Thursday, March 28, 2013

Kerana mulut badan binasa..


selamat tengahari semua..
lunch ape tadi?..mesti makan sedap sedap kan..
aku bakal lunch nasi lemak bungkus ni je ha..

rejeki yang tak di duga..orang bagi kat opis tadi
jap jap lagi makan kot...
sebenarnya lama sungguh tak menjenguk sini
sejak badai kebizian melanda diriku ini..
dan lama jugak tak jenguk umah korang...
pelan pelan aku kayuh perahu ke sana nanti k...
harap² korang jangan kecik ati yer...mintak ampun mintak maap byk²

so hari ni curi curi masa nak buat entry yang tertangguh...citer minggu lepas (ada ke patut!)
al-kisah si adik bibir berdarah dan pecah semasa di taska...
minggu lepas, sebelum start coti sekola....seperti rutin aku ambil dia lepas abis kerja
tiba tiba aku tengok dia da stanby ngan cikgu dia kat luar taska
aku pun park kete then trun..tgok dia da nangis nangis
tengok baju da penuh darah..rupanya bibir dia dah berdarah
cikgu dia pun terangkan ape yang berlaku..
sebenarnya dia bergaduh dengan sorang kawan dia..lelaki (ank aku kwn ngn lelaki rupanya)
budak lelaki ni...dorang panggil "Abang"...berumur 7 / 8 tahun gitu la..aku pun tak pasti
kirenya lebih tua dar ank aku...adik baru 6 tahun
menurut cikgu taskanya...
memula terjadi..dorang ni main main sama sama..
pastu main perang perang mulut...(si adik ni pun leh tahan becok mulut dia..)
pas da perang perang mulut memasing da benggang antara satu sama lain
sesi tarik tarik rambut berlaku..
lepas tu...Abang tu tolak si adik kena dinding terhantuk sekali mulut dia
nahh....amikk...pecah n berdarah la...


pic ni di ambil sehari selepas kejadian..


dalam situasi begini...
aku takleh salahkan Abang....
sebabnya..anak kita pun kite tak tahu nakal dia mcm mana semasa di taska..
tak adil nak di salahkan satu pihak aje kan
apa yang aku leh beritahu si adik..
esok pergi sekolah...jangan kawan dengan Abang ni lagi..
beritahu dia "mama kite tak kasi kawan ngn awak lagi "
bukan aku nak ajar anak aku supaya benci orang tapi aku just nak mengelakkan kejadian ini berulang lagi..
lepas tu adik bole jawab ape tau?
"mama..macam mana kalau Abang kata dia minta maaf?"...(bijak gak dia..leh terpikir mcm ni)
aku pun ajar dia jawab begini: "kite maafkan awak..tapi kite takleh nak main main sama awk lagi, mama kite tak bagi"...
hahaha..ok tak bagi jawapan mcm ni?..ok la ek.?...
ni lah padahnya..kerana perang mulut..badan yang binasa..perang kat sabah ntah bila nak abis tuh?




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Tuesday, March 19, 2013

Licinkan Kulit dgn Pasir Kucing..hah?


Pertama kali mendengarnya, memang pelik dan geli tetapi tahukah anda bahawa pasir yang dikhaskan untuk kucing "menunaikan hajat" sebenarnya boleh membuatkan kulit wajah cantik dan sihat...

Fakta ini turut dipersetujui beberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan yang mendapati bahawa pasir tersebut mengandungi bentonit - iaitu sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa.

Menurut kajian saintifik, bentonit memainkan peranan penting dalam memberikan kesan kulit wajah yang bersih, lembut serta mampu mengecilkan pori-pori. Apabila dicampurkan dengan air, komponen tersebut akan menghasilkan sebuah 'tindakan elektrik', yang membolehkannya menyerap dan membuang toksin.

Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah pasir yang bersih dan masih belum digunakan.

Campurkan pasir tersebut (sebanyak dua sudu besar sudah mencukupi) bersama satu sudu besar air dalam sebuah mangkuk. Pastikan pasir yang digunakan bewarna kelabu dan tidak mengandungi bahan wangian kerana kandungan sedemikian boleh mengakibatkan radang kulit.

Anda juga mempunyai pilihan untuk mencampurkan sekali agar-agar/cairan dari lidah buaya, setitik minyak pati ros/kamomil ataupun jus buah limau untuk menghindarkan jerawat dan kulit berminyak.

Campuran tersebut kemudiannya dipanaskan di dalam mikrogelombang selama 20 saat agar mudah larut. Suhu yang sedikit hangat itu juga berfungsi untuk mengembangkan pori-pori wajah, agar nutrisinya mudah untuk diserap di samping dapat membersihkan pori-pori.

