Tetapi, pandang kepada nilai-nilai positif yang ada dalam dirinya. Walau sejahat cemanapun orang tu, pedih cemana pun dia sakitkan hati Anda, fokus kepada sifat-sifat baiknya. Sebab, fokus kepada keburukan yang dia lakukan pada Anda, hanya akan membuat Anda tidak bersemangat, lemah longlai, down jadinya serta merta.
Semua orang ada sikap baik, juga sikap tak baik.
Pandang yang positif, dalam yang negatif. Fokuskan pada yang positif saja, walau pada zahirnya dia seorang yang lebih banyak berfikiran negatif, kuat mencaci dan mempamerkan muka yang tak menyenangkan.
Orang yang berfikiran negatif biasanya suka memandang buruk pada kemajuan orang lain. Anda maju sikit, dia jeles, berdendam, bahkan benci dengan Anda. Dalam hatinya penuh kata-kata negatif, caci maki dan bintik-bintik hitam yang sukar dibuang.
Bila jumpa orang camni, pedulikan dia. Biarkan dia sendiri, terkurung dengan pemikirannya dan dunianya. Selagi dia tak kacau Anda atau mencederakan Anda, biarkan saja dia.
Tetapi, teruskan dengan usaha Anda mahu mencapai matlamat kejayaan.
Lupakan saja dia, walaupun dia muncul setiap hari di depan mata Anda. Relaks, be in control, but donno saja..
Tak semua orang bukan melakukan apa yang saya sarankan ni. Sebab, tak semua boleh melupakan apa yang menyakitkan hati mereka, atau memaafkan kesalahan orang yang membuat mereka sakit hati tu.
Anda perlu kuat semangat, Anda perlu berani menjadi pemaaf.
Orang-orang berjaya, mengambil keputusan untuk melihat pada aspek-aspek positif saja, hanya yang positif lalu mengelak dari melihat yang negatif (walaupun sedikit). Elak sejauh yang mungkin, lupakan selupa yang mungkin.
Sekali lagi, ia memerlukan semangat yang kuat. Kuatkan jiwa, kuatkan minda.