Monday, October 28, 2013

i'm sooooo sleepy...


pic: ciluk dari google

hari yang paling mencabar bagi aku pergi kerja hari ini
mana taknye bekerja berpakejkan mengantuk, letih, badan lemah², kaki lenguh²
huh! dok jeling jam dari masuk sampai la ni
tak sabar nak tengok jarum jam duduk kat nombor 5
letih yang amat..!
semakin aku pandang pc semakin mataku mengecil hampir² terlelap weiiii!!
nak buat kerja pun takde mood!
kapla ni pun tak stabil je rasa...adoiiiii
last last aku amik keputusan baik aku jenguk blogku ini
ada pekdahnye dari dok menahan mata nih!
ceh! alasan ek! wat keje ngantok
baca blog tak ngantok!
bahahahaha...
ni nak panjang²kan kaki melangkah rumah korang
lama tak menjenguk..mesti ada yg da majuk ngn aku kan kan kan..hehehe







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, October 23, 2013

Hipertensi menyerang...

Hai semua...
Hari ni aku nak kongsikan sesuatu berkaitan info kesihatan iaitu tentang HIPERTENSI. Kepada yang dah pernah baca tentang Hipertensi boleh jugak baca lagi, dapat refresh semula mana la tau kot² da lupa kan. Kepada yang tidak pernah baca tu, digalakkan membacanya. Ialah bak kata orang pun sebagai pengetahuan untuk diri sendiri, untuk keluarga dan juga orang tersanyang..


Saintisnya Hipertensi tapi bahasa kampungnya tekanan darah tinggi. Hipertensi ni menyerang tanpa mengenal jantina dan usia seseorang itu.

Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga mengidap tekanan darah tinggi. Ia boleh diklafikasikan sebagai penyebab kepada penyakit kronik yang senang dijumpai dan menyerang tanpa disedari.

Tidak ada simptom
Hipertensi datang tanpa diundang dan tidak mempunyai sebarang simptom seperti penyakit lain. Tetapi awas!!!! kerana apabila menyerang ia akan berfungsi sebagai penyebab utama kepada penyakit berbahaya lain seperti angin ahmar atau strok, sakit jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang iaitu Chronic Renal Failure.

Hipertensi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu hipertensi utama (primary hypertension) di mana tidak ada punca yang boleh dikaitkan, boleh jadi dengan keturunan. Kalau ibu bapa ada darah tinggi kemungkinan besar anaknya turut mendapat hipertensi. Tetapi ada juga orang yang tidak ada keturunan tekanan darah tinggi, tetapi turut terkena.

Hipertensi sekunder (secondary hypertension) boleh berpunca daripada penyakit buah pinggang dan juga penyakit endocrime. Jika seseorang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, dia akan mendapat sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang dan kelumpuhan. Ini adalah tiga rangkaian penyakit yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian. Penghidap hipertensi boleh menyebabkan penyakit buah pinggang dan pesakit buah pinggang juga akan menghidap tekanan darah tinggi.

Di seluruh dunia, setiap tahun, berdasarkan statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarkan hampir tujuh juta kematian yang disebabkan dengan hipertensi. Sama ada sakit jantung, kegagalan fungsi buah pinggang atau kelumpuhan.

Gaya hidup tidak seimbang
Ia menyerang tanpa mengira jantina. Dahulu kita beranggapan bahawa, seseorang yang berumur 40 tahun ke atas akan mendapat hipertensi. Sebaliknya, pada masa sekarang, ramai sahaja pesakit tekanan darah tinggi berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ramai yang mengambil mudah mengenai kesihatan diri. Sikap malas untuk bergerak dan bersenam sehingga berat badan mencecah tahap obesiti. Bayangkan dalam jarak perjalanan yang dekat pun sanggup menaiki kereta. Ditambah pula dengan pola pemakanan yang tidak seimbang, gemar menjamah makanan segera yang mengandungi banyak perisa dan mempunyai kandungan garam berlebihan.

Cara untuk mengawal tekanan darah tinggi:
- kawal pemakanan: hadkan pengambilan makanan yang masin
- sentiasa bersenam: orang yang terlampau gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi
- bijak mengawal emosi: jangan biarkan diri tertekan: apabila janting kita berdebar, akan mudah terkena darah tinggi

Wanita hamil mudah terkena
Orang yang mengandung mudah terkena tekanan darah tinggi (hypertensive disease of pregnancy). Sesetengah wanita pada awal kehamilannya akan mendapat tekanan darah tinggi (eclempsia) biasanya dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama. Tetapi, tekanan darah tingginya akan kembali berkurangan selepas bersalin.

