Hari ini baru la aku dapat buat entry baru sejak masuk tahun 2014. Sejak berapa hari ni aku tak lalu nak update blog, sebabnya, ubah suai blog aku ni tak siap² lagi. Da nampak tunggang langgang. Masuk aje opis hari ini aku terus mengadap blog. Keje tolak tepi dulu, eh, tadi da settlekan keje dulu tipu la kalau tak buat kerja kan (konon la tuh!) lagipun sekarang keje dah agak merundum, tak berapa bizi sangat. Hari ni hampir 80% aku siapkan ubah suai blog aku nih. Selebihnya lagi 20% tu nanti² la dulu. Slow-slow la kan...
Bila tengok pada tajuk kat atas tu, macam la aku ni nak senaraikan kelebihan Magic Pan dengan Oven kan. Tapi bukan itu tujuan entry aku hari ini. Entry aku hari ini agak berlainan sedikit. Nak paparkan hasil air tangan aku yang paling jarang-jarang, kadang-kadang aku paparkan, iaitu hasil masakan aku...haaa jangan gelak! ye ye aku tau la kalau bab memasak ni memang aku la yang paling fail! paling hancusss! tapi tatau la nape sejak dua menjak ni aku rasa berminat nak try menery memasak. Konon² nak cakap azam tahun baru la tuh! eh..takde maknanya!...
Dari dulu memang suka makan masakan ni. Selalu dok makan bila kawan² buat. Bila cari resepi kat tenet tengok macam senang aje buat dia. Bila dah buat...memang senang sangat² rasa nyesal tak cuba dari dulu hahahaha. Nak tau apa yang aku masak?? alaaa..masakan kalau korang buat main cempak² aje tu...malu plak aku nak cakap...gerdiks je kan! hahaha..
taraaaa!!!!...ni la dia...mesti korang dah boleh agak apa kah ini..
yee..pandaiiii Puding Roti
aku try masak dalam dua versi
yang ini versi pertama menggunakan magic pan
ni yang 1st time aku buat.....
siat²kan roti dan taburkan kismis....main campak² je kan..mudah!
setelah dimasukkan fresh milk dan bahan lain..
malu nak sertakan resepi....korang lagi teror dari aku
setelah siap di masak
masa ni aku masak terhangus sikit belah bawah dia...tak pandai kontrol api lagi
ni setelah siap...rupa tak berapa elok sangat kan..tapi ok la percubaan pertama
kerana tak puas hati dengan hasil pertama, aku try buat untuk kali kedua
eh bukan masak pada hari yang sama tau...hari lain
kali ni aku try masak versi kedua menggunakan oven pulak
untuk percubaan kedua ni aku taburkan kismis dan ceri merah nampak ceria sikit ada warna² gitu...bajet da pandai sikit la ni nak ubah suai masakan...hahahaha
kedudukannya di dalam oven....di bakar selama 45 minit
setelah siap dibakar...
tudiaaa...setelah siap....kejap lagi da boleh makan
Itulah dia al-kisahnya percubaan aku membuat Puding Roti dalam dua versi...cuma versi ketiga iaitu masak cara kukus aje aku tak cuba lagi. Tapi bagi aku kedua-dua versi masakan ni rasa dia tetap sama, tak ada bezanya. Lepas ni akan ada lagi entry berupa begini..sebab aku sekarang tengah asyikkk masyukkk try menery masak beberapa masakan yang aku suka makan sebelum ini...wait for next episod yea!