Wednesday, November 20, 2013

"Hari pertama masuk sekolah"


Hari Pertama Masuk Sekolah

hari pertama masuk sekolah
tak pandai membaca dan mengira
tetapi cikgu begitu tabah
mengajar kami sungguh-sungguh
bermula ABC sampai Z
hitung 1 sampai 10
baru ejaan dan jira-kira
kami belajar dengan lancar
berkat kesabaran
guru bijaksana
memberi pelbagai petunjuk
hari demi hari
kami pun mengerti
pelajaran nilainya tinggi
kami ingat setiap masa
jasa guru mendidik bangsa
sambutlah ini ucapan kami
TERIMA KASIH CIKGU

Tiba-tiba aku jadi suka dengan lagu nih. Sampai da boleh hafal da lagu ni..hehehe..aku suka dengan lirik dia, penuh makna...nasib baik aku bukan cikgu...kalau aku jadi cikgu mau leleh air mata kalau dengar anak murid aku nyanyikan lagu ni...nak nak hujung tahun semasa jamuan perpisahan...touching seh!..sob sob..

Nak tau macam mana aku leh terjebak dengan lagu ni? haaa..ni disebabkan si adik la...sempena hari terakhir alam persekolahannya, sekolah tadika je pun..hehehe...macam biasala ada majlis konvokesyen. So, semasa majlis tu ada la sikit² persembahan anak² murid sekolah tadika dia yang berumur 4,5 dan 6 tahun. Si adik pun terlibat sama buat persembahan untuk sekolah dia. salah satu persembahan yang ada adalah nyanyian lagu Hari Pertama Masuk Sekolah ni la. Tiap² hari adik nyanyi kat umah dok hafal lagu nih...pastu siap bukak kat tab dia...cari kat tenet dok dengar lagu ni....da hari² aku ngadap dia...lelama aku pun da hafal sama lagu ni...hahaha

Berbalik pada hal konvokesyen...Ahad (17/11/2013) sekolah dia adakan majlis konvokesyen. Majlis ni diadakan di dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP), Bukit Katil. Pepagi aku da siap²kan adik..siap make up bagai. Cikgu dia da pesan awal² suh mama make up kan adik...siap² pakai baju kurung dan bertudung sebab persembahan pertama nanti adalah nyanyian nasyid. So, aku layankan ajela...

ni la adik....sempat gak aku amik gambo dia selepas dia konvo
"hai semua..kite da grade tau"

sebelum majlis bermula..
sebenarnya majlis konvo ni bergabung dengan dua sekolah iaitu Sekolah Tadika Al-Nur dan Sekolah Tadika Pintar Al-Azhim, adik daripada sek. Pintar Al-Azhim

persembahan pertama adik...nyanyian nasyid tajuk dia MuhamadKu
(gambar kabur sikit-sebab tangkap dari kerusi dewan-jauh)

persembahan kedua adik - nyanyian jalur gemilang

persembahan ketiga adik - tarian melayu

persembahan keempat adik - berbalas pantun

bersembahan kelima adik - sketsa gembala biri-biri versi upin ipin
adik jadi si gembala biri-biri
dia ada kata ngan aku...'mama adik tak nak la jadi gembala biri-biri tu'
aku tanye dia 'nape dik?'...dia cakap 'sebab gembala biri-biri tu suka menipu'
aku senyum je...aku cakap, 'adik tu berlakon je, adik jangan la jadi macam dia'
hehehe..pemikiran budak² kan...

ni saatnya adik dikonvokan..

bergambar besama kawan² dan guru....ni je kawan² dia yang 6 tahun

bergambar bersama penerima pelajar terbaik
adik dapat pelajar terbaik hafazan
kat belakang tu cikgu² dia..

acara last sekali menyanyi lagu Hari Pertama Masuk Sekolah
kedua² sekolah bergabung menyanyikan lagu ni

acara bersalaman dengan cikgu sesudah nyanyikan lagu tersebut
masa ni la aku rasa saat paling sedih sekali..
saat² akan berpisah dengan murid²...aku tengok cikgu² da nagis²...
seb bek masa ni adik tak menangis...
tapi masa last sekolah ritu, masa hari jumaat ritu...dia da nangis² da
balik je dia cakap...'mama adik rindu kat cikgu la'...'adik taknak cikgu lain, adik nak cikgu Idah jer'
sayang betul dia kat cikgu dia....

Begitulah al-kisahnya hari konvokesyen adik. Masa kita dulu² mana ada konvo² ni kan. Sekarang aje da macam² kan.

Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak² kepada Cikgu Idah, Cikgu Liza, Cikgu Ella...ye ye aku tau dorang tak baca pun blog aku nih...tapi...sebagai penghargaan kepada mereka aku nak gak post nama depa kat dalam blog aku nih. Terima kasih banyak², segala jasa, penat serta tenaga kalian dalam mendidik adik sangat aku hargai, moga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian.....

Jasa Guru Mendidik Bangsa....Terima Kasih Cikgu..







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

28 comments:

  1. at least kamu ada gak konvo. kita ni lagi la. mana ada masuk tadika. terus masuk darjah satu tau.

    tahniah adik, selamat menjejak kaki ke ala primary school ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terus terjun masuk darjah satu..lagi hebat tu wantie

      Delete
  2. tiba tiba teringat masa mula2 sekolah dulu...what a sweet memories... yang mana tak mungkin dapat diputarkan semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila da lama tinggal sekolah, bila dikenangkan semula baru kita terasa indah je masa tu kan farah..

      Delete
  3. tahniah adik...
    selamat berjaya utk darjah 1 pulak ye.. :)

    ReplyDelete
  4. congrat adik! muka adik nmpk matang!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Adik..wah! dah konvo..meriah je kan program nya...
    pasni dah masuk sek rendah plak kan...:)

    ReplyDelete
  6. Seronok tgk budak budak konvo..lagu tuh smp skang sy igt lg kak..best kan

    ReplyDelete
  7. Kita sayang cikgu-cikgu kita coz masa sekolah selalu jadi anak emas cikgu..so yang lain-lain jealous...

    ReplyDelete
  8. Tahniah untuk adik...sedia untuk sekolah rendah pulak tak lama lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bunda..bakal menepuh alam persekolahan yang lebih mencabar..

      Delete
  9. mboi lagu best ye smpmaknyapun hafal sama..congratulations adik..dh grade dah dia..:)

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk adik adik konvo.seronok tgk mereka konvo.. :)

    ReplyDelete
  11. Untung budak2 sekarang ni.. Kecik2 lagi dah merasa konvo.. hehe..

    ReplyDelete
  12. tahniah Adik... hebat tu byk acara dier masuk !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq KA...banyak jugak acara dia masuk sebab student 6thn pun tak ramai sgt kat skola dia tuh...

      Delete
  13. ye la zaman sekolah mmg best. walau homework byk...enjoy jek tak pikir apa.

    ReplyDelete
  14. TAHNIAH adik dah konvo yer...teringin nak kembali ke zaman kanak2

    ReplyDelete