Thursday, December 19, 2013

Persoalan manik: Nak menjawab kejap!


Entry aku hari ini, khas untuk menjawab persoalan. Terasa bersalah sangat² membiarkan persoalan ini tidak berjawab setelah sekian lama. Beribu² ampun dan maaf aku pohon kepada yang bertanya dan masih menanti jawapannya...ada ke yang masih menanti? atau da majuk da ngan aku?? alahaaiii sekali lagi aku menyusun sepuluh jari (macam hari raya plak!) mohon ampun dan maaf..bukan sengaja tak menjawab, tapi sejujurnya aku baru perasan soalan² yang ada di komen² yang ditinggalkan. Sejak berbulan kebelakangan aku agak kebizian sehingga blog aku terabai terumbang ambing tak terbela. Sekarang ni ada kelapangan baru la aku sempat mengecheck blog serta komen yang ada. Begitu la situasinya yang sebenarnya. Bukan disengajakan..harap korang tak kecik ati dengan aku yer...

Meh aku jawab satu persatu persoalan korang ye..InsyaAllah.. aku jawab setakat yang aku mampu dan mengikut pengalaman yang aku ada ye...

Soalan daripada Miss SoLeHah:
Assalamualaikum kak ena...cantik sgt crumble ni...nak tanya ni...kalau nak jahit manik crumble ni kena gune dua jarum ke macam jahit manik bracelet? Tu yg sy curious nak taw. Hope akak dpt share. Thanks kak ena.

Wasalam Miss SoLeHah. Untuk menjahit crumble ni kebiasaannya akak menggunakan satu jarum sahaja. Lebih mudah.


Soalan daripada nuzul akmal Hashim:
salam...nak tanya ni...setelah buat tulang yang tengah tu..yang tambah manik kat tepi² tu kena jahit satu persatu manik ke?...atau boleh jahit 2,3 manik sekaligus?..

Wasalam nuzul, untuk tambahan tepi² tu mana² pun boleh. Ikut pada saiz pearl/manik tu. Kalau pearl yang besar² jahit la satu² je agar lebih kemas, kalau manik atau gunakan pearl yang kecil boleh masukkan 2/3...ikut kepada kesesuaian.





Persoalan di atas adalah tentang pen Aiko. Ok adik² sekelian, untuk pen aiko yang digunakan untuk melukis ni, boleh didapati di kedai² yang menjual manik. Ada pelbagai jenis dan warna. Kalau kat pasaraya tak sure ada ke tak sebab tak pernah beli kat situ.


Soalan daripada Nurfazlinda Ismail:
lamak tertinggal nk tanye...kalau nak bagi die nampak ala² 3d iaitu timbul...lepas kita jahit sebaris manik ikut lakaran kite (base)...kite buleh tambah manik² lain DIATAS jahitan manik base tadi tu ke, tujuan bagi die nampak tinggi siket....uhuhu tah akak paham tah tak soklan linda neh ;)..

Rasanya akak paham persoalan linda ni, means nak manik tu nampak lagi menonjol ke atas kan kan kan..Sebenarnya bole je nak buat macam tu, jahit je di atas² manik tu nampak ia lebih timbul. Ikut kreativiti dan selera tukang jahit..takdak masalah...



Soalan daripada Effa Dandelion:
sis, yg sis lukis pakai apa ye?? boleh hilang tak nanti kesannye

Untuk pengetahuan Effa, lukisan tu sis gunakan pen Aiko. Memang pen ni khas untuk melukis di kain. Pen ni juga ada pemadannya di belakang (macam ala² pensel ada pemadan di belakang tu). Bole padam kalau tersalah lukis. Dan, jangan risau, kesan dia memang boleh hilang bila dibasuh...dan sebenarnya warna pen ni pun tidak kekal lama, 2,3 ari dia akan beransur hilang dengan sendirinya....magic tak? heeeeee