Setelah disapu, biarkan campuran tersebut kering di wajah selama 15 minit sebelum dibasuh. Hasilnya, anda akan mendapati kulit wajah yang begitu lembut sekali dan jika diamalkan kulit anda pasti menjadi licin.


nota tersepit:
seb bek aku takde bela kucing...kalu ada dgn kucing² tu sekali aku pasirkan muka dia...hahaha
korang ada bela kucing tak? nanti bole beli pasir tu lebih² sikit untuk kegunaan sendri ye dak?








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Saturday, March 16, 2013

Oh si anai-anai...

huh! lama betul tak datang bertandang kat sini
sejak dua menjak ni agak kebizian sikit
seminggu jugak tak menjenguk kat sini
semakin berhabuk dan bersarang dah blog aku nih
biar la berhabuk asalkan jangan diserang anai-anai udah
itu lah yang berlaku kat stor umah aku nih

hujung minggu lepas
semasa aku bukak stor nak ambil barang
tiba-tiba aku ternampak tanah-tanah banyak kat keliling pintu
aku terus panggil hubby suh tengokkan
dia kata anai-anai da buat sarang kat stor aku
fuh! sudah! jangan dia merebak satu rumah sudah
dan dan tu jugak hubby terus keluarkan barang then letakkan minyak gas kat sarang sarang yang ada
tak cukup minyak gas minyak itam kereta pun dia redah letakkan jugak
dengan harapan anai-anai tu mati dan tak buat sarang lagi

 
semalam bila balik kerja..hubby dok jengah stor semula
tengok anai-anai tu masih bekerja keras buat sarang semula
ni da takleh jadik!...takut melarat satu umah
tadi hubby call tukang ubat anai-anai nak suh tegok kan
dia da datang tgok kan stor aku...
then dia kata next wek hari sabtu baru dia datang masukkan ubat
esok dia tak dan nak buat sebab dia cuti...
harap harap lepas ni anai-anai tu mati bersama angkatan dia
bahaya jugak ada anai-anai nih....silap aribulan leh roboh umah
walaupun umah batu dia mampu meranapkan dalam diam...huh!
 
 
nota tersepit:
ni pelan-pelan merangkak BW kat umah korang pulak...jangan risau aku tak bawak anai-anai k..hehehe
 


TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Saturday, March 9, 2013

Pemandangan Menyakitkan Hati!

sakit hati...sakit mata..eh segala bagai la sakit
bila tengok pemandangan camni..

tgok tu...siap ada tampal tampal lagi
 
 
"sakit hati kite dibuatnya"
 
 
haaa...ni la hasil air tangan si adik melakar dinding bilik dia...
berseni la sangat tangan ko yek
dalam diam ko buat kerja eh!
sebenarnya aku baru je perasan akan lukisan pemandangan pantai ni..
korang ada nampak macam pantai tak?
hahahahaha..memang takde pun..
aku dok mengemas bilik aritu....
biasa aku dok kemas2 jarang2 pandang pada dinding nih!
ntah macam mana aku pun tutup la pintu bilik ni masa dok mengemas
sebabnya nak membentang tikar rotan yang baru aku beli...
bila ku selak sahaja pintu itew...terus ku terpandang pemandangan pantai ini
lepas tu terus ku pandang pada sekeliling dinding lain...
ternyata bukan pantai aje yang ada...hutan, sawah, gunung ganang semua ada...
adoiiiii....rasa nak mengamok pun ada...tapi ku tahankan je jebattttttt!!!!
da nama budak2 kan...memang tak sah kalau tak conteng dinding nih
tapi dulu masa si kakak kecik2 dulu dia tak pandai menconteng2 nih
tapi si adik ni lebih kreatif rupanya...huh!
 
cat telah kusediakan...bila nak mula operasi nih?
 
hari ni aku terus ajak hubby cari cat...
nak cat semula dinding bilik adik...
kali ni aku pilih warna pink....nampak la girl girl sikit kan...wpun sbenarnya dia tak tido kat bilik ini tetapi dia slalu lepak kat sini sebab nak tgok TV ngan main permainan dia...
dan kali ni aku beli cat yang kilat tu...kalau ada conteng2 ke, ada kotor tu mudah dilap je..
mari kite benteras gejala ini beramai2...


nota tersepit:
kat umah korang ada pemandangan pantai camni tak?
 
 
 
 



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Friday, March 8, 2013

Tragedi yang Tragisss...

