Wednesday, January 8, 2014

Magic Pan vs Oven


Hari ini baru la aku dapat buat entry baru sejak masuk tahun 2014. Sejak berapa hari ni aku tak lalu nak update blog, sebabnya, ubah suai blog aku ni tak siap² lagi. Da nampak tunggang langgang. Masuk aje opis hari ini aku terus mengadap blog. Keje tolak tepi dulu, eh, tadi da settlekan keje dulu tipu la kalau tak buat kerja kan (konon la tuh!) lagipun sekarang keje dah agak merundum, tak berapa bizi sangat. Hari ni hampir 80% aku siapkan ubah suai blog aku nih. Selebihnya lagi 20% tu nanti² la dulu. Slow-slow la kan...

Bila tengok pada tajuk kat atas tu, macam la aku ni nak senaraikan kelebihan Magic Pan dengan Oven kan. Tapi bukan itu tujuan entry aku hari ini. Entry aku hari ini agak berlainan sedikit. Nak paparkan hasil air tangan aku yang paling jarang-jarang, kadang-kadang aku paparkan, iaitu hasil masakan aku...haaa jangan gelak! ye ye aku tau la kalau bab memasak ni memang aku la yang paling fail! paling hancusss! tapi tatau la nape sejak dua menjak ni aku rasa berminat nak try menery memasak. Konon² nak cakap azam tahun baru la tuh! eh..takde maknanya!...

Dari dulu memang suka makan masakan ni. Selalu dok makan bila kawan² buat. Bila cari resepi kat tenet tengok macam senang aje buat dia. Bila dah buat...memang senang sangat² rasa nyesal tak cuba dari dulu hahahaha. Nak tau apa yang aku masak?? alaaa..masakan kalau korang buat main cempak² aje tu...malu plak aku nak cakap...gerdiks je kan! hahaha..


taraaaa!!!!...ni la dia...mesti korang dah boleh agak apa kah ini..
yee..pandaiiii Puding Roti
aku try masak dalam dua versi
yang ini versi pertama menggunakan magic pan
ni yang 1st time aku buat.....
siat²kan roti dan taburkan kismis....main campak² je kan..mudah!

setelah dimasukkan fresh milk dan bahan lain..
malu nak sertakan resepi....korang lagi teror dari aku

setelah siap di masak
masa ni aku masak terhangus sikit belah bawah dia...tak pandai kontrol api lagi

ni setelah siap...rupa tak berapa elok sangat kan..tapi ok la percubaan pertama

kerana tak puas hati dengan hasil pertama, aku try buat untuk kali kedua
eh bukan masak pada hari yang sama tau...hari lain
kali ni aku try masak versi kedua menggunakan oven pulak
untuk percubaan kedua ni aku taburkan kismis dan ceri merah nampak ceria sikit ada warna² gitu...bajet da pandai sikit la ni nak ubah suai masakan...hahahaha

kedudukannya di dalam oven....di bakar selama 45 minit

setelah siap dibakar...

tudiaaa...setelah siap....kejap lagi da boleh makan

Itulah dia al-kisahnya percubaan aku membuat Puding Roti dalam dua versi...cuma versi ketiga iaitu masak cara kukus aje aku tak cuba lagi. Tapi bagi aku kedua-dua versi masakan ni rasa dia tetap sama, tak ada bezanya. Lepas ni akan ada lagi entry berupa begini..sebab aku sekarang tengah asyikkk masyukkk try menery masak beberapa masakan yang aku suka makan sebelum ini...wait for next episod yea!







TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA...SUDI-SUDILAH KOMEN DI BAWAH YE...

31 comments:

  1. ooo puding roti tu bila masak nampak cm foo yong egg la..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try buat lahi. Duk ingat nak buat jugak la suatu hari nanti.ngeee

    ReplyDelete
  3. Gambar-gambar yang awal tu tak berapa menarik..sesuai le dengan tukang masak fes taim, tapi bila dah bubuh atas pinggan tu..alamak...sooo tempting maaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...dalam proses percubaan...
      nampak lazat kan kan che mid...hehehehe

      Delete
  4. puding roti masak apa cara sekali pun....semua sedap belaka...lg kalau makan sekali dgn sos vanila ke...sedap

    ReplyDelete
  5. ohh..senang je nak buat kan Ena.. sy tak pernah try lagi lah..nak kena buat jgk ni.. tapi sy nak cuba kukus lah..hehe

    ReplyDelete
  6. nampak sgt sedap tu..

    entah bila la nak buat..

    ReplyDelete
  7. macam sedap je.
    ni kira dah boleh bukak kedai bakery :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "puding roti bakery" amacam? bole nick? hehehe..

      Delete
  8. ena.....wah lama btol saly tak singgah sini..semuanya dah berubh..lg cantik blog ena... bk sikit roti tu..best r..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite pun dah lama tak update sini la saly...anwy tq masih sudi singgah...
      alaa...da abis la...xdapek nak hantar ctu...heee

      Delete
  9. Terliurlah pulak...biasa buat puding roti kukus jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..Bunda biasa buat kukus ye..nanti sy nak cuba jugak la..

      Delete
  10. Oh my favourite!!!.
    I like it so much Ena... lagi kalau mkn dgn kuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i like it toooooo sam...
      btul tu bila kena dengan sos dia baru layaaannnnn

      Delete
  11. betul betul betul
    sedap sekali :-)




    https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul jugak lah..hehehe

      ok nnti saya terjah situ ye..tq

      Delete
  12. assalamualaikum ena...sedapnya..:)

    ReplyDelete
  13. Sedap puding roti, tak kira la masak guna apa method sekali pun. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu Yati..setuju sangat. Rasanya tetap sama dan sedap..

      Delete