Soalan :
Sy bru nak memulakan cube2 jahit manik2 pearl crumble...Saya xde basic menjahit manik pon cume ade la basic jahit tangan..kat mane ye nk dptkan manik pearl yg mcm u tunjuk 2 ...ade ke kt kdai peralatan menjahit biase? biase yg murah2 nk beli d mane? hrp dpt penjelasan..^ ^

Kepada yang bertanya, pearl² ni biasanya sy dapatkan di kedai² manik. Kedai² peralatan jahit manik pun ada jugak jual, tapi pilihan sangat terhad...tp depend jugak...ada yg meriah maniknya, ada yg terhad. Pearl pun ada byk jenis. Glass pearl adalah yg paling mahal dan tahan lasak. Kalau yg rege murah takut nnti warna dia cepat luntur, tak digalakkan la. Glass pearl agak berat, kalau tak suka boleh beli yang jenis ringan punya. Tapi kalau keliru tatau nak pilih yang mana, boleh tanya pada tuan kedai yg mana lebih elok digunakan. Dorang mesti akan bantu...ok, untuk tambahan, kalau nak pilih manik pula, pilih manik dari jepun, ia tahan lasak dan warna akan kekal lama berbanding buatan cina...warna akan luntur bila dibasuh.


Soalan daripada Armimah Alwi :
mcmne nk buat bracelet yg campur manik kecik 2 ye...sy nk cuba buat tp x tau teknik yg betul...

Cuba Armimah rujuk tutorial DISINI. Ni jahitan bracelet yang bercampur dengan manik² kecil. Harap² ia dapat membantu untuk mendapatkan teknik menjahit campuran manik dan pearl.



Soalan :
Boleh x post cara jahit daun kaedah manik 3D?

Untuk jawapan ini, terlebih dahulu nak mohon maaf sebab untuk jahitan manik 3D ni memang saya tak pandai buat. Masih dalam proses belajar. InSha Allah kalau dah tau nanti saya sharekan bersama yer.

Diharapkan dengan jawapan² di atas terjawab setiap persoalan yang diberikan. Tapi kalau rasa kurang jelas dengan jawapan yang aku berikan..habaq mai no!. Lastly, thanks kepada yang bertanya. Peace Yo!







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

22 comments:

  1. Wah ada tutorial class ya...ramai students rupanya!!!

    ReplyDelete
  2. waaaa..... kalau banyak order mesti masyuk kan kan kan? :)

    ReplyDelete
  3. uittt ramainye yg tnye soklan..jenuh nak jawab kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang buat entry khas untuk menjawab persoalan tu mimi...

      Delete
  4. salam Ena..ramai yg berminat dgn manik rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam...tula rupanya ramai jugak yg berminat dgn manik..tak sangka sy

      Delete
  5. kalo eB mau terketar2 nk buat.... maklum, ramai asst kecik ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. udahnya asst tu yg menjahit pulak nanti kan eB..hehehe

      Delete
  6. wah..kalau dah pakar jahit manik soalan mcm mana pun kompom ada jawapannya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...idakler pakar pun...jwb setakat yang mampu aje...

      Delete
  7. moga mereka puas hati dgn jwpn akk berikan..

    ReplyDelete
  8. Akhirnya berjawab juga soalan2 dr peminat tu ye Ena..hehe...
    harapnya dpt memberi ilmu pada peminat2 manik...:)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah terjawab sudah
    sibuk ye kak :-)
    selamat kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ceksu....harap2 terjawab persoalan yg ada tu..

      Delete
  10. macam mana nak tempah jahitan manik gan akak ni..bagi la no fon sekali senang nak contact n tanya harga..please ye kak ena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...alahai nak tempah ye...jujurnye mmg saya tak pernah ambil tempahan dari bloger...
      012-3436372...wassup pun bole

      Delete
  11. Teruja saya dgn info2 manik ni.....izinkan saya ambil ilmu2 dlm blg ini ye..Moga sentiasa dlm keberkatan ALLAH :)

    ReplyDelete