Wednesday, November 27, 2013

Eh..pening ar!


Eh..pening ar!...satu fenomena dah ha..gara² maharaja lawak mega la nih. Mana² aku pergi ayat tu mesti disebut². Tapi, cam seronok je...macam syok je...macam bess je...macam enjoy je bila disebut². Sebenarnya aku tengah pening nih. Pening tatau nak bercuti ke mana. Cuti tahunan aku tinggal 11 hari lagi. Macam gatai je nak habiskan...hahaha. i like!

-Sabah-
pic: ciluk dr google

Sebenarnya aku berhajat nak bercuti ke Sabah tahun ni. Sampai sekarang aku masih belum pernah jejakkan kaki ke Sabah. Kesian aku kan...Tapi disebabkan ada masaalah yang tak dapat dielakkan, aku terpaksalah bercuti dalam semenanjung aje tahun ni. Memang tahun ni kalau nak bercuti bajet dalam negeri aje wah macam la slalu gi luar negara ek? hahaha...Ok la kan, janji bercuti. Kat Malaysia ni banyak tempat² menarik yang boleh kita nikmati. Sekarang ni yang membuatkan aku pening ialah aku tatau mana nak pergi....adoiiiii...MESTI ke kena pergi percuti??..erkk

-Cameron Highland-
pic: ciluk dr google

Kalau cakap bercuti dalam semenanjung ni...pilihan pertama aku mesti Cameron Highland. Ni la satu² tempat yang paling aku suka...tatau la kenapa...aku rasa sangat² tenang kalau berada di Cameron ni. Biarlah berkali² pergi aku tetap tak jemu. Tapi tu la..korang tau² jela apa yang menimpa Cameron Highland baru² ni. Tu yang membuatkan aku terbatal nak ke situ.

-Pulau Langkawi-
pic: ciluk dr google

Bila Cameron Highland terkeluar dalam senarai, aku terpikir nak pergi ke Langkawi pulak. Tapi hubby malas nak drive jauh, dia ajak naik flight aje..hmm..ok takpe bole di adjust..letakkan dalam senarai teratas dulu...

-Genting Highland-
pic: ciluk dr google

Tapi!...tapi!...tapi!...anak² da bising² nak pergi Genting Highland. Ermmm ini aku tak berapa suka. Tapi kesian kat anak² pulak. Aku pun seriau gak nak ke Genting ni. Kan baru² ni banyak kes kemalangan kat situ. Tapi tula, kita cuma merancang Allah yang tentukan. Kita berdoa banyak² agar perjalanan kita sentiasa di bawah lindungan Allah. Insha Allah. Ok..ni simpan dalam senarai jugak...2nd choice!


-Legoland-
pic: ciluk dr google

Hmmm..yang ni pulak pilihan si adik. Dok bising² ngan ayah dia. Sebenarnya baru je pergi Legoland ni. Bulan 5 aritu dah pergi tapi si adik tetap nak pergi lagi. Budak² memang la suka memain kat sini. Yang jadi masalah sekarang ni adalah si ayah dah berjanji ngan si adik.."kalau hotel legoland siap kita pergi lagi ye". Sudah!..pergi berjanji buat ape? kan dah dituntut! Tapi tula bila tengokkan rege bilik hotel dia untuk semalam je dah RM800-900 seram mak nak! Mahai kemain! Macam membazir pun ada. Ermm..nak masuk dalam senarai ke tidak nih? Masuk dalam senarai simpanan je kot...

-Pulau Tioman-
pic: ciluk dr google

Ni pulak pilihan my hubby. Pulau Tioman. Pantai yang cantik. Tapi aku lak yang tak setuju. Aku da serik pertama kali dulu pergi. Aku tak suka perjalanan bot dia yang lama. Dari darat nak ke pulau makan masa hampir dua jam. Letih akak! Kalau pergi naik flight..aku setuju!..hehehe..tapi..bila di rujuk pada kawan² waktu² begini tak sesuai nak pergi Tioman ni. Faktor cuaca dan tiupan angin laut memang tak sesuai. Ok selamat...terus dikeluarkan dari senarai..


-Cerating-
pic: ciluk dr google

Cerating pun cantik. Pasir dia halus. Kalau pergi sini boleh terus ke Terengganu borong keropok ikan. Aku pun suka..hubby pun suka. Boleh diletak dalam senarai juga..3rd choice! Perjalanan makan masa 5-6 jam dari Melaka. Eh..ni tepi pantai jugak. Kena survey cuaca dulu. Takpe masuk dalam senarai dulu...

Haaa..tengok tu, aku taip entry ni pun aku jadi makin pening...lagi banyak aku taip kang lagi aku pening...ape lagi korang yang dok membaca ni ha..pun sama pening gak nanti....eh pening ar!. Ok lah takmo dok cakap banyak...just nak tanye je kat korang...korang bercuti ke mana tahun ni? mana tau leh dapat idea atau lokasi baru dari korang yang boleh aku pergi. Ce citer! ce citer..!...heeeee







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

18 comments:

  1. anak2 la yg happy...silap2 diaorg countdown...horeeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang la yg paling sewonok nak berjalan² ni..

      Delete
  2. Salam ena...lamanya x singgah sini> ena sihat? nak g jenjalan kat sabah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam intan...sy sehat...alhamdulilah....tu la intan, hajat ati nk g sabah tapi tak kesmpaian lagi..sob sob sob

      Delete
  3. sabah bahhh..
    hehe.. memang pening kan nk pilih tmpat berct tu..
    haa kalau xnak pening2 pegi je semua tempat tu hihihi sory melawak ler plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh...kalu gi semua tak ckup sebulan coti tu fazita....fulusss pun xdakkkk hahahaha

      Delete
  4. KA pun in shaa Allah cuti2 mesia je taun ni !

    ReplyDelete
  5. kita pun belum pernah jejak kaki ke sabah lagi. tapi takut lak kena attack. mcm tak selamat la pulak nak ke sana.

    Tapi dah ternazar mulut ni. kira tahun ni kami pergi cuti bernazar la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bernazar ye wantie...kena tunaikn jugak tu...da pilih lokasi ke?

      Delete
  6. memang pening nak pilih lokasi bercuti ni..takpe2 pasni mesti ada jawapannya :)

    ReplyDelete
  7. Sabah.. pergi Semporna.. memang best hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin sgt nk pergi ctu...harap2 ada rezekinye nnti

      Delete
  8. Nak cuti pun pening kan?..
    hehe.. datang Sabah pun OK ... tapi klu sy lebih prefer pulau...hehe

    ReplyDelete