Tatkala aku dalam kegembiraan..
Tatkala aku dalam kebahagiaan..
Bahagia bersama-sama orang yang tersayang..
Bahagia bersama-sama orang yang menyayangiku..
Mengecapi kebahagian yang pastinya tidak akan berulang lagi..
Kegembiraan siang membawa ke malam..
Kegembiraan malam membawa ke pagi...
Kegembiraan hari ini membawa ke esok...
Kegembiraan ini akan ku kenang sehingga akhir hayatku..
NAMUN!...kegembiraan itu telah mencemburi aku!
Mengapa? mengapa mesti kau lakukan aku sebegini???
ewahhh..bermadah² plak tetiba..
saje² nak test....karat ke idak otak nih..hahahaha

oklah..sebenarnya nak citerkan satu tragedi yang berlaku
bukan tragedi oktober k....(sedap lagu nih!)
tetapi..tragedi berlaku ketika di Cameron Highland aritu
hari terakhir nak berangkat balik ke Melaka...
sesudah subuh aku dikejutkan dengan...

tayar kereta aku telah DIPANCITKAN....
bukan satu tau..tapi KEEMPAT-EMPAT tayar sekali..

nom. plat kereta bahagian hadapan kereta aku telah DICABUTKAN..

SEBAB APE?
ANGKARA SIAPA?
mesti ini yang berlegar² dalam pikiran korang kan?

ok..meh aku citer kan....
perkara ini aku sedar waktu pagi bila bangun dari tido..
kebetulan anak buah aku yg sama² pergi ke CH ni keluar berjogging lepas subuh
bila dia balik terus singgah bilik aku then beritahu kereta aku da jadi canggini...
aku and hubby terkejut beruk!...eh takmo la beruk..terkejut orang la...lawo sikit
kami bergegas turun tengok kat park kete bawah apartment yg aku tinggal...
aku cam biasa la..menjalankan operasi detektif aku..ambik gambo aje kejenye...
orang pompuan kalau bab kete mmg tak pandai sangat...pandai bawak je
aku serah sebulat²nya pada hubby untuk in charge..
ketika ini tahap marah dia mengalahkan air yg mendidih atas dapur
rasanya da selari dengan gunung berapi yang bakal meletop bila² masa
nasib baik ada abang dia dan anak buah serta cucu² dia yang menenangkan dia dan membantu dia
siapa pun kalau kena mesti marah kan...bagun pagi tiba² tengok kerete kite da jadi camni
tayar pancit..plat kena cabut tatau kemana dicampakkan...sebab tak jumpa

ok...gini...appartment yg aku duduk ni punya parking agak terhad
sampai semua parking penuh giler...sehinggakan tengah² jalan pun orang parking
mungkin kerana cuti yg panjang (cuti CNY) ramai yang memilih bercuti di sini
puas da aku dan hubby bertawaf berkali² mencari tempat parking..
tapi takde tempat yang nak di parking sampai la terjumpa satu tempat ni...
berdekatan dengan parking peribadi iaitu parking untuk owner apartment yg sememangnya tinggal di sini
last² kami buat keputusan park aje kat sini...TETAPI...kami BUKAN park dalam petak parking dia k
tapi park DI LUAR belakang kotak parking dia...dan kami masih memberi ruang agar owner tu boleh masukkan kereta dia bila dia nak parking nanti...
thats mean aku ada ambil SEDIKIT ruang laluan dia sahaja...
MUNGKIN la...cara kami ni..tak boleh diterima oleh owner tersebut dan 
MINGKIN dia mengandaikan kami telah memBLOCK parking dia...
dah MUNGKIN (aku tak berani nak tuduh) dia marah dan buat keputusan kena kan kereta aku sebegini rupa...andaian aku aje k...

so ini lah penjelasan dari pihak aku...dari pihak dia aku tak tau la...hati orangkan bukan kite tau
kami tahu siapa owner dia tu..dan kami tahu mana satu pintu apartment dia..
cuma kami tak mahu besar²kan cerita SEBAB tujuan asal ke mari untuk bercuti bukan nak cari pasal kan
dan aku sedar...ini juga mungkin dari kesilapan diri sendiri kerana mengambil mudah hal² untuk parking nih
oleh itu..kami pakat² la bukak satu persatu tayar kereta then pergi pam semula tayar tu...
memang agak mencabar ketika ini sebab seluruh jalan kat CH ni jem memanjang
memakan masa yang agak lama untuk selesaikannya...
akhirnya berkat kesabaran yang ada...jam 12.30tgh semuanya selesai..
kami pun terus berangkat turun dari CH untuk pulang ke Melaka...
TETAPI..ada satu lagi masalah...tau apa dia??
kereta aku takde plat number...risau la plak kena tahan polis
kami terus mencari mana² kedai kereta untuk buat plat nom. yang baru
TAPI MALANGNYA semua kedai tutup sebab PUBLIC HOLIDAY..adusss
sekali lagi kami di uji....maka dengan itu...di sini kreativiti yang sangat² tinggi diperlukan
nak tahu ape yang kami telah lakukan??..cer tengok kat bawah nih...!