Jika tekanan darah masih tidak normal berkemungkinan ada sesuatu yang perlu diperiksa secara teliti, contohnya terdapat protein dalam urinnya.

Pregnancy induced hypertension (PIH) adalah istilah perubatan bagi wanita hamil yang menghidap hipertensi. Keadaan hipertensi bagi wanita mengandung boleh dikategorikan sebagai parah/berbahaya, seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami preeclampsia dalam tempoh kehamilannya.

Preeclampsia adalah keadaan wanita hamil yang mengalami hipertensi teruk seperti sakit kepala, gangguan penglihatan, muka yang bengkak, kurang nafsu makan, mual dan muntah. Kekejangan yang terjadi kesan daripada hipertensi boleh menyebabkan eclamsia.

Sekian sahaja untuk dikongsikan bersama. Moga korang semua dianugerahkan kesihatan yang baik dan sehat² sentiasa, Insha Allah. Amin.

nota tersepit:
dalam keluarga korang ada yang mengidap pengakit ni tak? mak ngan abah aku pengidap hipertensi ni....harap² dorang sehat selalu...








TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, October 9, 2013

Bracelet lagi..


entry hari ini berkisah manik lagi yer
harap² jangan boring yer...
nie jahitan manik bracelet...pada yang biasa menjahit mesti tau
pada yang tatau tu..meh aku citerkan sikit
jahitan bracelet ni mempunyai teknik jahitan tersendiri
ada yang menjahit menggunakan 2 jarum dan ada yang menggunakan 1 jarum
kebiasaan jahitan ini jarum akan dimasuk²kan ke dalam pearl/manik
keluar masuk jarum pastu matikan..haa..camtu la lebey kurang
tak paham jugak?....takpe takpe nnti paham bila tgok tuto kat bawah ni
ok..untuk jahitan ini aku gunakan 1 jarum jer...
meh kite tgok step by step cara jahitannya...

camni la hasilnye nanti..kombinasi 2 warna
tapi ikut kreativiti masing²...bole ditambah warna jika mahu....terpulang
yang penting step jahitan dia kena tau yer...

pearl 4mm warna purple

pearl 2mm warna hijau

buat dua garisan besar 1.5cm

start jahit...keluarkan benang dulu pada garisan pertama/atas

Step 1
masukkan 1 pearl purple dan 2 pearl hijau
masukkkan jarum dlm kain bawah pear hijau yg kedua (mcm dalam gambar)

keluarkan jarum dan masukkan jarum kedalam lubang pearl hijau yang kedua

Step 2
masukkan pula satu pearl hijau dan satu pearl purple

masukkan jarum dalam kain, keluarkan sebelah pearl purple

masukkan pula jarum ke dalam lubang pearl purple pula

ulang Step 1 dan Step 2 sehingga habis hingga dapat satu barisan

buat step yang sama juga untuk garisan kedua/bawah

setelah siap dua garisan, masukkan jarum pada pearl hijau no.2

Step 3
masukkan satu pearl purple, satu pearl hijau dan satu lagi pearl purple

selitkan lagi jarum dalam pearl hijau yang kedua yang seterusnya

akan dapat macam ni nanti..

teruskan Step 3 ni sampai habis

sekarang kite buat untuk line bawah pula
sama macam yang atas...keluarkan jarum pada pearl hijau yang kedua

Step 4
masukkan sebiji pearl purple

selitkan lagi jarum dalam lubang pearl hijau yang ada kat atas dia tu

keluarkan jarum dari lubang pearl hijau tadi

masukkan lagi sebiji pearl purple

selitkan lagi jarum dalam lubang pearl hijau yang ada di bawahnya

keluarkan jarum tadi

lakukan Step 4 ni sampai habis.....
mudah je kan...
cuma kena fahamkan keluar masuk jarum tu jer..
Insha Allah akan menjadi...
pada semua selamat mencuba...







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Monday, October 7, 2013

Kesalahan ketika memakai minyak wangi

adakah korang penggemar perfume?
aku? aku pun penggemar perfume jugak...
tapi aku jenis tak suka bertukar² perfume..
setia pada yang satu...sejak dulu kini dan akan datang..
walaupun kini banyak perfume berjenama mempunyai bau lagiiii meletop..
aku tetap tak nak tukar...tatau la nape...Lancome tetap di hatiku!
rasa macam da serasi dengan bau perfume nih..
eh..eh..tapi hari ni aku bukan nak cakap pasal perfume aku..
tapi nak kongsikan bersama beberapa kesalahan ketika kite memakai perfume
bila aku baca ni..baru aku sedar banyak kesalahan yang aku da buat rupanya..

pic: ciluk dari google


Antara kesalahan-kesalahannya adalah:

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih dari satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan  bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejas keharmonian bau.

3. Pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan pada kulit yang 'panas' dan pempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4. Pakai dari atas ke bawah......aku slalu gak pakai camni..huh!
Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bau perfume tersebut.

5. Pakai perfume di baju......halamak! aku pun spray kat baju.. 
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? kali ini pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Menggosok perfume selepas pakai.....dulo² ada gak buat..skrg da takdak da
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan jangan digosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perfume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.




TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

Wednesday, October 2, 2013

Tutorial: Manik lipan..

seperti yang telah dijanjikan..
hari ini aku nak buat tutorial tentang manik
aku tatau ape nama manik ni...tapi aku gelarkannya Manik Lipan
sebab ape?...sebabnya bentuk dia macam lipan....
hahaha..suka ati aku je kan? ahhh!!..belasahkan jela....

gini la ghupernyer...ada mcm lipan tak?
kalu korang tau ape nama jahitan manik nih habaq mai no...
dan kepada sesapa yang dah pernah buat jahitan nie...
abaikan je tuto aku ni ye..heeeee

jahitan ni agak finin sikit kalau dilihat tuto berbentuk gambar
tapi kalau totu dalam bentuk video atau secara praktikal senang je sebenarnya..
kena beri tumpuan sepenuhnya di atas tuto aku ni yer..
jangan berpaling walau sesaat tau!...ingat tuh!..hehehe
so...macam biasa benda pertama yang perlu kita ada sebelum menjahit adalah manik..

aku gunakan pearl 4mm..dua warna...oren dan biru
satu lagi manik jepun warna oren...manik jenis bulat² tu tau..

lakaran kedudukan manik dan pearl
kite jahit satu persatu Line...start dari Line 1 hingga Line 7

Step 1 (Line 1)
mula² buat satu garisan dahulu di hujung baju..ikut suka la nak lebar mana
yang ni aku buat 1.5 inci dari hujung baju

Step 2
mulakan menjahit...masukkan pearl pertama warna oren

Step 3
masukkan jarum kebawan kain di nombor 1 then keluarkan semula jarum dari bawah dekat nombor 2

Step 4
setelah itu masukkan semula jarum ke dalam pear...mcm dalam gambo atas ni

Step 5
masukkan tiga manik jepun dan satu pearl oren

Step 6
masukkan jarum ke bawah kain di nombor 1 
dan keluarkan semula dari bawah pada nombor 2

Step 7
keluarkan jarum seperti dalam gambar ni tau...

Step 8 
selepas itu, masukkan semula jarum ke dalam pearl

ulang Step 5 hingga Step 8 sampai habis

Step 9 (Line 2)
setelah siap satu Line 1...buat untuk Line 2 pula
keluarkan jarum dari salah satu pearl oren

Step 10
masukkan 3 biji manik

cucuk kan jarum ke dalam lubang pearl yang di hadapan
yang ni tak perlu cucuk jarum pad kain tau..just menyusup je ke dalam pearl

akan jadi macam nila....masuk lagi 3 manik

lakukan cara yang sama...masukkan jarum ke dalam pearl

buat step yang sama untuk Line 3

Step 11 (Line 5)
seterusnya untuk buat Line 5 dengan mengeluarkan jarum pada manik yang kedua pada Line 3
masukkan 7 biji manik...masukkan semula jarum ke dalam manik yang kedua seterusnya pada Line 3

rujuk rajah ni untuk lebih jelas
harap² korang tak pening yer...tapi rasanya mcm da start pening kan? hahahaha

buat step yang sama (Step 11) untuk Line 4

Step 12
untuk buat line 6 dan 7....
keluarkan jarum pada manik nom. 4 di line 5/6
masukkan satu manik, satu pearl biru dan satu manik lagi

Step 13
setelah itu masukkan jarum kat manik nom. 4 yang seterusnya

Step 14
cucuk jarum ke bawah kain
keluarkan sebelah pearl biru

masukkan pula jarum ke dalam pearl biru dan dua manik di hadapannya
ulang Step 12 - 14 sampai habis

rujuk Rajah ni untuk lebih faham yer..

ok habis daa...sekian untuk hari ini...selamat mencuba..!







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...