Thursday, November 28, 2013

Hari KhamisKU...


Selamat hari Khamis untuk semua. Apa yang ada pada hari Khamis untuk korang? Ape yang specialnya hari Khamis pada korang? Yela, hari Khamis ni bagus buat perkara² sunat. Seperti berpuasa sunat. Disunatkan untuk potong kuku..dan banyak lagi perkara yang baik boleh kita lakukan. 

Hari Khamis pada aku pula, adalah hari yang selalu aku nanti²kan. Nak tau sebab apa? Sebabnya aku dah jatuh cinta dengan "Islam Agamaku". Apa la pulak tu ek? hehehe..sebenarnya sejak 2 bulan ni aku mula menjadi peminat radio Ikim FM terutama setiap hari Khamis. Hari ini la tu...

pic: ciluk google

"Islam Agamaku" merupakan satu rancangan atau segmen bersama tetamu undangan yang terdiri daripada Saudara Baru Islam yang telah menerima hidayah Allah. Rancangan ini cuma satu jam, iaitu dari jam 5-6 petang. Ni dah cun² time aku balik keje. Dok dengar dalam kete je la. 

Yang menarik bagi aku untuk mendengar adalah kisah pengalaman mereka sebelum dan sesudah memeluk agama Islam. Dugaan dan cabaran semasa memulakan hidup baru sebagai Islam dan bagaimana mereka mengatasinya. Ketakwaan mereka dalam mendalami Islam juga sangat² menyentuh hati. Kadang² aku pun rasa malu sendiri bila mendengar, sebab aku yang sedia lahir sebagai seorang Islam tidak sebaik Saudara Baru kite ni. 

Sebenarnya daripada rancangan ni, banyak yang kita boleh belajar. Kita boleh tahu bagaimana anggapan orang bukan Islam tentang Islam. Bagaimana cara terbaik untuk berdakwah. Selain itu dapat motivasi diri kita sendiri serta dapat mengukur ketakwaan kita kepada Allah swt. 

Ok lah, itu aje yang nak aku kongsikan hari ini. Nanti cuba² la dengar ye. Kepada yang selalu dengar tu teruskanlah mendengar. Tak rugi. Ada ilmunya disitu yang boleh kita perolehi.



TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

20 comments:

  1. pestime tau ni. bape gelombang channel dia. nak juga try terjah. mana tau leh jatuh cinta jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerenti jatuh cinta punye..hehehe..
      Sy xsure la frekuansi dia semua tmpt sama ke tak...tp yg biasa sy dgr 89.5..kot...eh nnti sy cek smula kat kete..

      Delete
  2. Thanks cik ena for info..bagus jugak ada rancangan macam ni..kalau sempat boleh dengar...

    ReplyDelete
  3. dengar pengalaman mereka kita jadi insafkan...

    ReplyDelete
  4. rancangan yg sgt menarik..mmg best dengar pengalaman mualaf bagaimana mereka dpt taufik n hidayah memeluk islam..malangnya sy ni tak pernah dengar radio.hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus ni..boleh cuba dengar nanti..TQ info nya...:)

    ReplyDelete
  6. Sy kalau dengar rancangan ni boleh nanges.... Beruntung diorg diberikan hidayah...

    ReplyDelete
  7. Btul tuh kak..kdg2 kite yg dh lahir Islam oun msih de kurg

    ReplyDelete