canggih tak?....guna kertas kotak...buat plat nom. sementara
kreatif tak?..hahahaha


kasi tulis cantik² tau...
tulis pakai marker pen aje dek non oiii....

jadi..begitu lah al-kisahnya tragedi tragisss yang telah meninpa aku sekeluarga
sebenarnya nie merupakan kali ke - 4 aku menjejakkan kaki ke CH ni
tapi ia seperti menjadi KALI TERAKHIR untuk aku jejak kaki kat sini
rasa SERIK plak tiba²....




nota tersepit:
manusia rambut sama itam..tapi hati hanya tuhan sahaja yang tahu kan...
tentang perkara ini...cuma yg boleh aku kata kan "hari ini hari aku...esok² lu pikir la sendri.."
moga Allah murahkan rezeki ORANG ITU dan mengampunkan dosa ORANG ITU...amin..






TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Thursday, March 7, 2013

Redeemkan aje!


semalam ada member emailkan kupon nih!

bila baca je..rupa²nya semalam tarikh last tuk redeem...
terus aku print...malam tadi jugak aku suh hubby gi redeemkan..

bila dia balik...bawak 2 bungkusan camni..

tudia...setelah dibuka...ni la dinner aku malam tadi
3 set pizza (3 perasa berlainan) dan 4 mangkuk sup...dengan harga RM38 sahaja
memang jimaaaatttt sangatttttt!!

pagi tadi masuk kerja..tiba² tgok atas meja ada ni..

huh! pizza jugak!..
sape bagi?
rupa²nya ada member opis yang bagi..
smlm selepas aku dapat email kupon nih aku fowardkan kat bebudak opis juga
pagi ni ada rejeki tuk aku rupanya...Alhamdulillah..
ni namanya sharing is caring..tq Yat...




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, March 6, 2013

Adakah anda begini??


hahahahahaha....
macam betul je pic nih!...
tang makan burger besaq tu...takde la...
tang makan coklat tu cam sama jer...<('.'<)
korang sama tak cam gambo nih?..


nota tersepit:
owang lelaki any komen?....pengalaman wife ke...adik ke..kakak ke....mak ke...ngeeee



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, March 4, 2013

Teh Boh!

sambung kembali kisah jalan2 di Cameron Highland..
kali ni lokasi terpilih adalah melawat Teh Boh..
jom layan gambo je la yer...

ketika perjalanan pergi..
memang jem ketika ini....
dengan faktor jalan yang sempit, kereta yang nak pergi dan yang nak balik
berselisih antara satu sama lain....sama2 membantu memberi laluan
kadang2 kereta terpaksa berhenti dengan masa yang lama kerana menunggu turn untuk bergerak

aktiviti sampingan aku dan anak2...ketika jem...
bergambar sambil menanti....
ambil gambar pemandangan sekeliling....juga aktiviti ketika jem..

berkat kesabaran dan tolak ansur semua...
akhirnya aku sampai juga di Teh Boh Sungei Palas nih..
bergambar untuk kenangan dulu..

nabila, kakak, nadia dan adik...

setelah melangkah masuk....kakak dan hubby bergambar dahulu

nampak plastik merah tu?...aku baru je bersoping teh di sini...
satu tuk mak
satu tuk mak mertua
satu tuk mak lang
satu tuk biras
satu tuk diri sendri...bla bla bla
kite kalau jalan² selalunye bukan soping tuk diri sendri
tapi banyak membeli tuk sedara mara aje kan.....

seterusnya menuju ke kilang memproses teh..

proses²nya...2nd stage...1st stage terlupa nak tangkap gambar..

teh yg sedang diproses..intai dari tingkap tepi je

antara mesin yang digunakan..

tentang makmal menguji teh

ni lah makmalnya..

terus lompat ke stage 4....stage 3 tak jumpa gambo dia..

stage yg ke 5...

sesudah habis melawat
sambung bergambar lagi...kakak dan ayah..

aku pun sibuk jugak

aku pun tatau ape yg cuba aku lakukan ini!..

sesudah itu...kami membelek sejarah² kewujudan kilang BOH nih..

J.A Russell...pengasas pertama..ni lah wajahnya..
encem tak?
melawat sudah...membaca sudah...
kini masa tuk istirehat....

WAJIB pekena teh kat sini....

sebelum balik...sempat bergambar beramai²....
family aku dan family abang ipar aku...
aku tukang tangkap gambo... huhuhu

 




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Sunday, March 3, 2013

Segmen: Follow Sambil Tutup Mata By Lia Abdillah

aku di tag oleh Nazayiena Ayiena
tq very much dear..
so arini petang2 minggu ada kelapangan...aku join segmen ni...

click pada banner untuk join
 
cane tuh nak follow sambil tutup mata tu ek?..hehehe
ok....aku tag kat semua yang rajin nak join...tq..
 
 





TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...