Tuesday, March 19, 2013

Licinkan Kulit dgn Pasir Kucing..hah?


Pertama kali mendengarnya, memang pelik dan geli tetapi tahukah anda bahawa pasir yang dikhaskan untuk kucing "menunaikan hajat" sebenarnya boleh membuatkan kulit wajah cantik dan sihat...

Fakta ini turut dipersetujui beberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan yang mendapati bahawa pasir tersebut mengandungi bentonit - iaitu sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa.

Menurut kajian saintifik, bentonit memainkan peranan penting dalam memberikan kesan kulit wajah yang bersih, lembut serta mampu mengecilkan pori-pori. Apabila dicampurkan dengan air, komponen tersebut akan menghasilkan sebuah 'tindakan elektrik', yang membolehkannya menyerap dan membuang toksin.

Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah pasir yang bersih dan masih belum digunakan.

Campurkan pasir tersebut (sebanyak dua sudu besar sudah mencukupi) bersama satu sudu besar air dalam sebuah mangkuk. Pastikan pasir yang digunakan bewarna kelabu dan tidak mengandungi bahan wangian kerana kandungan sedemikian boleh mengakibatkan radang kulit.

Anda juga mempunyai pilihan untuk mencampurkan sekali agar-agar/cairan dari lidah buaya, setitik minyak pati ros/kamomil ataupun jus buah limau untuk menghindarkan jerawat dan kulit berminyak.

Campuran tersebut kemudiannya dipanaskan di dalam mikrogelombang selama 20 saat agar mudah larut. Suhu yang sedikit hangat itu juga berfungsi untuk mengembangkan pori-pori wajah, agar nutrisinya mudah untuk diserap di samping dapat membersihkan pori-pori.

Setelah disapu, biarkan campuran tersebut kering di wajah selama 15 minit sebelum dibasuh. Hasilnya, anda akan mendapati kulit wajah yang begitu lembut sekali dan jika diamalkan kulit anda pasti menjadi licin.


nota tersepit:
seb bek aku takde bela kucing...kalu ada dgn kucing² tu sekali aku pasirkan muka dia...hahaha
korang ada bela kucing tak? nanti bole beli pasir tu lebih² sikit untuk kegunaan sendri ye dak?








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

34 comments:

  1. eh kucing tu duduk lepak atas pasir tu, punggung dorang boleh licin tak? muahahahahaha

    ReplyDelete
  2. huwaaaa nk lagi mujarab guna pasir kucing dh guna tu huwawawa :P

    ReplyDelete
  3. Tak pasal2 kucing kita mai terhegeh2 kat kita....pelik tengok tuan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha yela...dia pelik apsal pasir tempat dia membuang ada kat muka tuan dia..

      Delete
  4. Ok...nak cari pasir kucing lah nnt ☺☺

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Hehehe...samala...terkenang kenang hasil buangan kucin tu nnti ek!

      Delete
  6. bagi free pun tak nak buat.mcm2 kajian la diorg ni. mesti akan ada yg buat sebab nak cantikkan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sudah pasti nik...depa nih asal leh cantik je depa buatnye!

      Delete
  7. Replies
    1. Samala bunda...sy pun baru tau lepas bc kisah ni...

      Delete
  8. hah? biar betoi ena...kalau ambik pasir si bulat and si nyer untuk buat rawatan ni, marah pulak depa nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula orga...jgn lupa mintak permission tau...nnti ngamuk depa!

      Delete
    2. ena..anto mailing adress dekat bulatnyer@yahoo.com, ado sesuatu yang tersembunyi nak diposkan nanti :)

      Delete
  9. hmmm..pelik memang pelik...tak mungkin ku lakukan nya..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala kite raudzah...tak sanguuupppp aiiii...

      Delete
  10. assalamualaikum ... ish , baru tau . nanti bila beli pasir kucing , mcm nak try ... berani ker ... hahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...hehehe mesti tak berani kan kan kan

      Delete
  11. haha..habis cepat la stok pasir kucing di pasaran, jgnlh sampai ada yg guna recycle plk..huhuu.

    ReplyDelete
  12. owhhh.. alkisahnya... baru tahu.. hihihihi.. bagos ni.. lepas ni save bajet..

    ReplyDelete
  13. erk! tak sanggup den nak buek..haha..
    baik guna beras goreng jadi masker...hehe:)

    ReplyDelete
  14. mat aleh ni mmg macam2..klu kita bau taik kucing pun dh tak sanggup,ni nak tampalmuka dengan pasir kucing mmg tak arr..betul la mmg macam pengotor pun ada

    ReplyDelete
  15. mak aih.. tapi rasanya tak mampu kot nak beli pasir tu. dengar cerita mahal...

    ReplyDelete
  16. rasanya tak sanggup den.....nak buat kerja2 macam nie he heee....

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ena...kalau ada gunakan pasir kucing tu x apa juga kalau x ada susah juga nak belinya...

    ReplyDelete
  18. wah baru tau..takde bau ker???hehehe

    ReplyDelete
  19. kalau ada depan mata x sanggup nak buat kot..hehe..sebab duk imagine kucing beyak atas tuh

    ReplyDelete
  20. kita tak bela kucing.. malas nak jaga kucing... hehe

    ReplyDelete