kering dlm sminggu baru la nk wat pe pe...

    ReplyDelete
  13. kesian kpada mreka yg terlibat..semoga tips ni dapat membantu mereka..

    ReplyDelete
  14. Info bagus ni... Salam kenal.. ^__^

    ReplyDelete
  15. barang2 elektrikpun gitu gak, biarkan ia kering betul2 baru ON

    ReplyDelete
  16. moga ada jalan buat mereka. bagus perkongsian ini

    ReplyDelete